|Triple Date|
Aku memandang dua orang di depan aku dengan pandangan tidak percaya. Rasa nak tumbuk pun ada. Dalia dengan Sara hanya tersengih. Masing-masing bersedia untuk angkat kaki kalau-kalau aku betul-betul nak tumbuk diorang.Semalam diorang ajak aku pergi jalan-jalan. Bukan macam lepak dekat Starbucks tu. Diorang kata nak buat girls outgoing maknanya memang nak buat untuk perempuan-perempuan jelah. Tapi bila aku sampai je, ada Alfi dengan Haris sekali. Takkanlah ini kebetulan pula, kan? Sah-sahlah diorang yang rancang bila Arif pun ada sama!
Hari tu, aku tak sambut pun pinky promise tu. Aku tak nak bagi peluang kedua dekat Arif buat masa ni. Aku nak tunggu maklumat dari Felly dulu. Dia pun dah lama tak bagi khabar buat aku agak risau.
"Maaflah, Nana. Kitorang nak bagi surprise je. Tak pernah pun lagi kita keluar macam ni, kan?" ujar Dalia dengan puppy eyes.
Ceh! Fikir comel?
"Betul tu. We all fikir mesti seronok kalau keluar berenam memandangkan Dalia dengan Haris dah official. You dengan Arif pula bakal tunang. Okaylah kalau buat triple date," Sara pula cuba menenangkan aku.
Aku agak terkedu dengan perkataan 'bakal tunang'. Ini juga sebab kenapa aku tak nak bagi Arif peluang kedua masa ni. Sebab aku marah. Aku dah suruh dia terangkan sebelum Dalia dapat tahu. Sekarang ni Dalia dapat tahu dan dia tanya aku macam-macam.
Hampir bergaduh kitorang sebab dia merajuk yang aku tak bagitahu dia awal-awal. Kitorang dah kawan lama jadi dia fikir sepatutnya dia jadi antara orang terawal dapat tahu. Aku pula rasa bengang sebab semua ni bukannya dari aku pun. Aku jadi terlampiaskan rasa marah tu dekat Dalia.
"Yalah," aku mengalah. Takkan nak rosakkan suasana pula, kan? Kalau aku pergi, diorang mungkin akan tarik aku balik tapi nanti jadi lagi kekok antara aku dengan Arif sebab dia tahu yang semua ni berpunca dari dia.
"Sayang kau, Nana!" Dalia peluk aku kemudian kitorang pergi beli tiket nak tengok wayang.
Diorang pilih seat couple. Diorang rancang supaya duduk dengan pasangan masing-masing. Aku pun tahan diri ni supaya tak membantah. Aku pun tak ingat apa tajuk cerita yang kitorang tengok ni. Tapi ada aksi keganasan dan bila budak lelaki tu kena culik, nafas aku terhenti.
Aku mula teringat trauma aku masa kecil. Aku dah tak boleh fokus pada cerita dan dahi aku mula berpeluh dingin. Arif perasan kelakuan aku dan buka jaket dia. Dia letak jaket tu dekat badan aku dan ambil lengan jaket yang panjang kemudian letak dekat atas tangan aku supaya dia boleh letak tangan dia dekat situ.
Aku pejam mata dan mula rasa agak tenang. Dia tak alihkan tangan dia sedikit pun sepanjang cerita tu. Walaupun aku benci nak mengaku, tapi aku rasa lega dan agak gembira dia ada.
• • •
Aku menghulurkan tealive dekat Arif. Kitorang baru habis tengok wayang dan singgah tealive yang dekat tengah-tengah shopping mall ni. Arif menjongketkan sebelah keningnya, keliru dengan huluran aku.
"Sebagai tanda terima kasih pasal dalam panggung wayang tadi," jawabku. Barulah dia mengambil air tu.
"Perisa brown sugar. My favourite," katanya bila baca sticker yang tertampal pada minuman.
"Ya ke? Aku main beli je sebab ini pun favourite aku." Aku mencucuk straw minuman dan menyedut air. Rasa yang tak terlalu manis dengan boba yang kenyal. Aku lagi suka tealive daripada air Starbucks. Minuman Starbucks terlalu manis.
"Ada juga benda yang korang serasi rupanya," ujar Haris yang tersengih.
"Itulah. Kalau tidak, macam anjing dengan kucing, macam langit dan bumi," Alfi bersetuju.
"Eh, langit dan bumi tu pun ada 'dan' dekat tengah-tengah dia. Dalam kes ni, kitalah 'dan' tu. Kena tolong, barulah diorang ni bersatu," kata Dalia.
"Ejen Litmatch, kita ni," ujar Alfi buat semua tergelak.
Aku menggelengkan kepala aje. Aku tak kata lagi yang aku maafkan dia. Belum sempat aku nak kata apa-apa, telefon aku berbunyi. Satu nombor yang tak dikenali terpapar di skrin. Aku menjawabnya.
"Hello? Cik Nana?"
Aik. Macam kenal suara ni. Siapa ya?
"Ni saya, Karl. Butler Cik Felly."
"Oh. Ada apa ya?" Butler Felly rupanya. Kan aku dah agak, dia yang bagi nombor aku dekat Felly masa tu.
"Cik tahu di mana Cik Felly berada? Semalam dia tukar nombor dia dan matikan sendiri semua kad kredit yang papa dia bagi. Tak silap saya, dia pergi berjumpa cik."
Kenyataan itu buat aku tak sedap hati. Felly pun dah seminggu tak telefon aku. Aku suruh dia siasat kisah silam aku dengan Sofi. Apa yang dah jadi dekat dia sebenarnya ni? Takkan diculik kot? Memang peliklah kalau fikirkan sikap dia yang teliti tu.
"Danny." Aku panggil Arif. Dia mengangkat sebelah kening tanda respon. "Hantar aku balik."
Kitorang masuk ke dalam kereta. Lagi dua pasang couple tu, diorang kata nak teruskan date diorang. Jadi double date lah nampaknya. Aku biarkan kereta keluar dari kawasan parkir dulu barulah aku bersuara.
"Sebenarnya aku nak tanya kau pasal Felisha," kenyataan aku hampir buat kereta ni terhenti. Dia menjeling ke arah aku sekilas sebelum fokus memandu semula.
"Untuk pengetahuan kau, Felisha tu childhood friend aku. Hari tu dia balik sini sebab aku yang suruh. Tadi butler dia telefon aku, kata yang dia bekukan semua kad kredit yang ayah dia bagi dan tukar nombor telefon. Aku rasa dia nak lari dari rumah. Memandangkan korang pernah bercinta, mesti kau tahu tempat yang dia selalu pergi masa dekat sini."
Dia diam seketika. Kemudian dia memusing stereng dan memandu ke arahnya lain. Tadi aku kata nak balik, jadi dia memandulah ke jalan rumah aku. Sekarang ni aku nak dia bawa ke tempat Felly selalu pergi, kenalah tukar arah.
Sebaik saja kereta berhenti, aku terus keluar. Kitorang berada di atas bukit. Pokok-pokok hijau nampak sejuk mata memandang. Aku kenal sangat dengan tempat ni. Tempat pertama yang Arif bawa aku pergi. Tempat aku bermain zip-line dan... tempat dia dengan Felly nampaknya.
-BIODATA AUTHOR-
Hai, semua! Lama sangat hiatus ni. Sorry sangat-sangat. Wattpad buat hal. Apa pun, selamat berpuasa! Harap-harap tak ada raya mengejut lagilah tahun ni.
Jangan lupa komen dan vote!
YOU ARE READING
The Garden of Lies
Teen FictionIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...