|Hot Boys|
Sambil baca silalah dengar lagu Bright dari Echosmith.
Aku menguap seketika di dalam kelas. Mengantuk betul. Semua sebab Si Beruang tu! Tak habis-habis dia WhatsApp aku sampai pukul 12.00 malam. Kalau tak layan nanti dia call aku pulak. Stress betul! Sudahnya aku tidur lambat.
Sebagai pelajar contoh, aku ni tidur paling lambat pun pukul 12.00 aje. Tapi semalam, aku tidur pukul 2.00 pagi! Kau boleh bayangkan tak macam mana tak cukup tidurnya aku bila kena bangun pukul 6.00 pagi dan pergi ke sekolah?
Aku baringkan kepala atas meja sekejap. Nasib baik masa pertama ni tak ada cikgu masuk sebab tiba-tiba ada mesyuarat. Bolehlah aku tidur sekejap untuk gantikan masa tidur aku semalam. Akhirnya aku lelapkan mata.
Aku terbangun bila ada orang goyangkan bahu aku. Aku buka mata dan nampak budak perempuan kelas aku. Dia tunjuk dekat hadapan kelas dan barulah aku sedar yang cikgu dah masuk kelas. Aku mula berdiri seperti yang lain dan ketua kelas mula beri ucapan selamat pagi.
"Okay. Semua sila duduk." Bila semua dah duduk baru cikgu tu menyambung. "Kita akan buat rombakan kelas bermula hari ni. Selama ni kelas kita bercampur pelajar yang tak pandai dengan pelajar yang pandai. Jadi kali ni kita akan asingkan dan susun mengikut kategori yang betul."
Mendengar perkara tu sudah buat aku teruja. Bolehlah aku sekelas dengan Dalia lepas ni! Selama ni kami tak pernah nak sekelas walaupun result peperiksaan akhir tahun kami hampir sama. Yalah, kelas bercampur. Aku kenal dia pun sebab kelab sukan dan rumah sukan kami sama.
"Baiklah, saya akan panggil nama murid yang akan tukar kelas. Yang tak dipanggil akan duduk dalam kelas ni. Bermakna siapa yang stay merupakan murid cemerlang. Saya tak kata orang yang tukar kelas ni bodoh. Cuma awak semua kurang sedikit berbanding kawan-kawan awak yang stay ni."
Selesai cikgu panggil nama murid, mereka dibawa ke kelas baru yang akan mereka duduki. Tak ramai pun yang complain bila kena tukar kelas. Asalkan jangan kena tukar sekolah sudah. Kemudian ada beberapa murid masuk ke kelas ni. Aku tak kenal sangat muka-muka diorang.
Kelibat Dalia dicari. Mana dia ni? Tempat duduk sebelah aku ni dah kosong dan aku fikir nak bagi Dalia duduk. Tapi tak nampak pun dia. Murid-murid yang baru masuk dah mula mengambil tempat masing-masing.
Aku ternampak seseorang yang familiar. Berkerut dahi aku bila orang tu ialah Beruang. Dia berjalan di lorong di mana terletaknya meja aku. Dia berjalan lebih dekat dan duduk di sebelah aku. Mata aku terbeliak. Aku memandang mukanya yang kelihatan selamba. Semua orang pandang aku bila salah satu daripada tiga putera sekolah duduk sebelah aku!
"Kau tak nak duduk dengan kitorang dekat belakang ke?" tanya Haris.
Aku mula meneliti rupa paras jejaka yang dikenali sebagai Putera Sekolah ni. Rambut dia warna hitam pekat. Mata dia pula warna kelabu sebab dia kacukan orang England. Itu yang aku dengar dari Dalia. Kulit dia putih dan hidung mancung. Cuma kurang mancungnya dari Arif.
"Aku nak fokus untuk tahun nilah. Aku tak nak main-main dekat belakang kelas lagi," jawabnya.
Dahi aku berkerut. Dia selalu main-main dekat belakang kelas? Dan masih lagi boleh ditempatkan dekat kelas ni?
"Aik. Tiba-tiba je?" Soal Alfi pula.
Aku perhatikan rupa dia pula. Rambut dia warna perang. Mata dia yang berwarna coklat pekat berbentuk bulat. Hidung dia juga mancung. Tetapi berbanding dua orang tadi, kulit dia seperti orang melayu sikit.
Buat pertama kalinya aku tengok tiga jejaka kacak ni bersama secara dekat. Bila bersama, menambahkan lagi daya tarikan mereka. Manalah tak dipanggil Tiga Putera Sekolah? Masing-masing tampan, kawan baik dan selalu bersama pulak tu.
"Aku juga ada alasan lain," jawab Arif sambil menjeling aku. Nampaknya dia nak duduk sini sebab aku. Aku cuma biarkan aje sebab Dalia pun nampaknya duduk kelas lain. Aku mengeluh.
• • •
Aku pandang Dalia dengan pandangan tak puas hati. Disebabkan dialah aku kena duduk sebelah Si Beruang tu. Kata Si Beruang tu dia nak fokus dan belajar, tapi sepanjang cikgu mengajar dia cuma usik aku aje! Jatuhkan penlah, bukulah. Lepas tu tulis sesuatu dekat kertas kemudian campak dekat aku. Dia fikir aku ni tong sampah ke apa!
"Maaflah, Nana. Cikgu suruh aku masuk Kelas Bahasa Inggeris." Kalau nak tahu, Kelas Bahasa Inggeris tu ialah kelas yang belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
Aku mengeluh lagi.
"Yalah. Nak buat macam mana? Mesti mak ayah kau akan suruh juga nanti, kan?" Aku akhirnya beralah. Tak boleh nak buat apalah kalau macam tu. Dalia mula tersenyum semula.
"Tapi aku tak sangka pula sekolah nak buat Kelas Bahasa Inggeris. Biasanya kalau buat perubahan macam ni mesti bagitahu murid-murid dulu," sambung aku.
"Aku pun tak tahulah, Nana. Mungkin cikgu dah bincang awal-awal dengan mak ayah. Yalah, kalau bagitahu murid nanti takut diorang kelentong pulak dekat mak ayah."
"Macam kau!" Kataku bergurau.
"Nak duduk sini boleh?" Sapa satu suara. Aku menoleh. Beruang ni lagi! Tapi sebelah dia ada Haris dengan Alfi. Aku nampak Dalia tersenyum bila pandang Haris. Ni karang mesti dia...
"Duduklah," pelawa Dalia.
Aku dah agak dah! Tapi dia pun mesti fikir aku tak kisah sebab dia ingat aku dengan Arif berkawan. Aduhai! Dekat kafe ni kerusi dia panjang, jadi aku bangun dan duduk sebelah Dalia. Manakala tiga jejaka tu duduk dekat tempat aku tadi.
"Sorry kalau ganggu. Kafe ni penuh sangat sampai tak ada tempat kosong. Tempat ni jelah yang ada," kata Haris. Aku tengok sekeliling. Memang betul kata dia, dah tak ada tempat kosong.
"Tak ganggu pun. Kalau nak duduk sini hari-hari pun boleh," jawab Dalia. Mendengar perkara tu hampir buat aku termuntah hijau! Mulalah Si Dalia ni nak menggedik. Aku cucuk guna garpu ni karang baru tahu.
"Kalau macam tu nanti kitorang duduk sini jelah. Tak payah nak susah-susah cari tempat duduk dah," ujar Alfi pula.
Aku tengok Si Beruang tu hanya diam saja manakala kawan-kawan dia berborak. Tak macam Beruang yang aku kenal beberapa hari ni.
"Kenapa kau diam?" Akhirnya aku bertanya. Dia mengangkat muka memandang aku. Alfi pula tersenyum dan tolong jawabkan.
"Arif ni kalau makan dia memang diam aje. Bercerita apa pun dia takkan buka mulut." Aku buat muka surprise. Aku betul-betul tak sangka orang banyak mulut macam Arif boleh diam masa makan mengalahkan perempuan!
"Aku diam sebab tak nak tercekik okay!" Arif membantah. Haris dengan Alfi tak membalas tapi aku nampak senyuman diorang melebar. Tak tahulah aku apa makna disebalik senyuman tu. Tapi bila diorang senyum nampak lesung pipit buat aku cair!
Habis rehat, aku dengan Dalia pergi tandas dahulu. Masa nak keluar dari kafe tadi, ramai budak perempuan pandang aku dengan Dalia tak puas hati. Aku memang dah agak ini akan berlaku bila dekat dengan hot boys. Tak kisahlah dalam novel atau realiti, pandangan jealous tu mesti ada.
-BIODATA AUTHOR-
Hai, semua! Author macam tak ada idea sangat lately. Tapi kawan author cakap chapter ni tak adalah hambar. Author tak tahulah.
Btw, siapa yang pernah kena macam Iris? Atau korang yg padang orang macam mana perempuan tu pandang Iris?

ANDA SEDANG MEMBACA
The Garden of Lies
أدب المراهقينIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...