Bab 2

24 8 0
                                    

|Taman|

Puas aku berlari. Tempat yang aku cari masih tidak kelihatan. Aku memang dah berlari ke arah yang betul. Tapi aku tak berapa faham dengan rangkap kedua dan ketiga. Aku cuba memproses semula perkataan yang tercatat di diari Sofi.

Pergi ke arah matahari terbit, di mana tak nampak matahari. Cari di tempat berkumpulnya rama-rama, disitulah sesuatu yang kau cari.

Dan masalahnya, aku tak jumpa. Di mana tempat matahari tidak kelihatan? Di mana tempat berkumpulnya rama-rama? Aku serabut. Aku mula rasa agak menyesal dengan sikap Sofi yang sangat gemar dengan teka-teki. Selalu saja suruh aku perah otak untuk memberi dia teka-teki atau menjawabnya.

Sekarang sudah hampir gelap. Aku balik ke rumah dengan perasaan hampa. Aku juga tak boleh tidur apabila pelbagai andaian dan teori menerjah otak aku. Macam mana kalau apa yang Sofi nak bagitahu aku bukanlah sesuatu yang aku cari? Macam mana kalau sesuatu yang aku cari itu akan memburukkan lagi keadaan aku?

Aku perlahankan suhu penghawa dingin apabila aku dapati yang aku sesak nafas. Aku mula menyarungkan selimut dan pejamkan mata untuk buang pemikiran itu jauh-jauh. Kalau aku terlebih fikir, ianya akan buat aku sesak nafas. Lama-kelamaan aku dapat pejamkan mata dan tidur.

• • •

Aku turun ke bawah sebaik sahaja selesai mandi. Dengan hoodie yang tersarung dengan rambut yang diikat kemas. Aku menyapa ibu yang sedang buat sarapan di dapur. Ibu dan abang memandangku seperti baru lihat pontianak berjoget depan mata. Dahiku mula berkerut.

"Kenapa pandang Nana macam tu?" tanyaku yang masih lagi dengan dahi yang berkerut. Abang tak hiraukan soalan aku dan sambung makan mi gorengnya. Aku menuju ke island table dan mengambil tempat di depan abang.

"Rajin pulak Nana bangun awal masa hari cuti ni," jawab ibu yang dah mula sambung goreng cekodoknya semula. Baru aku nak sendok mi goreng tetapi terhenti bila ibu melontarkan kata-kata itu. Walaupun memang betul ianya pelik bagi semua orang yang kenal aku, tapi ianya buat aku agak sentap bila orang fikir yang aku ni takkan bangun selagi ribut tak melanda.

"Itulah. Bukan setakat bangun aje, siap mandi dengan pakai cantik-cantik lagi. Tak tahulah abang sama ada kau dah ada boyfriend atau dunia ni dah terbalik," kini giliran abang pula mengkritik aku. Aku hanya mencebik dan mula senduk mi goreng.

Selesai makan, aku keluar dari rumah. Alasan kenapa aku rajin bangun awal kerana aku fikir kalau pagi ni senang sikit aku nak cari tempat tu. Sebab lagi senang nak tahu arah matahari terbit. Aku duduk di sebuah bangku yang disediakan di tepi jalan. Berehat sekejap lepas penat berjalan.

Tiba-tiba sesuatu terlintas dalam fikiran aku. Macam kalau tempat yang aku cari sebenarnya bukan dekat sini? Macam mana kalau ianya sebenarnya berada di luar negara? Ada kemungkinan kerana Sofi dan ayah aku sangat suka pergi melancong berdua ke luar negara. Bila aku terfikirkan perkara itu buat aku hilang semangat.

Aku pejamkan mata seketika. Tak lama kemudian aku buka mata semula apabila terasa ada sesuatu di atas kepala aku. Aku mendongak dan benda itu melompat turun ke bawah. Ianya seekor anak kucing. Matanya yang mempunyai warna biru yang lebih dalam daripada laut buat aku tertarik. Pandangannya seperti ingin beritahu aku sesuatu. Tak lama kemudian dia berjalan ke kanan.

Aku dapat rasakan yang kucing itu menyuruh aku ikut dia. Tanpa berlengah aku mengejar langkah kucing itu. Kalau kucing itu tak suruh pun aku memang akan ikut dia. Sebab kalau boleh aku nak tatap mata biru itu sekali lagi. Aku perasan yang kami hampir melepasi kawasan perumahan. Seketika aku berfikir kalau kucing ini mungkin mahu pergi ke tempat saudara-maranya berada.

Tak lama kemudian kucing itu menghilang. Tak tahu ke mana dia pergi. Aku melihat sekeliling. Pandangan aku terpaku pada sebuah taman kecil di hadapan aku. Ianya penuh dengan rama-rama. Nampak ceria dan suram pada masa yang sama apabila matahari tidak kelihatan dek kerana bangunan tinggi yang berada beberapa ratus meter di hadapannya.

Bila aku sedar yang tempat ini sama seperti apa yang ada di dalam diari Sofi, aku tak boleh berhenti senyum. Akhirnya aku jumpa tempat yang aku cari. Tempat yang mungkin ada sesuatu yang aku cari. Aku mula cari disekeliling. Ianya cuma penuh dengan bunga. Mata aku terpaku pada bangku yang berada dihujung taman. Kakiku melangkah ke arah bangku itu.

"Another diary?" Soalku apabila mataku menangkap sebuah buku berkulit hitam. Aku mengambilnya dan membaca beberapa bahagian. Aku sedikit terkejut dan tak sangka pemilik diari ini memiliki penyakit kanser buah pinggang. Tapi lama-kelamaan muka aku jadi tak berperasaan. Dan terus terang aku bencikannya.

"Tu aku punya," satu suara garau menyapa pendengaran aku. Aku mengangkat muka dan ternampak seorang lelaki sebaya aku sedang berdiri di hadapan. Rambut dia warna coklat pekat. Muka dia putih bersih dan hidung mancung. Mata dia pula warna coklat cair yang akan buat sesiapa pun tenang bila memandang.

"Orang macam kau ni mesti pembunuh, kan?" Muka lelaki itu nampak keliru bila aku tiba-tiba tanya soalan macam tu. Kemudian dia jawab dengan soalan.

"Kenapa kau cakap macam tu pulak?" tanya dia yang masih lagi keliru. Dia menggaru kepala yang aku sangat pasti sebenarnya kepala dia tak gatal pun. Tak lama kemudian aku jawab.

"Sebab muka macam kau ni pergi mana-mana mesti bagi perempuan heart attack," jawab aku. Mata aku masih tak lepas memandang dia.

Kemudian tawa lelaki itu meletus. Itu membuatkan aku lagi menatap dia. Sumpah, kalau mana-mana perempuan tengok lelaki ini sedang ketawa pasti mereka akan kena serangan jantung. Aku dah mula memegang dada aku untuk menenangkan degupan jantung yang begitu kencang. Beberapa saat kemudian barulah dia berhenti.

"Dah lama aku tak ketawa macam ni," ujarnya sebelum pandang semula ke arah diari di tangan aku. "Bagi balik diari aku," kata dia dingin. Aku yang baru sedar cepat-cepat pulangkan.

"Aku minta maaf. Aku fikir itu diari adik aku," kata aku dengan rasa bersalah. Aku tak sepatutnya main ambil dan baca diari orang yang tercicir. Aku pandang mata coklat cair milik lelaki itu. Pandangan lelaki itu agak dingin. Seolah-olah dia nak campak aku ke kutub utara. Aku mula bangun dan berkata.

"Aku. . pergi dululah."

-BIODATA AUTHOR-

Hai, semua! Baru bab 2 dan author dah rasa cerita ni hambar. But I told myself it's gonna be alright because it's just the beginning. Dan author harap korg pun akan fikir benda yg sama. Untuk chapter seterusnya, author sarankan korang pakai earphone atau headphone. Enjoy!

The Garden of LiesWhere stories live. Discover now