|Nama Panggilan|
Sambil baca silalah dengar lagu Therefore I Am daripada Billie Eilish.
Bunyi alarm dari telefon membingitkan telinga. Setelah beberapa minit barulah aku bangun dan ambil tuala. Aku hanya mengambil mandi yang ringkas tapi taklah seringkas mandi kerbau. Aku mengambil t-shirt lengan panjang dan sarungkan ke badan. Rambut diikat gaya ponytail macam biasa.
Aku menggalas beg sekolah dan turun ke bawah. Untuk pengetahuan, sekolah aku tu ialah sekolah private. Kami dibenarkan memakai pakaian bebas kecuali satu. Seluar dan kain mestilah ada lambang sekolah ditepinya. Kami tak boleh tempah sendiri dan mestilah beli dari sekolah.
Aku duduk di hadapan abang aku. Sebaik sahaja aku duduk, bunyi pembakar roti berbunyi menandakan roti dah siap bakar. Aku mengambil dua keping roti bakar dan sapukan dengan kaya. Baru habis roti pertama, aku dengar bunyi hon kereta dari luar rumah. Mesti Dalia ni.
Aku menyalam ibu dan abang lalu bergegas keluar dari rumah. Aku membuka pintu kereta Dalia. Belum sempat aku nak memboloskan diri dalam kereta, dia sudah menahan aku.
"Aipp! Sebelum nak masuk habiskan dulu roti bakar tu," katanya sambil menunjuk roti bakar yang aku gigit. Dengan pantas aku sumbatkan semua roti bakar ke dalam mulut. Dalia berikan pandangan jijik. Tanpa pedulikannya, aku memboloskan diri dalam kereta.
• • •
Aku pergi ke arah loker. Buat pertama kalinya ada sticky note melekat dekat loker aku. Aku cabutnya dengan geram. Siapa punya kerjalah ni? Kerutan dekat dahi aku hilang bila baca nota itu. Digantikan pula dengan jelingan menyampah. Siapa lagi kalau bukan Beruang? Nak tahu apa yang dia tulis?
Bagitahu aku nama dan nombor kau masa rehat nanti.
Wah, banyak cantik! Punyalah seret aku bagai semalam. Nama aku pun dia tak boleh ingat. Macam manalah boleh popular dengan otak tak cukup skru tu? Aku memang takkan bagitahu dia. Pandai-pandailah dia cari tahu sendiri.
Aku pergi ke kantin dan mencari tempat duduk di kafe. Dalia melambai ke arah aku. Aku pergi ke sana dan duduk depan dia. Dia makan nasi goreng USA manakala aku hanya pesan air.
"Apa yang kau buat dengan Arif semalam?" tanya Dalia sebaik sahaja dia menelan nasi goreng.
"Hmm.. kitorang cuma buat homework je," tipu aku lagi. Aku tak boleh nak buat apa. Dia kata tempat tu rahsia dan aku tak boleh bagitahu sesiapa. Kenapalah banyak sangat rahsia dia yang aku kena simpan?
Menyesal betul aku jumpa lelaki macam tu! Walaupun aku tak suka, tapi aku ni jenis yang tepati janji. Tak kiralah betapa teruknya janji yang aku buat tu. Tapi tak bermakna aku ni akan berjanji benda yang aku tak boleh buat.
"Hai," sapa seseorang membuatkan lamunan aku terhenti. Aku menjeling bila dapati orang yang menyapa tu ialah Beruang.
"Hai. Nak pinjam kawan aku lagi?" tanya Dalia dengan senyuman penuh maknanya. Aku sudah memberi dia death glare sebagai amaran supaya jangan fikir bukan-bukan. Dia abaikan amaran aku dengan senyuman yang lebih lebar terukir.
"Ha'ah. Can I?" Dia menarik lengan aku bila dapat anggukan daripada Dalia. Diorang fikir aku ni barang ke apa?! Nak pinjam bagai. Lepas tu main tarik-tarik.
"What do you want?" tanyaku sambil melepaskan tangan dari genggamannya. Nampaknya aku kena pakai sarung tangan lepas ni. Bahaya betul bila lelaki ni asyik sentuh aku. Dia menghulurkan tangan seperti minta sesuatu.
Aku membuat muka blur.
"Your name and number," jawabnya tak ubah macam polis trafik yang minta IC orang yang langgar undang-undang. Aku menyilangkan tangan ke dada.
"Aku. Takkan. Bagi. Pandai-pandailah kau cari tahu sendiri." Aku baru nak berlalu pergi sebelum dia menyambar tangan aku semula.
"Kalau macam tu aku tanya kawan kau," ugut dia. Aku tersenyum sinis. Macamlah dia berani.
"Tak apa kalau kau nak dia tahu rahsia kau. Dia fikir kau kawan aku dan dia tak tahu apa-apa yang jadi dengan kita. Tak ke pelik nanti kalau kau tiba-tiba tanya nama aku?" Soalku.
Walaupun aku tak pasti yang kitorang ni betul-betul kawan ke tak. Yelah, baru tiga hari lepas kitorang jumpa, tup-tup dah jadi macam ni. Semuanya sebab Si Beruang ni suka memaksa. Dia terdiam seketika dengan jawapan aku.
Aku tersenyum puas.
Kemudian, dia pula tersengih.
"Baiklah, kalau itu yang kau nak, Sweetie."
"Apa?" Soal aku terkejut. Aku salah dengar ke ni?
"Memandangkan kau tak nak bagitahu nama kau, aku akan panggil kau Sweetie. Tak apakan kalau satu sekolah fikir kita couple?" Dia hadiahkan smirk padaku.
Aku, dikatakan couple dengan lelaki tak betul macam dia? Memikirkan perkara itu saja membuatkan bulu roma aku meremang. Memang takkan!
"Yelah, yelah. Bagi sini tangan kau," akhirnya aku mengalah. Tanpa banyak kata, dia hulurkan tangan. Aku keluarkan pen dari poket dan menulis sesuatu atas tangan dia.
"Irina Safiya," bacanya. "Kalau macam tu aku akan panggil kau Iris."
Dahi aku berkerut.
"Kenapa?"
"Sebab mata kau cantik. Kali pertama aku tengok depan mata ada orang warna mata macam kau," jawab dia ikhlas.
Pipi aku terasa panas. Walaupun aku tahu dia bukan nak usik aku, tapi disebabkan tulah pipi aku terasa lagi panas dari biasa! Aku cuba untuk kekal tenang. Kalau dia perasan muka aku merah, memang ketawa dia dekat sini nanti.
"Kalau macam tu aku panggil kau..." Aku berfikir seketika. Aku pandang muka kacak Arif. Entah kenapa aku rasa nak panggil dia Danibear. Sebab dia macam beruang. Tapi aku buang pemikiran itu jauh-jauh sebab aku rasa panggilan tu terlalu cheesy.
"Danny." Perkataan itu keluar dari mulut aku secara spontan. "Sebab aku rasa..." Kata-kata aku tergantung. Hampir saja nak terlepas.
"Sebab apa?"
Aku cuma menggelengkan kepala. Ini kalau aku bagitahu dia nanti boleh melambung ego dia.
"Tak ada apa-apa. Aku cuma terfikir kau orang pertama yang panggil aku Iris. Tapi aku tak benci pun," jawab aku sambil pandang bawah. Bukan sebab aku tak berani pandang dia, tapi sebab dari tadi cahaya matahari asyik menyiram muka aku. "Dahlah. Aku pergi dulu tau."
Sebelum aku berpusing, sempat aku menangkap senyuman berjuta dolar dia. Kalau bukan kerana hati batu aku, mungkin aku dah pengsan sebab serangan jantung. Haih, lelaki ni memang bahaya betul kalau dekat dengan perempuan! Aku teringat balik apa yang aku cuba nak bagitahu dia tadi.
Sebab aku rasa ianya sesuai dengan sifat kau yang suka senyum.
-BIODATA AUTHOR-
Hai, semua! Untuk chapter ni, author rasa lagu dia tak berapa kenalah. Tapi author penat nak cari lagu yang betul2 sesuai. Tak apa, author akan pastikan korg lebih enjoy di chapter seterusnya!
Btw, korang nak panggil Irina apa? Nana atau Iris? Atau korang ada nama lain yg sesuai utk dia?
Jangan lupa vote!

ANDA SEDANG MEMBACA
The Garden of Lies
Teen FictionIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...