|Tanpa Dalia|
Hari ini aku rehat dengan Dalia seperti biasa. Tiga orang jejaka yang mula rapat dengan kitorang itu tak rehat sekali untuk kali ni kerana ada latihan bola sepak. Jadi aku dengan Dalia ada peluang nak bergosip tanpa diganggu.Semasa makan, Dalia tak banyak cakap seperti selalu. Macam ada perkara yang ganggu fikiran dia. Kadang-kadang dia pandang aku macam nak cakap sesuatu tapi lepas tu geleng kepala macam tak jadi. Disebabkan dah tak tahan tengok perangai dia, aku pun mula menanya.
"Ada sesuatu yang kau nak bagitahu aku?" Aku menyoal dengan kening terjongket sebelah. Dalia hanya memandang aku. Tak lama kemudian barulah dia buka mulut.
"Sebenarnya, minggu depan aku kena balik rumah atuk aku dekat France. Ada hal keluarga. Aku kena balik lama pula tu, dua bulan. Aku pun dah maklumkan dekat cikgu," terang Dalia.
"Habis, siapa yang nak hantar aku ke sekolah nanti? Nak harapkan abang aku? Memang hari-hari lambatlah jawabnya," ujar ku.
"Itulah yang aku nak bincang dengan kau. Aku sebenarnya dah ada orang untuk hantar kau nanti tapi kalau aku cakap sekarang takut kau tak suka pula," ujar Dalia dengan berhati-hati.
"Siapa yang kau cakap ni? Jangan kata kau bagi Si butler yang gatal tu hantar aku sudah." Aku memaksudkan seorang butler yang pernah menjadi butler peribadi Dalia. Sejak pertama kali aku datang rumah Dalia, butler tu macam tertarik dekat aku. Dah lah umur pun tiga puluh lebih.
Sejak tu dia dah tak boleh jadi butler melainkan cuma pekebun je. Tapi kalau driver rumah Dalia cuti, dialah yang akan jadi driver keluarga Dalia. Kalau Si butler tu jadi driver masa Dalia ada tak apalah juga. Tapi kalau aku je yang berduaan dengan dia memang tak sanggup.
"Tak adanya aku nak minta dia. Aku tahulah perangai dia macam mana. Ini aku minta orang lain. Tapi kau kenal juga orang tu."
"Siapa ni? Baik kau bagitahu aku sekarang." Dalia cuma menggelengkan kepala kemudian menjelirkan lidah. Senyum penuh maknanya buatkan aku rasa tak sedap hati.
• • •
Hari ini aku bangun agak awal sedikit. Dalam pukul enam pagi. Entah kenapa, masa Dalia tak ada ni aku rasa rajin sikit nak bangun awal. Jadi aku ada masa nak sarapan tanpa kelam kabut. Ibu yang melihat aku juga hairan dan bertanya.
"Biasanya waktu macam ni Nana kelam kabut. Hari ni relaks pula. Dalia lambat ke?" soal ibu. Aku menggeleng kepala sebagai jawapan.
"Taklah. Dia kena balik France bulan ni. Jadi dia suruh orang lain yang hantarkan Nana. Tapi dia tak cakap pula siapa yang akan hantar tu," jawabku.
"Hm. Biar jelah orang lain yang hantar Nana. Kalau nak harapkan abang Nana tu, pukul lapan lah baru Nana sampai dekat sekolah." Aku mengangguk setuju dengan kenyataan ibu.
"Tak baik mengutuk belakang orang. Istighfar banyak-banyak ibu," ujar satu suara yang menuruni tangga. Siapa lagi kalau bukan Irfan, abang aku.
"Ni lagi seorang. Awal pula bangun?" tanya ibu. Aku juga menoleh memandang abang yang sudah siap dengan kemejanya.
"Ada klien penting. Itu yang rajin siap cepat tu," terang abang pendek. Aku dengan ibu cuma mengangguk faham.
Aku sambung menghabiskan bihun goreng. Baru sahaja habis makan apabila bunyi loceng pintu berbunyi.
Aku meletakkan pinggan di singki dan menyalami tangan ibu dan abang. Aku memberi salam kepada mereka.Aku bergegas mengambil beg apabila memikirkan yang datang itu ialah pemandu yang Dalia beritahu aku.
Aku membuka pintu dan terkaku di depan pintu itu. Seperti yang dikatakan Dalia, aku memang kenal sangat dengan orang yang akan hantar aku ke sekolah."Danny? Dalia yang hantar kau?" soal aku tak pasti. Dia hanya melemparkan senyuman.
"Nana? Kenapa tercegat je dekat depan pintu tu? Siapa yang datang?" soal ibu yang menghampiri ku.
"Ini Danny. Kawan sekelas Nana. Dalia yang suruh dia hantar Nana ke sekolah," jawabku. Aku cuma kenalkan Arif dengan nama panggilan dia.
"Assalamualaikum, mak cik. Saya Arif Danial, kawan Iris. Dia je yang panggil saya Danny."
"Dia pun sama juga panggil nama panggilan aku depan ibu," bisikku perlahan tapi aku tahu dia masih boleh dengar bila dia sempat menjeling aku.
"Oh, Arif. Handsome nama. Macam tuannya." Kenyataan ibu itu buat aku memutarkan bola mata. Dalam hati aku, 'Jangan puji lebih-lebih sangat ibu. Kembang dia nanti!'
"Ibu, Nana dah lambatlah. Nantilah sembang. Kitorang pergi sekolah dulu ya," ujarku lalu manyalam tangan ibu sekali lagi. Kemudian dengan pantas aku menarik lengan baju Beruang dan bawa ke keretanya.
"Sabarlah sikit. Aku tak sempat nak bagi salam tadi. Nanti mak kau ingat aku tak ada adab pula," ujar Arif bila kitorang dah masuk keretanya.
"Tak payah nak tunjuk sopan sangat. Itu bukan mak mertua kau. Lagipun kita memang kena cepat nak pergi sekolah," jawabku.
"Yalah," jawabnya pendek lalu terus memandu.
• • •
Sampai di tempat parking, aku keluar dari kereta Arif sambil memandang kanan kiri. Ini bukan sebab takut ada kereta, ini sebab takut orang nampak dan jadi bahan gosip! Walaupun beberapa kali juga aku keluar dengan Arif, tapi ini kali pertama dia hantar aku ke sekolah.
Bila keadaan nampak selamat, aku terus keluar. Arif yang baru mematikan enjin kereta aku buat tidak peduli. Baru sahaja aku mahu menarik nafas lega bila ternampak dua lembaga.
"Arif! Kau dengan girlfriend rupanya. Patutlah tak pergi sekolah sama-sama dengan kitorang," kata Alfi dengan suara yang agak kuat kerana jarak mereka yang agak jauh.
Disebabkan dia, tempat parking yang sepatutnya tidak dipedulikan jadi tumpuan orang ramai. Semuanya memandang aku kerana perkataan 'girlfriend' yang disebutkan Alfi tadi. Aku terus memberikan dia jelingan membunuh membuatkan dia memandang tempat lain dengan tersengih.
"Bila masa pula aku ada girlfriend ni? Sesuka hati kau je kan. Aku cuma hantar Iris ke sekolah," jawab Arif kemudian menarik lengan aku untuk berjalan bersama. Aku nak tolak dia tapi tak jadi bila dia cakap.
"Diorang dah nampak pun Iris. Jadi tak ada gunanya nak sorokkan." Aku cuma menjeling tidak puas hati.
'Dalia oh Dalia. Cepatlah balik. Aku dah tak boleh nak bertahan dengan Si Beruang ni,' omelku dalam hati. Murid perempuan sudah menjeling tajam ke arah aku.
Aduhai, macam mana nak rehat nanti? Selama ni aku cuma rehat dengan Dalia seorang. Mana ada kawan perempuan yang lain lagi. Takkan asyik nak rehat dengan Si Beruang ni pula. Dalia, cepatlah balik!
-BIODATA AUTHOR-
Hai, semua! Author cuma nak terangkan macam mana Si Iris ni panggil Arif. Kalau panggil guna mulut, dia akan panggil Arif sebagai Danny. Kalau masa dia menyampah atau tak puas hati, dia akan panggil Arif sebagai Beruang. Kalau mood dia okay atau masa Arif tengah bercakap, dia cuma akan gelarkan Arif dengan nama dia.
YOU ARE READING
The Garden of Lies
Teen FictionIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...