|One Step Back|
"Aku ada soalan. Kau suka Iris ke?" soal Ariq. Jantung aku berdebar dengan penuh harapan. Beberapa saat yang aku tunggu terasa seperti berjam-jam.
"Aku tak ada perasaan dekat dia," jawabnya mendatar. Jawapan tu memang buat hati aku hancur. Aku tak nak dengar apa lagi yang dia akan kata tapi aku tak boleh nak keluar sekarang. Nanti diorang akan tahu yang aku dengar semuanya.
"Habis kenapa kau bagitahu satu sekolah yang dia bakal tunang kau?" Aku mengintai dan nampak Ariq tunjuk berita dalam group Telegram sekolah kepada Arif.
"Aku perlukan dia untuk sembuhkan penyakit aku."
"Kau tak takut akan mainkan perasaan dia? Kau tak takut dia terluka?"
"Dia tak boleh ada perasaan dan dia takkan terluka," kata-kata Arif buat hati aku mula beku.
"Aku akan simpan rahsia penipuan kau daripada mama. Tapi dengan syarat." Aku nampak dia berbisik sesuatu pada Arif. Kemudian dia terus berlalu pergi. Arif cuma berdiri kaku di situ seketika. Apabila beberapa saat barulah dia juga pergi. Aku mula bangun dan mengambil angin di depan rumah.
"Kau pergi mana tadi?" soal Arif sebaik sahaja aku masuk rumah.
"Ambil angin dekat depan rumah," jawabku. "Aku nak balik. Mak aku nak aku teman dia beli barang."
"Aku hantar kau balik." Dia cuba untuk menarik lengan aku tetapi aku mengambil satu langkah kebelakang.
"Abang aku ambilkan aku. Lagipun tak jauh sangat pun rumah kau dengan aku," aku cuba mempamerkan senyuman.
"Okay."
Aku terus berlalu pergi selepas bersalam dengan mama. Hampir sahaja mama nak suruh Arif temankan aku tadi, tetapi aku kata abang aku ambil. Kalau aku kena berduaan dengan Arif dalam kereta sekarang ni, aku mungkin akan hilang kawalan dan melampiaskan rasa marah dekat dia.
• • •
Di sekolah, aku cuba mengelak dari Arif. Masa pergi sekolah pun aku paksa abang aku bangun awal dan hantar aku sebelum Arif sampai. Aku tak nak jumpa dia buat masa ni. Aku rasa dia ada sorokkan sesuatu dari aku. Dia mungkin sorokkan sebab sebenar dia dekati aku.
"Iris, you bergaduh dengan Arif ke?" tanya Sara.
"Kenapa awak tanya macam tu?" soalku semula.
"Macam mana I tak tanya? You tiba-tiba nak tukar tempat duduk sebelah I. Biasanya you okay je duduk sebelah Arif. Nampak happy lagi," Sara sengaja tekankan perkataan happy.
"Tak ada apa-apa. Cuma rasa tak berapa selesa dekat dengan dia," jawabku jujur. Sara mengangguk faham dan sambung menjamah makanannya. Selesai sahaja, dia minta diri untuk jumpa dengan Alfi.
Aku pula bangun dan ingin ke perpustakaan. Memandangkan waktu rehat masih ada banyak lagi. Baru sahaja nak masuk sebaik pintu lif terbuka, aku terus terkaku memandang hadapan. Baru fikir nak memusingkan badan, aku ditolak pula.
"Kamu ni kalau nak masuk cepat sikit. Cikgu sibuk ni," tegur Cikgu Syed, guru matematik aku. Sudahnya dia tolak aku tadi, aku terus termasuk dalam lif. Aku terdiam tanpa memandang Arif yang ada dalam lif sekali.
Sampai ditingkat empat, Cikgu Syed keluar dari lif. Tinggalkan aku dengan dia sahaja. Nampaknya dia pun nak pergi perpustakaan ditingkat tujuh. Aku rasa macam berjam-jam pula duduk dalam lif, tak sampai-sampai.
Sebaik sahaja pintu terbuka, aku cepat-cepat keluar. Langkah aku terhenti bila dia menarik lengan aku.
"Iris," panggil dia.
Aku cuma diam.
"Boleh kau bagitahu aku kenapa kau elak daripada aku? Aku ada buat salah ke?" Dia cuba bercakap dengan suara lembut.
Alahai, kenapa cara dia macam nak pujuk girlfriend pula ni? Dia buat hati aku huru-hara. Tak boleh ke dia biarkan aku tenang untuk hari ni je?
"Aku cuma rasa yang kau masih tak jujur dengan aku," akhirnya aku jawab.
"Apa maksud kau? Yang pasal ex girlfriend aku tu? Tapi aku memang tak nak ingat pasal dia lagi," jelasnya.
"Aku tahu tapi bukan sebab tu. Aku tahu kita cuma kawan dan aku tak berhak nak tahu pasal siapa girlfriend kau."
"Jadi apa masalahnya?" Dia melangkah dekat ke arah aku.
Melihatnya, aku mengambil satu langkah kebelakang. Dia terus berhenti daripada dekat dengan aku.
"You took a step back again." Suara dia perlahan. "Maksudnya kau nak cipta garisan yang jelas antara kita?"
"Aku dah cuba jujur dengan kau. Jadi boleh bagitahu aku, penyakit sebenar kau tu apa?" soal aku dengan muka serius.
Aku dapat tahu bila mama suruh aku simpankan ubat untuk Arif kot-kot kalau dia terlupa. Mama bagi aku ubat tu masa sepupu dia datang hari tu. Ianya bukan ubat makan, tapi ubat yang perlu disuntik. Bila aku tanya Arif ada sakit apa, mama tak jawab. Kalau dia betul-betul ada kanser buah pinggang, mama mesti akan terus cakap tapi ini tak. Mama kata lebih baik kalau Arif sendiri terangkan.
Dia terdiam lama sebelum jawab, "Aku... tak boleh nak bagitahu kau masa ni."
"Maknanya memang betul kau tipu aku. Aku cuma... agak kecewa. Aku dah jujur, aku bagitahu rahsia aku dekat kau. Aku bagitahu rahsia aku sebab aku rasa bersalah sebab terbaca rahsia kau. Tapi aku tak sangka pula semua tu tipu." Aku menghela nafas berat.
"Jangan dekat dengan aku lagi. Aku tak nak ada kena dengan kau. Setiap kali kau dekat dengan aku, aku akan ambil satu langkah kebelakang," jelas aku sebelum pergi turun bawah semula.
Aku dah tak ada mood nak ke perpustakaan. Aku rasa kecewa, tapi tak rasa sakit. Aku lihat pantulan muka aku dari tingkap kelas. Riak muka aku langsung tak ada perasaan. Sesiapa yang tengok memang takkan dapat agak apa yang aku rasa.
Tzzt! Tzzt!
Telefon di dalam poket aku keluarkan dan lihat nama pemanggil. Asalkan bukan Si Beruang, aku terus jawab.
"Hello?"
"Hey! Have you missed me?" Suara di hujung talian sedikit mengejutkan aku.
"Kau kat mana?" tanya aku.
"Baru nak balik sana malam nanti. Kau ambil aku esok tau," ujar dia dalam nada mengusik.
"Okay." Aku cuma setuju.
"Really?"
"Mm. Alang-alang ada orang nak balik juga esok. Pukul berapa ni?"
"Pukul 9.00 pagi. Jangan lambat tau!" Dia terus matikan panggilan sebelum aku sempat balas.
Kringg!
Waktu rehat pun dah habis. Memang tepat sangatlah. Kalau aku pergi PSS tadi, memang tak bolehlah nak bercakap dengan dia memandangkan PSS tak boleh bising. Aku pergi cari Sara dulu lepas tu baru kitorang ke kelas sama-sama.
-BIODATA AUTHOR-
Hai, semua! Hehehe. Dah jadi agak misteri, betul tak? Chapter seterusnya author akan masukkan ex girlfriend Arif. Apa hubungan dia dengan Iris?
YOU ARE READING
The Garden of Lies
Novela JuvenilIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...