Bab 13

5 5 0
                                    

|Hubungan|


Aku cuma tersenyum dengan agak kekok di meja. Makanan yang begitu mewah tak sedikit pun menaikkan selera aku. Mana taknya, di hadapan aku ialah keluarga Arif! Kalau hari tu cuma ada Arif dan mama saja, kali ini pula ada seluruh keluarga. Siap ada atuk dan sepupu dia lagi! Ini hari keluarga dia ke apa?

"Kenapa kau bawa aku dekat rumah kau kalau dah tahu yang sepupu kau nak datang?" Aku menyinggul lengan Arif sambil berbisik.

"Mama yang suruh aku bawa kau. Dia kata lagi meriahlah nanti," jawabnya dengan separuh berbisik.

Mama ni!

Dah nama pun hari keluarga, buat apa nak bawa orang luar, kan? Kalau bawa, memang nak kena kenalkan dekat satu keluarga lah. Ini dah macam nak jadikan bakal menantu dah ni ha! Padahal aku baru je sekolah menengah. SPM pun lagi berapa tahun nak kena hadap.

"Kau pun satu! Tak boleh bagi alasan dekat mama ke? Kata aku sibuk ke apa ke?" Aku mula marah Arif pula.

"Maaflah. Syurga dekat bawah tapak kaki ibu. Mana boleh aku tipu mama aku." Aku rasa nak cubit aje mulut dia ni. Tahu betul nak menjawab!

"Sekurang-kurangnya bagitahulah yang sepupu kau nak datang. Boleh aku bagi alasan dekat mama. Nasib baik kau suruh aku pakai baju elok sikit. Kalau tak malu aku nanti," rungut aku. Nasib baiklah Si Beruang ni tahu juga nak ingatkan aku pakai baju cantik. Kalau tidak, aku ingat nak pakai hoodie aku tu je.

"Yelah. Nanti mama fikir yang aku tak bagitahu kau pula yang sepupu aku nak datang. Tak pasal-pasal nanti aku juga yang kena marah. Itu yang aku suruh kau pakai baju cantik tu."

"Jadi kalau bukan sebab tu kau memang takkan bagitahu aku apa-apalah ya?" Aku mula turunkan tangan aku di bawah meja lalu mencubit peha Arif. Membuatkan dia mengaduh sakit.

"Padan muka! Tengoklah apa aku buat nanti kalau kau buat macam ni lagi," aku memberinya amaran.

"Atuk nak umumkan sesuatu," suara atuk Arif menghentikan perbualan aku dengan dia.

"Atuk akan jadikan Arif sebagai pewaris utama S.H. Property. Pada hari jadi dia tahun depan baru akan diumumkan pada orang ramai. Atuk beritahu dulu sebab atuk tak nak kamu semua kecoh nanti. Yang lain akan tolong Arif uruskan S.H. Property," jelasnya.

Aku yang merupakan satu-satunya orang luar rasa seperti bersalah pula sebab berada di perjumpaan keluarga ni. Aku rasa nak balik. Aku mula berdiri dan meminta diri pergi ke tandas.

"Fuh! Kenapalah aku datang? Si Beruang punya pasallah ni!"

Aku duduk di tandas selama sepuluh minit sebelum keluar. Keluarga Arif sudah mula menjamu selera membuatkan aku menghembus nafas lega. Aku mengambil tempat di sebelah Arif. Rasa selesa kalau ada dia sebab aku takkan rasa bosan dan diam sahaja.

"Kau tahu kenapa aku tak ada nama panggilan dalam keluarga ni?" tanya Arif.

"Kenapa?"

"Sebab nama panggilan Arif dah terlalu sempurna untuk aku," jawab dia dengan yakinnya seperti itu ialah perkara yang paling obvious sekali dalam dunia ni.

"Pfft! Kalau tak puji diri sendiri memang tak sah kau ni." Kan aku dah kata. Kalau dengan dia aku mesti tak akan bosan.

"Iris, hati-hati!"

The Garden of LiesWhere stories live. Discover now