|Mimpi|
Aku membelek diari Sofi satu persatu. Masalahnya banyak sangat tulisan alien dia dalam ni. Aku tak faham. Kalau tak mesti aku dapat klu pasal dia. Aku nak cari klu dalam diari dia sebab aku rasa Sofi macam ada kena mengena dengan semua ni.
Kalau tak macam mana Arif boleh rasa yang aku merupakan seseorang yang boleh sembuhkan penyakit dia? Kenapa diari ni bawa aku ke taman tu sedangkan aku tak jumpa benda lain selain piano dia? Dia tahu aku tak boleh main piano.
Dalam membelek, aku perasan ada satu muka surat yang tulisannya terbalik. Aku mula mengambil kertas dan menyusun ayat tu semula.
Ada orang, tapi tak boleh bergerak.
Ada masa, tapi terhenti.
Ada buku, tak ada huruf.Berkerut seribu dahi aku bila baca lagi satu teka-teki Sofi. Selepas lama perah otak aku, akhirnya aku mengalah dan berhenti memikirkan. Aku turun ke bawah bila dapat panggilan dari Dalia.
"Kita pergi Starbucks. Sara kata dia nak belanja minum. Alang-alang ini kali pertama kita bertiga keluar sama-sama," ujar Dalia sambil memandu.
Aku cuma setuju aje. Sejak diorang berdua ni kenal, diorang jadi rapat gila. Mana taknya, dah crush dia Haris tu sepupu Sara. Memang macam-macamlah Si Dalia ni tanya pasal Haris. Sara tu pula sokong je kalau Dalia tu dengan Haris. Kalau perempuan lain sekolah ni, dia memang menyampah.
Masa diorang mula-mula tahu yang Sara tu girlfriend Alfi, memang teruk dia kena serang. Lepas Tiga Putera Sekolah tu buat muka dingin, barulah diorang senyap. Tak lama lepas tu, diorang dapat tahu yang dia dengan Haris tu sepupu. Mulalah diorang pakai fake mask diorang tu. Semua mula senyum dekat dia macam diorang kawan.
"Hai, lambat you all sampai." Sara sudah bercekak pinggang tunggu dekat depan Starbucks.
"Lah, kenapa tak tunggu dekat dalam?" soalku.
"Tak nampak tu?" Sara tunjuk dekat sekumpulan budak lelaki yang curi-curi memandangnya. Baru aku faham.
Sara ni comel dia kalah anak patung. Kalau tengok dia sorang-sorang je dekat dalam tu, mana boleh budak lelaki semua tu duduk diam? Mesti dia kena kacau. Badan tu pula dah lah kecil je. Kalau jadi apa-apa?
"Dah. Jom masuk. I nak tengok lelaki mana yang berani kacau adik comel I ni," ujar Dalia yang masuk dahulu.
Aku menggeleng kepala kepada budak lelaki yang cuba cari maut tu.
• • •
Aku membelek gambar yang kitorang bertiga ambil dekat Starbucks tadi. Satu senyuman terukir di bibir aku. Terasa lagi lengkap persahabatan kitorang. Sara pula ada cadangkan untuk kitorang cuci gambar tu. Lepas tu buat album pasal OOTD and study group sampai habis SPM.
Aku cuma ketawa kecil. Semangat betul sampai nak buat album bagai...
Album.Album! Itu jawapan dia!
Aku pergi ke bilik Sofi dan keluarkan satu kotak daripada almari yang dah lama tak berusik. Aku keluarkan satu album yang depannya tertulis, S & S. Maksudnya, Safiya dan Sofi.
Aku mula menyelak gambar satu persatu. Tapi sampai habis selak pun aku masih tak jumpa apa yang Sofi maksudkan. Ini pun teka-teki juga ke? Aku mula merasakan sakit kepala. Kenapalah aku ada adik macam ni?
Bagaikan mentol tiba-tiba muncul di atas kepala aku, satu idea terlintas difikiran. Aku mula keluarkan gambar tu satu-persatu.
Barulah aku terjumpa gambar yang terselit di antara salah satu gambar. Ianya gambar Sofi, aku dengan seorang budak lelaki sebaya kitorang. Aku kenal budak lelaki ni, dia merupakan Arif. Macam mana aku tahu? Mama yang beria-ria tunjuk dekat aku hari tu. Merah habis muka dia bila mama ceritakan kisah memalukan dia masa kecil.
Tapi yang aku tahu, ini merupakan hari bila Sofi nak buat persembahan piano dia buat kali pertama. Aku tak ingat pula aku ada bergambar sekali dengan Arif. Aku pun langsung tak ingat apa yang berlaku lepas tu.
"Nana, pergi mandi! Nanti nak makan!" jerit ibu dari bawah.
"Okay, ibu!" Aku menyimpan semula album tu dan meletakkan kotak tu di tempatnya semula. Gambar tadi pula aku simpan di bawah bantal.
• • •
Semuanya gelap gelita. Aku takut tapi sebab aku tak boleh menangis, ia membantu aku untuk kekal tenang dalam situasi ni. Nafas aku juga semakin sempit. Aku boleh dengar suara seseorang meminta tolong. Akhirnya aku boleh melihat sekeliling aku.
Aku berada di sebuah bilik kecil yang agak gelap bersama dengan orang bermask hitam. Aku dekat mana ni? Aku pandang depan aku dengan mata terbeliak. Di depan aku, Sofi sedang menangis teresak-esak. Aku mahu menjerit, tapi tersedar yang mulut aku diikat.
Aku nampak lelaki yang berada di sebelah Sofi memegang sebilah pisau. Hati aku mula bergedup sangat laju. Diorang nak bunuh Sofi ke? Aku nak tutup mata, tapi aku takut kalau aku buat macam tu, aku tak boleh nak jumpa Sofi lagi.
Pisau tu mula memotong jari Sofi. Dia tak potong sampai tercabut, tapi sangat dalam sampai hampir setengah jari Sofi dipotong. Sofi menjerit seperti orang yang kena histeria.
Aku takut. Badan aku menggigil. Lagi satu jari Sofi juga dibuat sama seperti tadi, tak dipotong sampai tercabut. Selama jari dia dipotong, aku terfikirkan pasal macam mana Sofi nak main piano lagi lepas ni. Impian dia untuk jadi pianis. Sesuatu yang dia takkan boleh hidup tanpanya dan aku pula cuma boleh tengok dia sengsara. Aku nak tutup mata, tapi ada satu bisikan di telinga aku.
"Kalau kau tutup mata, kau takkan jumpa dia selama-lamanya," bisikan itu sangat perlahan. Sangat menusuk dekat hati aku. Sebab tu juga mata aku tak boleh nak ditutup tak kira apapun.
Aku tak boleh bernafas. Satu cecair hangat mengalir di pipi aku. Dada aku terasa sangat sakit sehingga aku takkan hairan jika jantung aku berhenti berdegup. Cecair itu mengalir lebih deras lagi. Mata aku mula kabur.
Ini ke yang dipanggil air mata?
Hangat, tapi menyakitkan. Entah bila, ikatan aku sudah terbuka dan aku mengelap air mata aku. Jari yang dilekapkan pada tubir mata aku dilihat. Kenapa... warna dia merah?
Aku memandang Sofi. Dia masih menjerit dan menangis. Berbeza dengan Sofi dalam fikiran aku. Dalam fikiran aku, aku bayangkan yang dia dah mati depan mata aku.
"Argh!" Aku terjaga dari tidur. Aku mengambil nafas sebanyak-banyaknya. Sepanjang mimpi tadi aku rasa aku tak boleh bernafas. Aku dapat rasa belakang aku basah kerana berpeluh.
Mimpi apa tadi tu? Masa silam? Itu ke sebab kenapa Sofi tak boleh main piano lagi?
Aku ada banyak soalan. Aku rasa cuma diari Sofi ialah jawapannya. Aku bangun dan mengambil diari Sofi. Aku dah tak rasa mengantuk. Walau macam manapun, aku kena rungkaikan tulisan alien tu untuk baca diari ni.
-BIODATA AUTHOR-
Hai, semua! Banyak pula idea kebelakangan ni. Alhamdulillah! Tapi bab ni agak seram, kan? Apa pendapat korang?
Jangan lupa komen and vote!
![](https://img.wattpad.com/cover/298935714-288-k818646.jpg)
YOU ARE READING
The Garden of Lies
Teen FictionIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...