Bab 12

11 6 0
                                    

|Semuanya Penipuan II|


Aku memandang Arif dengan pandangan tidak percaya. Bakal tunang dia? Apa yang dia merepek ni? Baru sahaja aku nak buka mulut bila teringatkan sesuatu. Pasal game yang kitorang tengah main.

"Sepanjang hari ni, apa je yang kita cakap ialah penipuan."

Itu yang dia kata.

Maknanya ini pun termasuk sekalilah, kan? Sebab aku ada dekat sini.

"Wait. Kenapa kitorang tak tahu pun?" tanya Alfi bersama dengan Haris dekat belakang kitorang.

"Aku fikir nak rahsiakan dulu. Lagipun kitorang akan tunang lepas habis SPM," jawab Arif dengan tenang. Orang yang tak tahu apa-apa macam diorang ni mesti akan percaya apa yang dia cakap.

"Oh.. Patutlah kau hantar dia pergi sekolah semua. Bakal tunang rupanya," ujar Haris dengan smirk.

Aku cuma diam. Biarkan si mulut manis ni aje yang 'terangkan' segalanya. Selama diorang sibuk bersoal jawab, Sara juga memandang tajam ke arah aku. Macam dia nak bagitahu, 'Kenapa kau rahsiakan dari aku?' Mata dia dahlah bulat, bila dijegilkan mata macam tu rasa seram pula.

Ini pun bukannya salah aku sebab kitorang bukan bertunang pun! Tapi aku pun malas nak betulkan. Lagipun kitorang main game ni sehari aje. Esok pandai-pandailah Si Beruang ni jelaskan dekat diorang. Siapa suruh dia yang tipu, kan? Aku ni diam aje. Tak nafi dan tak mengiyakan.

"Bila nak pergi makan ni? Lapar tahu tak?" Aku mula menghentikan sesi soal jawab diorang yang tak berkesudah itu.

"Aik. Korang tak makan lagi ke?" soal Alfi memandang aku dengan Sara.

"Mana sempat nak makan? Tadi Iris tolong I hantarkan buku teks I baru dapat dekat kelas. Lepas tu we all baru nak makan tiba-tiba ada perempuan senget mana yang nak cari pasal dengan Iris."

Aku hampir tergelak bila dengar Sara panggil geng-geng tadi perempuan senget. Aku fikir aku je yang fikir macam tu. Rupanya dia pun sama. Memang sesuai sangat panggil perempuan senget dengan gaya yang macam tu. Bukan itu aje, otak tu pun dah senget! Tiba-tiba nak cari pasal dengan aku.

"Kalau macam tu jomlah makan. Kitorang belanja," ujar Alfi. Kesianlah tu girlfriend dia hampir kena buli tadi.

• • •

Di dalam kereta, aku memandang Arif. Minta dia berikan penjelasan tentang apa yang dia cakap dekat sekolah tadi. Nak suruh jelaskan dekat sekolah, takut ada yang dengar pula. Jadi kenalah tunggu sampai balik.

"Kau ingatkan pasal perjanjian kita?"

Aku cuma angguk sebagai jawapan. Aku janji dengan dia untuk temankan atau luangkan masa dengan dia. Dia perlukan seseorang yang tak akan kekok walaupun dah tahu rahsia dia.

"Lepas ni pun aku akan ajak kau keluar pergi tempat lain lagi. Mungkin dekat mall, mungkin juga dekat taman. Jadi kalau diorang dapat tahu, tak ke pelik yang kita ni macam keluar berdating tapi tak ada hubungan apa-apa pun?"

"Tapi itukan apa yang diorang nampak je. Kalau diorang cakap apa-apa, buat tak tahu jelah," jawab aku.

"Memanglah boleh buat tak tahu je. Tapi kalau jadi fitnah macam mana? Yang berdosa tu memanglah diorang, tapi kita juga yang kena hadap nanti," katanya.

The Garden of LiesWhere stories live. Discover now