|Mencari|
Dah lama aku tak ke sini. Zip-line yang kitorang pasang pun masih ada lagi. Tapi buat masa ni, aku perlu ketepikan rasa nostalgia dan mula mencari petunjuk pasal Felly. Aku yakin dia akan tinggalkan sesuatu untuk aku tahu lokasi dia.
Aku masuk ke dalam mini house untuk mencari. Meja dan kerusi semuanya aku selongkar. Aku masih tak jumpa apa-apa sehinggalah Arif masuk. Dia meneliti setiap penjuru rumah ni sebelum pergi mengambil satu bingkai gambar.
Aku pergi ke arahnya. Gambar tu tak silap aku ialah World Park. Tempat yang dah lama ditutup. Renungan aku penuh tanda soal. Aku tunggu Arif beri penjelasan.
"Gambar ni digantung dekat tempat lain. Biasanya kitorang gantung dekat tingkap. Maknanya dia mesti sengaja alihkan."
"Tempat ni..." Ayat aku tergantung.
"Kolaborasi papa Felisha dengan ayah aku. Ini juga sebab kitorang jadi rapat. Tapi lepas tu ayah aku meninggal. Papa Felisha pun jual taman ni dan mulakan bisnes lain." Arif terangkan dengan tenang. Atau patut aku cakap, tanpa emosi?
Aku terdiam. Aku tak sangka yang dia juga kehilangan ayah. Patutlah aku tak pernah nampak ayah dia dan dia tak pernah cerita. Tapi aku rasa agak gembira bila dia mula membuka ruang kepada aku. Kali ini ialah cerita betul dan bukan sekadar rekaan atas sebab yang aku pun tak tahu.
"Jadi ada kemungkinan yang dia dekat sini, kan?" Aku tanya. Arif mengangguk.
"Tunggu apa lagi? Jomlah cari dia sekarang." Aku baru saja nak bergegas keluar namun Arif menyambar tangan aku.
"Taman ni jauhlah. Lagipun dah petang dah ni. Kita balik dulu. Esok baru kita sambung cari."
Aku dengan berat hatinya cuma mengikut sahaja. Betul kata Arif. Kalau sampai malam nanti mesti ibu dengan abang risau. Terpaksalah cari esok juga.
"Okay, Danny." Dia tersenyum lebar mendengar jawapan aku.
"Kenapa senyum macam tu?"
"Rasa sedap pula dengar nama dipanggil Danny. Cuba panggil lagi," dia menadahkan telinga padaku. Muka aku sudah membahang. Terus aku jauhkan diri dari dia.
"Tak nak. Panggillah sendiri sambil tengok dekat depan cermin tu." Aku terus keluar dan pergi ke kereta. Nasib aku tak pandai nak memandu, kalau tak, memang aku dah tinggalkan dia.
"Malu ke?" Usik dia sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Aku cuma pandang ke luar tingkap sambil buat tak dengar.
"Muka merah macam ketam rebus dah tu," dia mengusik lagi. Aku dah tak tahan, aku terus keluar dari kereta. Aku dengar dia mengejar langkah aku.
"Iris!"
Aku buat tak dengar.
"Irina Safiya!"
Akhirnya aku berhenti apabila terasa hangat dibelakang aku. Sepasang tangan dililit sekeliling pinggang aku. Ini... dia peluk aku ke? Bukan tak boleh ke buat macam ni?
"Lepaskan aku."
"Kau nak lari lagi ke?" Nafas dia yang menyentuh pipi aku buat bulu roma sedikit meremang.
YOU ARE READING
The Garden of Lies
Fiksi RemajaIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...