Bab 9

17 7 0
                                    

|Kawan Baru|

Bunyi alarm aku sudah berbunyi tapi mata masih berat nak buka. Aku buka mata sedikit dan melihat jam baru pukul lima setengah pagi. Aku mula sambung tidur bila memikirkan masih ada banyak masa. Dalam pukul enam setengah pagi, alarm aku berbunyi sekali lagi. Baru berbunyi dua kali kemudian ia berhenti.

Aku berasa pelik dan mula mencapai telefon aku tanpa melihat. Aku tak jumpa dan mula meraba-raba atas katil sehingga terasa seperti memegang tangan seseorang. Aku menggosok mata untuk melihat orang itu lalu menjerit terkejut.

"Ahhh!" Aku menarik selimut menutupi tubuh. "Kau buat apa dekat sini?!"

"Mak kau yang suruh aku kejutkan kau. Dia kata kau ni liat nak bangun," jawab Arif.

"Lain kali ketuklah pintu. Tak tahu ke ini bilik perempuan?" Marah aku. Si Beruang itu cuma menjongketkan sebelah keningnya.

"Bilik perempuan? Mana? Mana perempuannya? Aku nampak beruk tidur adalah," katanya mengusik.

"Ke-lu-ar! Aku humban kau dalam jamban nanti!" Aku sudah mula naik angin dan mencampak bantal tidur aku ke arahnya. Dia mengaduh sakit dan mula berlari keluar bila nampak aku bersedia untuk mencampak lagi dua bantal ke arahnya.

Kemudian aku mengeluh dan mengambil tuala lalu pergi ke bilik air.

Selesai mandi, aku memilih baju blouse merah jambu dengan kain sekolah. Kain sekolah aku ada dua warna, satu warna putih dan satu lagi warna hitam. Warna putih dikhaskan untuk dipakai semasa perhimpunan manakala warna hitam untuk hari biasa. Aku juga memasukkan t-shirt dan seluar sukan ke dalam beg memandangkan ada pendidikan jasmani.

Aku menuruni tangga dan melihat Si Beruang sedang berborak dengan ibu dan abang. Mereka berdua tersenyum bila Si Beruang tu cakap sesuatu. Aku pun tak hairan sangat macam mana diorang boleh mesra. Si Beruang ni pun mulut dia manis semacam. Kalau tak macam mana lagi dia boleh jadi paling popular antara dia, Alfi dan Haris?

"Seronoknya berborak. Senyum semacam ni mesti ada apa-apa. Cakap pasal Nana lah tu," kataku lalu mengambil dua keping pankek.

"Tak adalah. Ini bukan mengata buruk pasal Nana pun. Saja sembang-sembang," ujar ibu dengan senyuman tak lekang dari bibir. Gayanya tak ubah macam jumpa bakal menantu ideal.

"Dah sarapan ke belum?" soal aku kepada Arif. Dia menggeleng kepala lalu aku mengambil dua keping pankek dan coklat cair.

"Nah. Dorayaki special buatan aku." Aku hulurkan dia dorayaki yang aku buat.

"Dia ni bab benda-benda macam ni memanglah boleh buat. Tapi kalau suruh memasak. Haih! Hangus semua," ujar abang. Aku menjeling dia dahulu sebelum membalas.

"Jangan nak memandai ya. Abang tu pula, tahu makan aje. Pinggan tak tahu nak basuh. Kalau basuh pun main letak je tepi singki tu," bebelku. Ibu pula sudah pening kepala melihat gelagat kitorang.

"Dah, jangan nak gaduh. Tak malu ke ada Arif ni. Cepat makan tu. Nanti masing-masing nak pergi kerja, pergi sekolah," ujar ibu pula. Kitorang sambung makan tanpa banyak cakap.

• • •

Di kelas, masih ada setengah jam sebelum cikgu masuk kelas. Aku gunakan masa ni untuk membaca novel. Arif di sebelah aku cuma baringkan kepala atas meja tapi dia tak berniat pun nak tidur. Bosan, jadi aku cuba cari topik untuk berbual.

"Korang ada latihan lagi ke hari ni?" tanya aku. Arif memalingkan kepalanya menghadap aku.

"Ha'ah. Sampai minggu depan kitorang ada latihan."

"Alahai. Kena rehat sorang-sorang lagilah jawabnya." Aku mengeluh panjang.

"Jangan risau. Hari ni kau takkan rehat sorang-sorang," ujar Haris di belakang. Aku mula berpaling menghadapnya.

"Kenapa pula?"

"Cousin aku pindah sini. Rasanya dia kelas sama dengan kita juga." Haris suruh aku mendekat untuk berbisik lalu aku pun ikutkan sajalah.

"Tambahan pula, dia tu girlfriend Alfi. Jangan bagitahu sesiapa dulu tau," bisiknya.

Aku faham kenapa dia kata macam tu. Mana taknya, peminat Tiga Putera Sekolah ni memang pantang kalau dengar diorang ada girlfriend. Mesti nak judge rupa, keputusan peperiksaan, dari keluarga mana, pernah ada boyfriend ke tak dan macam-macam lagilah diorang tu. Lepas tu kalau apa-apa jadi, yang salahnya girlfriend, bukan Tiga Putera Sekolah tu.

Aku berhenti memikirkan semua itu apabila cikgu masuk ke kelas bersama dengan seorang murid perempuan. Badan dia agak kecil, macam baru masuk tingkatan satu. Mata dia kelabu macam Haris dan pipi dia agak gebu. Comel betul dia ni!

"Hai, semua. Hari ni kita ada murid baru. Perkenalkan diri." Cikgu memberi ruang kepada murid perempuan itu untuk ke hadapan.

"Nama saya Qaisara. Korang boleh panggil Sara," jawabnya dengan sedikit pelat British. Aku rasa dia baru balik dari England.

"Baiklah. Qaisara boleh duduk dekat barisan kedua paling belakang. Sebelah Arif." Qaisara mengangguk dan cuma menurut.

"Qaisara ni baru balik dari England minggu lepas. Pak cik aku hantar dia balik untuk ambil SPM tapi balik awal sebab Bahasa Melayu dia ni teruk. Kalau tak lulus Bahasa Melayu kan tak boleh dapat sijil SPM," terang Haris.

Semasa rehat, murid-murid tidak berpusu-pusu keluar pergi ke kafe macam selalu. Semuanya berkumpul keliling Qaisara. Terutamanya budak lelaki. Huh, nak mengorat lah tu. Mana taknya, Qaisara ni pun comel sangat.

"Boleh bagi nama IG tak?" tanya seorang budak lelaki. Aku cuma menjeling menyampah.

Kan dah kata!

Aku menoleh ke belakang untuk tengok reaksi Alfi. Macam yang aku jangka, muka dia dingin. Sangat dingin sampai aku pun boleh meremang bulu roma. Dia menjeling tajam ke arah budak lelaki yang minta IG Qaisara tadi.

"Sorry. I have a boyfriend." Jawapan Qaisara itu menghilangkan kedinginan Alfi serta-merta. Semua budak lelaki mula pergi dengan rasa kecewa.

"Sara. Ni kawan baru kau dekat sini. Nama dia Irina, boleh panggil dia Iris," Haris kenalkan aku kepada Qaisara.

"Oh, Iris. Nice to meet you. Your name are much easier to pronounce," katanya dengan senyuman sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"It's because of your accent are too shallow. Remember, you must speaking malay here." Haris menjeling kemudian menepuk lembut kepala Qaisara.

"Tahulah. Janganlah pukul," jawab Qaisara masih dengan pelatnya. Dia mengusap kepala yang dipukul tadi.

"Dahlah. Boleh masuk hospital kalau layan diorang ni. Jom rehat sama-sama," kataku sambil menarik lengan Qaisara.

"Betul tu. Jom." Dia setuju dan rehat sama-sama dengan aku. Nampaknya tak perlulah aku rehat sorang-sorang lagi lepas ni. Kemudian aku bawa dia pusing satu sekolah memandangkan dia masih baru di sini.

-BIODATA AUTHOR-

Hai, semua. Author tak ada idea sangat lately. Author juga tak ada masa nak cari lagu yang sesuai untuk bab ni. Mungkin bab seterusnya baru author akan letak lagu.

Jangan lupa vote!

The Garden of LiesWhere stories live. Discover now