𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 2 ༉‧₊˚.

12.7K 602 30
                                    

happy reading, love ღ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

happy reading, love

ADELLEA SOFEA memandang sekujur tubuh yang lagi terlantang di atas katil itu. Matanya penuh dengan butir-butir mutiara, lemah melihat sosok itu terlantar. Itu ayahnya, Tan Sri Adam. Ayahnya telah dimasukkan ke hospital.

Apabila Adellea mendapat tahu bahawa ayahnya telah ditahan, dia bergegas ke hospital yang telah menempatkan figura abinya.

"Abi taknak bangun ke? Abi tak rindu Lea ke? Bangunlah abi.." ujarnya sendirian. Dia mahu privacy ketika berbicara dengan abinya. Dia tidak mahu uminya, Puan Sri Suhana rasa apa yang dia rasa.

Setitik demi setitik butir-butir mutiara nya jatuh dan menyembah bumi.

"Hiks hiks, abi bangunlah. Lea rindu nak cerita dengan abi hiks." katanya lagi. Sungguh dia memang rindu akan abinya. Baru sahaja semalam dia bercakap, bercerita dan bergembira dengan abinya. Harini, abinya dimasukkan ke hospital akibat serangan jantungnya.

Lemah jantungnya apabila mendapat tahu abinya ditahan di wad kecemasan.

"Bangunlah abi.."

"Abi bangunlah abi... Lea rindukan abi.. Dah lama abi tidur.. Abi bangunlah.." mahu sahaja dia meraung sekuat mungkin. Tapi dia tahu, abi nya mesti sedih apabila dia menangis. Namun, dia tidak mampu menahan, langsung sahaja dia meraung disebelah abinya.

'Lea rindu abi, cepatlah sedar abi' desis hatinya. Rindu akan lelaki itu. Rindu abinya. Lemah hatinya apabila abinya dikejarkan ke hospital. Serangan jantung.

Klak!!

Pantas sahaja Puan Sri Suhana memeluk sosok anak tunggal perempuannya itu. Lemah hatinya melihat Adellea menangis macamtu. Dia tidak pernah melihat Adellea meraung sebegitu. Ibu mana tidak lemah pabila lihat anaknya menangis?

"Anak umi kuat kan? Kita doa supaya abi cepat sedar tau? Lea sayang abi kan?" ujar Puan Sri Suhana kepada Adellea. Dia tahu anak nya memang rapat dengan abinya; Tan Sri Adam.

"Lea sayang abi... Umi..." kata Adellea dengan nada yang perlahan. Butir-butir mutiara yang jatuh itu dilapnya perlahan.

"Umi tahu sayang, umi tahu" balas Puan Sri Suhana. Dia kembali memeluk tubuh genit Adellea yang longlai itu. Akibat terlalu menangis, Adellea Sofea pengsan di pangkuan uminya, Puan Sri Suhana.

Riak wajah Puan Sri Suhana bertukar menjadi cemas. Terkejut apabila tubuh anak perempuan nya tiba-tiba melorot jatuh ke pangkuannya.

"Nurse! Nurse!" sahut Puan Sri Suhana sambil menekan butang yang ada dalam wad itu. Puan Sri Suhana tidak senang duduk apabila melihat keadaan anak perempuannya seperti itu. Lagi-lagi Adellea Sofea itu merupakan anak perempuan yang dia miliki.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now