𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 40 ༉‧₊˚.

10.3K 329 11
                                    

MEREKA bertiga menghabiskan masa bersama-sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEREKA bertiga menghabiskan masa bersama-sama. Setelah tiga tahun tidak bersua muka, akhirnya Allah kabulkan doa mereka untuk bertemu semula.

Alhamdulillah. Benar apa kan. Takdir Allah itu selalu baik walau terkadang perlu air mata untuk menerimanya. Takdir Allah itu indah. Cuma hanya kita yang perlu menerima seadanya.

Hampir empat tahun sudah mereka menjalinkan hubungan yang sah disisi agama. Dan selama empat tahun jugalah adakalanya jalan cerita mereka itu ceria dan bahagia. Dan adakalanya, jalan cerita mereka tidak seindah cerita yang lain.

Walau bagaimanapun, mereka tidak pernah putus asa untuk mempertahankan rumah tangga mereka daripada musnah hanya kerana orang ketiga sahaja.

Allah is the best planner.

Allah dah susun cantik-cantik takdir untuk Zaheen Aiman dan Adellea Sofea ini.

"Ayah,"

Adeena memanggil Zaheen dengan panggilan ayah. Adeena bukanlah lambat untuk menerima hakikat. Selepas sahaja Adellea memberitahu bahawa Zaheen ialah ayahnya, Adeena tidaklah terkejut sangat. Malahan, dia suka apabila Adellea jujur dengannya.

Kadang-kadang, Adeena suka untuk cemburukan Adellea apabila Zaheen lebih melayan kerenah dirinya berbanding Adellea.

"Ya anak ayah yang cantik ini?"

"Sini jap. Deena nak bisik sesuatu kat ayah. Tapi! Kita dua je tau okey? Boleh tak ayah?" ujar Adeena kepada Zaheen. Adellea yang berada di sebelah Zaheen itu hanya membuat muka cemberut.

Ini tak adil!

Zaheen mengangguk lalu dia duduk mencangkung agar si kecil itu dapat membisikkan 'sesuatu' nya itu. Ada-ada aje lah!

"Esok kan..."

Bisik Adeena kepada Zaheen. Zaheen tekun mendengar apa yang Adeena bisikkan kepada nya. Zaheen mengangguk mengerti.

"Okey, nanti kita plan kat rumah." kata Zaheen kepada Adeena. Tanpa sedari, suaranya agak kuat. Nasib baik, Adellea tak dengar. Kalau tak, tak jadilah 'sesuatu' Adeena itu.

"Shh! Shh! Ayah ni pelan-pelan sikit!" marah Adeena apabila Zaheen berkata dengan suara yang agak kuat.

Tak jadi 'sesuatu' itu nanti.

Zaheen hanya membuat muka redha sahaja. Garang juga anak dia ni!

"Haih okeylah." balas Zaheen sambil membelai kepala Adeena yang bersarungkan tudung sarung.

"Eherm. Apa yang korang berdua bisik tu? Taknak share dengan ibu ke.." Adellea berkata dengan nada yang ingin tahu. Ish nak juga berahsia bagai dengan ibu!

Adellea cuba untuk mengorek rahsia dua anak beranak itu. Mentang-mentang dah jumpa ayah dia, Adeena dah lupa dengan ibu dia.

Namun, Adeena hanya mengabaikan pertanyaan ibunya. Dia saja nak usik ibu tercinta dia ni.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now