𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 23 ༉‧₊˚.

7.4K 279 38
                                    

TERDIAM Adellea dengan kata kata yang baru sahaja menyentuh hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERDIAM Adellea dengan kata kata yang baru sahaja menyentuh hatinya.

"Tapi abang jahat.. Abang kata hanya ada saya dalam hati abang, tapi kenapa..." lirih suara Adellea. Dia penat sangat. Dua orang yang dia sayang, khianat dia..

Sedang ralit dia melayan perasaan nya, pintu bilik tiba tiba di kuak dan terpampang wajah suaminya. Eh sejak bila lelaki itu balik? Ke dia sahaja yang tidak perasan...

Ah lantak lah dia.

"Sayang..." panggil Zaheen perlahan. Adellea hanya menjeling sekilas wajah itu.

"Sayang pandang abang please... Dengar dulu penjelasan daripada abang..." rayu Zaheen dengan nada yang perlahan.

"Huh abang nak explain apa lagi? Nak bagitau yang nak kahwin dua? Silakan." bidas Adellea, sinis. Sangat sinis.

"Bukan sayang. Abang cuma tak dapat kawal-" belum sempat lagi Zaheen hendak habiskan ayatnya, sudah pantas dipotong oleh Adellea.

"Tak dapat kawal apa?! Kawal nafsu tu? Apa sangat perempuan tu ada sampai abang terbuai dengan nya ha! Tell me! Bagitau lah saya!" jerit Adellea, dia menghamburkan segalanya. Dia juga ada perasaan. Walaupun dia hanya dengar secara samar samar, tapi dia pasti yang lelaki itu curang dengannya. Sangat pasti.

Terbungkam Zaheen apabila isterinya berani tinggikan suara terhadapnya.

"Sayang control your voice. I'm still your husband." tegur Zaheen dengan lemah lembut. Walaupun dia terasa hati dengan cara layanan isterinya yang berbeza ini, dia masih lagi suami kepada Adellea Sofea.

"Tak ada gunanya nak hormat kalau macam tu!" bidas Adellea dengan nada yang naik seoktaf. Dia memandang wajah suaminya dengan pandangan mata yang tajam. Tiada lagi senyuman seolah olah Zaheen melakukan kesilapan yang amat besar sehingga tidak boleh dimaafkan.

Ya memang Tengku Zaheen Aiman salah! Dia khianat cinta mereka.

"I said, control your voice sayang! Respect me! You still my wife, Adellea Sofea! And you need to respect me as your husband!" balas Zaheen dengan nada yang tinggi.

Kini giliran Adellea pula yang terkedu. Sepanjang mereka berkahwin, tidak pernah lagi lelaki itu menaikkan suaranya.

"Saya penat abang! Penat sangat! Kenapa!" sembur Adellea dengan tangisan yang tidak henti henti lagi.

"Kenapa apa! Sayang jangan sesekali cabar abang." balas Zaheen dengan nada yang naik seoktaf.

"Saya cabar abang!" cabar Adellea. Dia memandang mata hazel itu dengan pandangan mata yang tajam.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now