𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 24 ༉‧₊˚.

7.4K 259 11
                                    

"ADELLEA stay dengan mummy okey? Jangan terasa sangat dengan kata kata Zaheen tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ADELLEA stay dengan mummy okey? Jangan terasa sangat dengan kata kata Zaheen tu." kata Tengku Zahirah perlahan. Dia tidak mahu kehilangan menantunya.

Adellea Sofea, menantu kesayangan nya. Sudah tentulah, wanita ini akan membela nasib Adellea.

"Takpelah mummy, Adellea okey aje," balas Adellea dengan senyuman pahit. Dalam hatinya, hanya dia seorang yang merasakan kepedihan itu.

Dia ingat dia yang pertama dan terakhir, ternyata ada lagi satu...

Dia tidak boleh percaya bahawa Alanna, sepupunya sendiri yang tergamak mahu merampas suaminya.

Pada mulanya Adellea mengenalkan Alanna kepada Zaheen, mereka tampak dingin. Tidak sangka, dalam diam menjalinkan hubungan secara senyap senyap.

"Kamu masih terkesan kan dengan apa yang Zaheen katakan tadi?" Tengku Zahirah menyoal Adellea. Adellea menundukkan sedikit wajahnya dan diangguk perlahan.

Tengku Zahirah mengeluh kecil. Sudah agak. Dia sendiri turut terkesan dengan kata-kata anaknya.

"Kamu duduk dulu dengan mummy dan daddy. Kitorang jaga kamu dengan baby kamu tu." putus kata Tengku Zahirah. Adellea hanya mengangguk lemah.

Selepas sahaja Zaheen membuat pengakuan itu, dia semakin takut untuk percayakan lelaki itu.

Curang bukan sengaja. Itu pilihan. Setelah berdiam seketika, Adellea memanggil Tengku Zahirah.

"Mummy,"

"Ya Adellea?" jawab Tengku Zahirah perlahan. Tengku Zahirah berasa kesian dengan menantunya. Tidak sangka secepat ini, anaknya berubah hati. Ya Allah..

Mana sudah kata-kata manis itu? Adakah ianya hanyalah pada permulaan cerita sahaja?

"Zaheen tak sayangkan Adellea lagi ke? Hiks hiks, apa yang kurang dengan Adellea, Mummy? Adellea tak layak ke.." tersedu sedan Adellea mengungkapkan perasaannya. Dia kecewa dengan perubahan sikap suaminya dan dalam masa yang sama, dia sakit hati dengan perbuatan Alanna.

Kenapa dua dua makhluk yang dia sayang khianat dia?

"Kamu layak, Adellea.. Hanya kamu yang akan jadi menantu Mummy sampai bila-bila."

"Zaheen curang dengan Adellea, Mummy.." ujar Adellea, tangisannya tidak henti henti lagi. Tengku Zahirah memeluk tubuh kecil Adellea. Dia cuba untuk memujuk hati Adellea.

Hati isteri mana saja tidak sakit apabila dikhianati oleh suami sendiri? Malahan sepupu sendiri turut merampas kebahagiaan nya?

Dikhianati dengan dua orang yang sangat dia sayangi.

"Takpa, Mummy ada dengan Adellea. Adellea kena bertahan untuk baby okey?" pujuk Tengku Zahirah lagi.

Adellea hanya tersenyum kecil. Dia lupa akan kewujudan si kecil ini..

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now