𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 31 ༉‧₊˚.

8.9K 313 4
                                    

"ERR manada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ERR manada.." Alanna berkata sambil menggigit bawah bibirnya. Takut kantoi lah tu. Wajah Alanna ketika itu kelihatan sangat cuak.

See? Dia masih mahu menipu ke? Ingat Zaheen Aiman ini bodoh orang nya? Dia boleh upah orang untuk intip segala perbuatan yang Alanna lakukan di belakangnya.

Zaheen tersenyum sinis. "Tell me the truth before I know it from my own way." ujar Zaheen dengan nada yang sarkastik. Dia suka apabila melihat wajah Alanna yang cuak. Takut ke rahsia tu kantoi?

"Sumpah! Demi Allah, saya tak buat apa-apa pun!" Alanna cuba meyakinkan Zaheen. Tidak mungkin Alanna mahu berkata jujur.

Zaheen ketawa halus. Seakan-akan mengejek Alanna. Dia akan upah orang untuk intip segala perbuatan yang Alanna lakukan di belakangnya. Mikael adalah salah satu nya.

Hek eleh, ingat muka macam Mikael tu tak reti jadi undercover pengintip ke? Hahaha, luar lain, dalam lain. Pergh! Dah out of story dah ni.

"Jangan nak main nama Allah, Alanna Arisha." dingin sahaja Zaheen menyerpa gegendang telinga Alanna. Walaupun Alanna merupakan isteri nya, ops silap, isteri yang kedua ya, dia tahu bahawa Alanna kahwin dengan dirinya bukan kerana suka ataupun cinta, hanya untuk...

Dah! Tak payah tau! Nak tengok sejauh mana Alanna boleh menipu dirinya.

"Betul sayang! Saya tak mainlah sihir-sihir ni!" ujar Alanna dengan tekad. Tanpa dia sedari, dia terlepas cakap tentang SIHIR. Zaheen sudah agak. Sudah agak. Kini, siapa yang patut disalahkan? Kini, akibat perbuatan sihir itu, Zaheen hilang Adellea. Hilang permata hatinya. Permata hati pertamanya. Dan paling teruk, Zaheen lebih percayakan segala perkataan Alanna Arisha daripada perkataan isterinya sendiri.

Damn. Sihir.

"Sihir?" ujar Zaheen dengan seribu tanda tanya. Dia sengaja lagi mahu mengorek rahsia Alanna.

"T-tak, silap cakap.." takut-takut Alanna membalasnya. Alanna menundukkan wajahnya. Takut untuk bertentangan mata dengan Zaheen.

"Tak tahu ke hukum sihir?" kata Zaheen dengan pedas. Alanna mengetap bibirnya. Argh macam mana lelaki ini boleh tahu?

Habislah kalau kantoi semua!!

"Lagi satu.. Kalau betul kau gunakan sihir untuk pisahkan aku dengan Adellea, kenapa kau tak buat benda sama untuk pisahkan aku dengan kau sekali?" sinis sahaja Zaheen berkata tanpa memikirkan perasaan Alanna. Lagipun, Zaheen hanya menganggap Alanna itu isteri atas kertas sahaja. Semua yang pernah dia ungkapkan itu hanyalah palsu.

Damn! Setiap ayat ayat Zaheen menusuk kalbu ke dalam hatinya. Tajam betul ayat-ayat Zaheen ni.

"Errr..." Alanna kehilangan kata-kata. Dia buntu dengan semua ni. Macam mana kalau Zaheen tahu tentang rahsianya?! Arghhh!! Tak boleh ni tak boleh!!

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now