𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 45 ༉‧₊˚.

6.6K 195 2
                                    

SUASANA kembali ceria setelah sekian lama suasana itu tidak dirasai lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA kembali ceria setelah sekian lama suasana itu tidak dirasai lagi. Mereka mengadakan majlis makan-makan secara besar-besaran antara keluarga Adellea, keluarga Zaheen. Rakan-rakan kepada mereka berdua turut datang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Antara mereka semua, Adeena jugalah yang paling excited sepanjang majlis itu berlangsung. Lagi-lagi apabila mummy Irdeena nya turut hadir.

Eh? Sejak bila pula Irdeena kembali ke tanah air? Baru sehari kembali ke tanah air, itu pun hanya kerana Adeena.

Memujuk sehingga Irdeena membuat keputusan untuk balik ke Malaysia sekejap.

"Babe! Mikael kau mana?" Adellea menyoal Irdeena, ditekankan perkataan Mikael kau itu dengan kuat. Sengaja mahu mengusik hati Irdeena.

"Ish, apa pula panggil dia macam tu. Malu lah aku,"

"Apa mahu malu-malu ha? Mikael kan bakal suami kau. Kau tu dah lah sanggup batalkan pernikahan kau dulu. Cubalah nikah je, nak juga ada aku. Aku tak sampai hati tengok kau macam ni. Dah jadi andartu dah." selamba Adellea berbicara tanpa memikirkan perasaan Irdeena yang dilamun single mingle itu.

"Apa kau kata?!" jerit Irdeena sambil mencekak pinggangnya. Dah macam mak-mak.

Suka hati label kita anak dara tua! Tahulah Adellea tu kahwin waktu sem akhir. Tak payah lah nak cakap pasal kita lak! Getus Irdeena dalam hati. Ni kalau main cakap lepas je, confirm seribu tahun hidup tak tenang! Hahahaha

"Aku hanya mengatakan kebenaran. Umur kita bukan 25 lagi, dah nak masuk 29 tahun dah ni."

Ambik kau! Puan Adellea bagi tazkirah di malam hari. Nak sangat tunggu kita balik tapi lupa umur tu dah meningkat! Bukan menurun! Aigoo!!

"Yelah.. Nanti aku fikirkan. Aku takut..." Irdeena mengeluh seketika. Dia takutkan sesuatu akan terjadi pada hubungannya dengan Mikael Ayash.

Dia takut lelaki itu akan melukai hatinya. Irdeena cinta mati terhadap Mikael.

"Takut apa, Ir? Ish kau ni, jangan overthinking babe.. Fikir positif." ujar Adellea sambil menenangkan hati Irdeena yang lagi celaru itu.

Riak muka Irdeena tampak celaru. Mungkin Irdeena lagi risaukan sesuatu perkara. Wajah Irdeena ketika itu tidak boleh ditipu. Wajahnya amat takut.

"Aku takut.. Mikael akan duakan aku.. Aku sayangkan dia sangat-sangat..." Irdeena mengeluh seketika.

Fikirannya mula bercelaru. Tapi tidak mustahil kan? Tidak semua lelaki ini mampu bertahan pada yang satu? Sifat lelaki yang cepat bosan ini lah sebenarnya yang ditakuti.

Bosan then cari baru. Buang yang lama. Macam lah perempuan tu baju yang boleh ditukar bila-bila. Pakai buang sahaja? Ingat perempuan ni tiada perasaan? Hanya lelaki sahaja lah yang mempunyai perasaan?

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now