𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 22 ༉‧₊˚.

6.8K 216 2
                                    

ADELLEA menangis tak henti-henti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADELLEA menangis tak henti-henti. Terkejut dengan suami nya. Sampai hati suaminya curang dengan dirinya.

"Apa yang kurang dengan sayang, abang?" kata Adellea sambil menangis teresak-esak.

Hatinya rapuh. Berkecai kecai dengan perbuatan suaminya. Walaupun dia tidak berada di situasi itu, namun suara perempuan lain itu membuatkan dia kecewa sangat dengan suaminya.

"Kenapa.. Kenapa abang sanggup curang dengan sayang.." kata Adellea lagi. Dia menahan dirinya daripada terus menerus menangis. Namun, sukar untuknya. Dia tidak sangka Alanna sanggup merampas suaminya .

Klak.

Pintu bilik nya dibuka dan terpampang wajah Ariel. Dia terdengar akan suara Adellea yang lagi teresak-esak itu lalu segera membuka langkah untuk menuju ke bilik Adellea.

"Curang? Siapa yang curang ni adik?" tanya Ariel dengan riak muka yang amat terkejut. Sempat juga Ariel memasang telinga untuk mendengar semua rintihan kecil Adellea.

"Along.. Suami adik curang dengan adik.." jawab Adellea perlahan. Dia mengesat air matanya. Dia sudah penat untuk mengalirkan air matanya.

"Ya Allah, kamu ni biar betul adik?" tanya Ariel dengan riak muka yang amat terkejut.

Tidak lama kemudian, telefon pintar milik Adellea berdering.

Kring kring..

My husband <3

"Siapa call tu adik? Jawablah panggilan telefon tu." tanya Ariel apabila mendengar deringan telefon milik Adellea.

"Biarkan. Biar dia tahu macam mana sakitnya hati adik ni." jawab Adellea perlahan. Dia abaikan panggilan telefon dari suaminya.

Again. Suaminya tidak henti henti untuk menelefon nya. Akibat terlalu kecewa dan marah, dia menyekat nombor telefon tersebut.

"Fuh ini ke adik yang along kenal? Kenapa block nombor tu? Cubalah bincang elok elok. Dengar dulu penjelasan dari mulut suami adik sendiri. Jangan pentingkan diri sendiri, adik.." nasihat Ariel panjang lebar. Tangannya naik untuk mengusap rambut panjang Adellea.

Takkanlah Zaheen berubah hati dengan adiknya? Secepat itu? Bukankah mereka saling mencintai dan menyayangi? Sanggup menunggu selama sembilan tahun tapi ini yang terjadi?

Kenapa Zaheen melakukan sebegini terhadap adiknya? Apa yang kurang dengan adiknya?

"Along kalau adik nak pergi jauh boleh tak?" tanya Adellea kepada Ariel. Dia tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya sehingga mahu pergi jauh.

Membulat mata Ariel apabila adiknya mengungkapkan katanya.

"Adik bincang elok elok dulu. Jangan ambil tindakan nak lari dari masalah. Dengar dulu penjelasan daripada suami kamu adik. Lagi satu, berdosa tau keluar rumah tanpa kebenaran dari suami." pesan Ariel. Jangan selesaikan masalah dengan masalah. Anak matanya tajam melirik ke arah kornea mata adiknya.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now