𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 50 ༉‧₊˚.

2.9K 49 4
                                    

SEDAR tak sedar, harini masuklah lima tahun setengah Zaheen dan Adellea membina masjid bersama-sama dengan anak mereka. Walaupun mereka telah diuji dengan pelbagai ujian, mereka tetap tabah untuk mengharunginya.

"Sayang abang.. Sayang kat mana tu?" Zaheen berkata sambil anak matanya meliar mencari dimana keberadaan sang isteri tercinta. Siapa sangka jodoh antara mereka terlalu kuat walaupun banyak ujian yang dihadapi..

"Lea kat sini je, abang.. Baru je lepas tidurkan Deena.."

Adeena tu walaupun sudah berusia empat tahun lebih, dia masih lagi mahukan ibunya untuk menidurkan dirinya. Adellea hanya menurut sahaja kehendak anak kesayangannya itu.

Manja sangat! Sama seperti sang suami!

"Sayang abang okey tak tu? Ish dia ni.." Zaheen mencekakkan pinggangnya, geram dengan si isteri itu. Adellea hanya melakarkan senyuman nipis.

"Larat tak tu, kesayangan abang?" Usia kandungan Adellea baru mencecah dua bulan tetapi Zaheen terlalu menjaganya dengan penuh kasih sayang!

"Abang.. Lea masih larat lagilah.. Baru dua bulan kot.." Adellea berkata sambil mencebikkan bibirnya sehingga kelihatan seperti muncung itik.

"Sama aje, sayang tu tengah bawa baby kita tahu? Mestilah abang risau.." Zaheen bercekak pinggang, dia geram dengan isterinya.

"Abang takkan—" belum sempat lagi Zaheen ingin menghabiskan bicara katanya, jari mulus Adellea menyentuh lembut bibir lelaki itu membuatkan Zaheen kehilangan kata-kata.

"Shh, Lea tak sukalah abang nak ungkit benda yang dah berlalu. Takpa abang, Lea anggap semua yang berlaku terhadap rumah tangga kita tu sebagai ujian Allah. Allah tahu kita kuat untuk hadapinya." Tenang wanita itu berkata-kata walaupun sebenarnya yang merasai kesakitan itu adalah dirinya. Namun, dia tidak boleh juga menyalahkan kehendak Tuhan mahupun suaminya, ini memang sudah ditakdirkan untuk mereka berdua sama ada mampu menghadapinya ataupun tidak.

"Tapi wanita yang berada dihadapan abang ni.. Adellea Sofea, wanita yang kuat. Abang rasa macam abang ni tak layak untuk berada disisi sayang. Lea abang kuat, tak macam abang kan?" Zaheen menatap sedalam-dalamnya anak mata sang isteri. Zaheen tidak kuat seperti Adellea.

"Abang.. abang ni suka sangat nak ungkit benda yang dah lepaskan? Lea tak suka tahu.." Adellea memuncungkan sedikit bibirnya tanda yang dia tidak suka dengan tutur kata sang suami. Dia tidak suka apabila suaminya mengungkit kisah lama itu lagi. Cukuplah kisah lama itu sebagai iktibar dalam hidup mereka.

"Walau seribu yang datang untuk mendekati Lea sekalipun, abang tetap pilihan hati Lea. Hanya Tengku Zaheen Aiman yang layak bertakhta dihati Adellea Sofea selamanya. Lea bukan wanita yang kuat, Lea kuat hanya kerana abang dan anak-anak kita.. Lea—" tidak sempat lagi Adellea ingin menghabiskan tutur katanya, Zaheen melekapkan jari telunjuknya dibibir isterinya membuatkan percakapan Adellea terhenti.

"That's why I do love you, Adellea Sofea."

"Abang beruntung sangat sebab memiliki sayang.." Zaheen segera menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Dia bahagia sangat kerana Allah masih lagi ingin mereka untuk merasakan kebahagiaan itu buat kali kedua..

"I love you more, abang.." Setelah lama berada didalam pelukan hangat sang suami, Adellea merungkaikan pelukan itu. Ada sesuatu perkara yang ingin dia sampaikan kepada si suami. Hajat si anak kecil mereka itu.

"Oh ya abang, lepas ni kita pergi lawat umi abi boleh? Anak abang tu hah nak sangat jumpa Tok Umi dan Tok Abi dia tu. Rindu sangatlah katakan."

"Boleh saja sayangku. Asalkan Adeena dan sayang bahagia, abang akan turuti segalanya." Senyuman manis terukir dibibir Adellea.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now