𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : SC 2 ༉‧₊˚.

1.7K 45 3
                                    

Since this story hit 400k+, so I want to publish the second of special chapter! Kalau nak, tunggulah 600k hahahaha.

Happy Reading 🤍

.
.
.

HARI berganti hari, bulan berganti bulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI berganti hari, bulan berganti bulan. Tanpa sedar, sudah 9 tahun perkahwinan mereka berdua. Anak-anak mereka juga sudah besar.

Mata Adellea tidak senang apabila tidak melihat anak terunanya. Siapa lagi jikalau bukan Zayyad Adwa'. Satu-satunya anak lelaki yang pasangan itu miliki.

"Adik.." Adellea menyeru Zayyad untuk mendekatinya. Perlahan-lahan, Zayyad mengorak langkah untuk menuju ke arah Adellea.

"Ya ibu?" Zayyad menjawab dengan nada yang perlahan. Walau apa sekali pun, dia tetap akan menghormati ibunya.

"Adik sayang ibu kan?" Namun, ujaran itu mendapat gelengan daripada anaknya. Adellea menarik muka, bibirnya dimuncungkan. Merajuk dengan anak sendiri.

Terbit keluhan kecil dari Adellea, betulkah anaknya tidak menyayangi dirinya sudah? Sekarang ini, hanya Zayyad sahaja yang ada dengan dirinya memandangkan Adeena sudah menginjak ke fasa budak sekolah. Dia sudah pun berumur 7 tahun.

"Tak."

"Adik love ibu more hehe!" Seraya itu, Zayyad memaut erat ibunya. Secara tidak langsung, membuatkan Adellea tersentak dengan perbuatan yang cukup drastik itu.

"Eee adik ni! Sengaja ke nak buat ibu nangis?" Bergetar - getar suara Adellea tatkala itu, dia membalas pelukan itu.

Dalam diam, Zayyad mengukirkan senyuman manis.

"Jangan nangis, ibu.." Pujuk Zayyad lalu tangannya naik untuk mengesat air mata berharga Adellea yang membasahi pipi ibunya.

Aww so sweet!

Adellea cuba untuk menahan tangisnya namun akhirnya tumpas juga air matanya buat ke sekian kalinya.

"Cara anak lelaki ibu pujuk ni mirip dengan ayah hiks.." Sesekali itu, mutiara jernih Adellea jatuh menyembah permukaan lantai. Zaheen sekarang terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga pernah satu hari itu dia tidak balik ke rumah. Dan, pernah jugalah Zaheen mengabaikan mereka bertiga. Adeena pernah merajuk sehari sebab Zaheen tak ada disisinya! Kalau anak pun boleh merajuk, apatah lagi seorang isteri kan?

"Don't cry, ibu. Adik tak suka lah lihat ibu nangis macam ni.." Zayyad meneruskan sesi pujukannya apabila air mata Adellea masih lagi membasahi pipi. Dia tidak suka apabila melihat air mata ratunya tumpah. Baginya, air mata seorang ratu iaitu ibunya sangatlah berharga.

"Ayah tak sayang ibu dah ke? Selalu abaikan ibu.." Adellea mengesat air matanya. Tiba-tiba pula nak berdrama. Kedengaran helahan nafas Zayyad tatkala Adellea menyoal seperti itu.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now