𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 41 ༉‧₊˚.

7.4K 279 4
                                    

"IBU!" laung Adeena dengan nada yang lantang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"IBU!" laung Adeena dengan nada yang lantang. Adellea tersentak dengan laungan Adeena dan pantas memalingkan wajahnya.

"Ya sayang ibu?" jawab Adellea dengan senyuman manis. Dating without ayah is so best! Zaheen yang berada di belakang mereka hanya membiarkan mereka spend time together.

Woman's day agaknya itulah dating tanpa lelaki itu. Zaheen seperti bodyguard kepada dua permata hatinya itu.

Takpelah asalkan bahagia. Ayah redha sajalah.

"Ayah sinilah!" ajak Adeena dengan nada yang lantang. Ayah kan paling penting jadi tak boleh ni kalau tak ada ayah.

Ayah dan ibu kan syurga nya. Tidak mungkin lah dia mahu mengabaikan antara satunya. Dua-dua penting!

"Ayah boleh join ke?" tanya Zaheen kepada dua wanita di hadapannya ini. Laju sahaja Adellea dan Adeena menganggukkan kepala.

"Siapa kata tak boleh? Abang boleh join lah. Sayang nak gurau je tu." ujar Adellea dengan senyuman manisnya. Senyuman khas untuk suami tercinta ni ahaks!

Automatik Zaheen tersenyum dengan lebar. Lagi-lagi apabila Adellea menggelar dirinya sebagai abang. Dah tak merajuk lah tu.

"Ana uhibbuki fillah, zaujah." ucap Zaheen Aiman dengan bahasa Arabnya. Dikucup dahi licin isterinya dengan penuh syahdu.

( saya cintakan kamu, wahai isteriku )

"Saya sayangkan abang juga," balas Adellea lalu mengucup tangan kekar milik suaminya.

Adeena yang berada disitu mula mencebikkan bibirnya. Apa ni apa ni! Tak aci lah! Hiks.

"Ibuuuu!! Ayahhhhh!!" rengek Adeena sambil menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati.

Mana boleh ayah cium dahi ibu je! Deena nak juga! Getus Adeena dalam hati. Ini semua tak adil! Zaheen turut tersenyum melihat wajah Adeena yang lagi cemberut itu.

"Kenapa sayang?" ujar Adellea dan Zaheen serentak. Mereka tertawa kecil.

"You guys don't love me! Huh!" rajuk Adeena dengan slang english nya yang terbelit-belit. Dia memeluk tubuhnya.

Adellea tertawa kecil apabila mendengar telatah Adeena dengan slang english nya itu.

Comel lah anak ibu ni!

"Siapa kata ibu tak sayang awak? Ini semua mitos!" jawab Adellea dengan senyuman manis. Di hujung ayatnya terselit gurauan kecil. Niat untuk memujuk hati Adeena yang lagi merajuk dengannya.

Namun, Adeena tidak termakan dengan pujukan ibunya.

"Tipu! Ibu sayangkan ayah je! Ibu tak sayangkan Deena pun hiks.." kata Adeena dengan nada yang kuat. Adeena mula menangis. Semakin kalut Adellea apabila anaknya menangis.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now