𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 34 ༉‧₊˚.

8.9K 322 4
                                    

Atakoy Galleria AVM, Istanbul, Turki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Atakoy Galleria AVM, Istanbul, Turki

PERANCANGAN yang mahu kembali ke tanah air dibatalkan lagi. Ini semua sebab Adeena Syakilla, anak Farrel yang paling disayangi. Sayang sangat sampai taknak balik Malaysia. Nak nangis budak kecil ni kalau tinggalkan Papa Rel dia.

Lily yang berada di belakang mereka berdua itu tersenyum. Antara Lily dan Farrel, Adeena lebih rapat dengan Farrel. Dimana mana sahaja ada Farrel. Katanya, Farrel tu dia punya!

Amboi, kecil-kecil dah pandai nak claim claim orang punya ya!

"Papa!! Stop jap." kata Adeena secara spontan lalu menghentikan langkah Farrel. Farrel memandang anak mata Adeena yang comel itu.

"Kenapa sayang Papa?" tanya Farrel dengan nada yang pelik. Tiba-tiba minta berhenti. Mereka dah berada di tengah mall kot.

"Mama!! Sini kejap, dekat Deena," arah si kecil itu. Amboi amboi amboi, suka hati dia je nak mengarah Mama Lily ya!

"Ya sayang?" panggil Lily. Pelik-pelik je Adeena ni tau! Ada je yang dia nak buat.

"Hehe takde apa-apa. Saja." balas Adeena dengan sengihan lebar lalu dia berlari meninggalkan kedua-dua mereka.

"Papa! Mama! Cepat!! Kejar Adeena!" laung Adeena namun sayup-sayup sudah suaranya. Riak muka Lily bertukar cemas. Mana Adeena!!

Farrel dan Lily berselang seli menjerit memanggil nama Adeena.

"Adeena!! Adeena!!" jerit Farrel dan Lily dengan lantang. Mereka takut ada perkara yang tidak menyenangkan berlaku kepada Adeena.

Semakin cemas mereka apabila tidak nampak bayangan Adeena. Dimana budak kecil ini!! Allahuakbar..

"Rel!! Rel!! Kita cari Adeena jom!! Adeena!!" Lily berkata dengan nada yang lantang. Dia menangis seketika. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Adeena.

"Sabar.. Adeena ada je tu.." Farrel menenangkan hati Lily yang lagi bercelaru itu. Dia tahu akan Lily sayang sangat dekat Adeena.

Tidak lama itu, Lily pun diam. Dia tenang seketika. 'Mana kamu, Deena?' suara hati Lily berbicara.

Sungguh dia merisaukan tentang anak angkatnya itu.

"Jangan buat mama Lily risau sayang.." Lily bersuara dengan nada yang sangat perlahan. Dia takut apa-apa yang tidak elok berlaku pada budak kecil itu. Dia sayangkan Adeena. Mereka sambung mencari dimana keberadaan Adeena. Dahlah masih budak! Jalan seorang diri lagi tu! Allahu..

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now