happy reading, love ღ
MEREKA tersenyum antara satu sama lain. Bahagia? Ya bahagia. Zaheen sentiasa menyayangi kekasih halal nya. Petang hari ini, mereka pergi negeri Sabah. Jauhkan? Dari Kuala Lumpur pergi Sabah? Tapi itulah kemahuan isterinya, Adellea.
"Senyum senyum saja little moon abang ni tau.. happy lah tu dapat pergi honeymoon.." ujar Zaheen lalu tersenyum manis ke arah kekasih halal milik nya. Senyuman yang tak lekang dari bibir Adellea. Tersenyum bukan kemain lagi eh? Ingat awak masih study. Next month, final exam dah tu.
"Mestilah happy abang.. Ni kan kali terakhir saya pergi bercuti hm.." balas Adellea lalu menarik mukanya. Sempat lagi dia mencebikkan bibirnya tanda dia tidak puas hati. Alah baru nak enjoy, tak exam. Tup tup, bulan depan dah exam. Final exam pula tu.
"Kenapa ni sayang? Abang tahu bulan depan isteri abang dah final examkan?" tanya Zaheen untuk kepastian. Kot kot lah tanggapan dia salah kan?
Adellea hanya mengangguk. Tidak mahu membalas apa apa. Sedih juga lah! Lupa pula kita ni masih budak kampus.
Zaheen menarik tubuh Adellea dan didakapnya.
"Dah dah.. lepas sayang final exam, kita pergi jauh jauh nak?" ujar Zaheen dengan senyuman ikhlas.
"Betul ke ni abang?!" soal Adellea dengan nada yang teruja. Oh Allah!
"Betul.. tapi make sure result okay aa.. dah kemas baju, petang ni kita gerak pergi Sabah." putus kata Zaheen. Adellea hanya mengangguk dan mula mengemas baju mereka.
Yeah! Pergi Sabah!
"Okey!" balas Adellea dan segera bangun dari katil empuk itu. Kemudiannya, dia mula menuju ke arah almari baju. Dia mengambil bagasi dan mula mengemas pakaian mereka untuk bawa ke Sabah.
Zaheen tersenyum melihat gelagat isteri nya. Dah jadi isteri pun masih comel. Isteri siapa? Isteri saya lah! Takkan korang pula!
Dan kemudiannya, Zaheen segera bangun dari tepi katil itu lalu mahu membantu isterinya mengemas pakaian mereka. Nak jadi suami mithali ni kenalah baik. Tolong isteri tu..
"Nak abang tolong sayang?" tanya Zaheen seraya itu Adellea memandang wajahnya lama. Aih isteri saya ni kenapa? Kot ye pun saya handsome, jangan lah tatap macam tu. Desis hati kecil Zaheen.
YOU ARE READING
𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧
Romantizm𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ Known as His Precious Moon 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑰 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑰 𝒇𝒂𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒂𝒍𝒍 𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒂𝒈𝒂𝒊𝒏 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 - Sebaris nama yang sungguh menawan. Bukan seta...