happy reading, love ღ
ADELLEA mengalirkan air mata kegembiraan. Alhamdulillah Allah berikan mereka rezeki untuk menimang cahaya mata pertama. Setelah beberapa bulan bergelar suami isteri, akhirnya Allah kurniakan mereka zuriat pertama. Alhamdulillah alhamdulillah.
Suaminya, Zaheen belum lagi tahu tentang perkara ini. Sejak kebelakangan ini, suaminya amatlah sibuk dengan penerbangan.
Tidak mengapa, Umi dan Abi nya masih berada disisi nya. Tanpa amaran, Adellea memeluk tubuh Uminya dengan erat. Dengan air mata kegembiraan..
"Umi.. Alhamdulillah.. Lea pregnant.." ujar Adellea dengan penuh gembira. Bahagia yang tidak terkata.
"Alhamdulillah rezeki kamu sayang.." balas Puan Sri Suhana lalu memeluk tubuh badan Adellea.
Tan Sri Adam yang berada di sana hanya mampu melihat. Dah mula dah drama antara ibu dengan anak.
"Dah mula dah.." ujar Tan Sri Adam perlahan. Namun, pantas sahaja Puan Sri Suhana menjeling nya. Eh orang tua ni kan. Dia ni tiada perasaan ke apa? Anak kesayangannya mengandung kot. Haih macam-macam aje lah.
Adellea hanya tersenyum.
"Abang apa tau? Saya ni ikut bahagia tau. Abang tak bahagia ke nak dapat cucu?" balas Puan Sri Suhana
Tan Sri Adam terus memandang wajah isterinya.
"Eh abang happy lah. Awak apa tau?" kata Tan Sri Adam. Dia mana lah mahu kalah. Adellea menggeleng-gelengkan kepalanya. See..
'abang.. Lea pregnant..' kata hati Adellea. Mesti bahagia kalau suaminya ada disini. Menyambut hari yang bahagia ini.
"Umi Abi, dah lah tu." ujar Adellea. Pening kepalanya mendengar pergelutan antara Umi dan Abi nya.
Ingat orang muda like kita je pandai macamtu? Ehh ini Umi Abi Adellea Sofea lah!
"Umi Abi, kita balik jom. Lea pening kepala lah. Tekak ni pun dah loya dah.." adu Adellea lagi kepada ibu ayahnya. Mukanya begitu pucat. Sejak-sejak mengandung ni, asyik sakit kepala je..
"Kesian anak Abi ni. Jom kita balik. Umi balik, anak kita dah pening kepala ni.." kata Tan Sri Adam
Tan Sri Adam sengaja memanggil isterinya dengan panggilan Umi. Hehe comelnya pasangan lama ni!
Puan Sri Suhana tersenyum kecil. Tua tua pun still sweet lah!
"Jangan kata Umi je, Abi tu pun balik. Big princess tu merengek nanti." balas Puan Sri Suhana kepada Tan Sri Adam.
Tan Sri Adam hanya tersenyum.
Big princess yang dimaksudkan oleh Puan Sri Suhana itu adalah Adellea Sofea. Dah jadi isteri orang pun masih lagi manja. Mentang-mentang lah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, suka lah dia.
YOU ARE READING
𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧
Roman d'amour𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ Known as His Precious Moon 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑰 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑰 𝒇𝒂𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒂𝒍𝒍 𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒂𝒈𝒂𝒊𝒏 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 - Sebaris nama yang sungguh menawan. Bukan seta...