𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 30 ༉‧₊˚.

10.2K 341 10
                                    

SEBULAN selepas kelahiran Adeena, kesihatan Adellea telah menunjukkan kesan positif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBULAN selepas kelahiran Adeena, kesihatan Adellea telah menunjukkan kesan positif. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Allah masih bagi Adellea peluang untuk teruskan hidup.

Oh ya, mereka masih lagi berada di negara Turki ok.

"Fea okey?" sapa Lily dari belakang. Dan Lily melangkah mendekati tubuh Adellea. Kemudian nya, Lily duduk di tepi katil itu. Adellea mengangguk perlahan.

"Okey," jawab Adellea dengan senyuman kelat. Baru sahaja Adellea mahu bangun dari baring nya, Lily pantas menahan. Lily sengaja membuat muka garang.

Tak boleh! Tak boleh Fea! Awak tu tengah berpantang!

"No, Fea. Fea nak pergi mana tu haa?" tanya Lily lagi. Dan dia bangun lalu mencekak pinggang nya. Acah-acah ibu yang marah anaknya!

"Nak buat kerjalah Lily," selamba sahaja Adellea membalasnya. Ya Allah, ibu budak ni! Lily membulatkan matanya.

Nak kena ni! Eih!

Tak padan dengan muka berpantang. Adellea ni berpantang di rumah ibu Lily. Jadi, Lily turut menjaga makan minum Adellea.

Ibu berpantang ni banyak pantang larang. Ha ingat Lily taktahu ke?

Flip hair sikit. Dia tahu semuanya. Habis tempoh hari itu dia kena bebel dengan Ibunya kerana tidak menjaga Adellea. Sejak dari situ, Lily tahu semua. Alah kalau bukan sebab Puan Lyla, manalah nak tahu. Maklumlah budak eh hm ha yelah zaman sekarang ni semua benda pun taktahu. Nak kena ajar juga.

"Fea tu baru lepas bersalin. Cubalah rehat dulu. Kan tengah berpantang ni. Mana boleh buat kerja berat-berat." bebel Lily dengan panjang lebarnya. Adellea mengeluh seketika. Lily dah macam gaya mak-mak tau! Kalau boleh nak membebel dua puluh empat jam ha!! Habislah. Cuci telinga lah jawabnya kalau dah kena bebel ni.

"Alah takkan tak boleh pula? Berpantang je pun, Ly. Boleh lah eh? Bosanlah asyik terperap je dalam bilik ni. Nak juga buat kerja." kata Adellea pula. Merungut nampak? Haihh. Kemudian nya, Adellea mencebikkan bibirnya. Ish tak suka lah macam ni!

Itu tak boleh, ini tak boleh. Jadi apa yang boleh? Tidur je? Haih penat lah kalau tidur je. Eh, pelik lah Adellea ni. Ada-ada ajelah!

Tak tahu ke pantang larang ibu berpantang ni? Banyak tau pantang larang nya. Jangan sesuka hati kau je nak langgar pantang larang ibu berpantang ni. Bukan setakat Puan Lyla yang bebel nanti, dengan Lily dan Farrel sekali bebel. Caring tau Lily dan Farrel terhadap Adellea. Untungkan Adellea Sofea?

Eh Ibu Deena ni! Ada je nak jawab. Bukan Adellea Sofea namanya kalau tak menjawab. Ada je jawapan dia. Ishh!

"Mana boleh! No means no, Adellea Sofea." ujar Lily lalu memberikan kata putus. Namun, Adellea sengaja membuat muka memujuk. Pandai eh! Pandai pujuk orang ni!

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now