BANG BANG BANG
Beberapa das dilepaskan oleh Alanna untuk menyelamatkan dirinya daripada ditahan oleh beberapa orang polis.
"Kau sepatutnya mati!"
BANG BANG BANG
Sekali lagi, Zaheen menyelamatkan nyawa Adellea dan Adeena. Dia sanggup ditembak daripada melihat kedua-dua bidadarinya disakiti.
Sehingga Zaheen memuntahkan darah. Dia kehilangan banyak darah apabila ditembak berkali-kali oleh Alanna dan Zyriel.
"Lepaskan aku lah bodoh!"
"Tahan dia! Tahan!" jerit Inspektor Fayyaz dengan lantang. Beberapa ahli polis datang menghampiri Inspektor Fayyaz dengan membawa senjata.
"Lepaskan aku, bodoh!" raung Alanna dengan kuat. Inspektor Haikal bertindak untuk menendang senjata api yang Alanna pegang.
Senjata itu terlepas dari pegangan Alanna. Alanna semakin cuak apabila pergerakannya dikawal oleh pihak polis.
"Anda ditahan kerana cubaan untuk membunuh!" jerit Inspektor Haikal dengan kuat.
Cubaan membunuh ini bukan setakat boleh dimasukkan ke dalam penjara, namun boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Zyriel yang sudah lemah itu turut ditahan. Tangannya digari agar lelaki itu tidak membuat apa-apa perkara yang tidak menyenangkan.
Zyriel telah terkena tembakan Alanna ketika Alanna cuba untuk menembak Adellea. Kakinya berdarah akibat tembakan itu. Dia tidak akan lukakan Adellea sesama sekali walaupun dia berkomplot dengan Alanna.
Sebab apa? Sebab dia pernah ada hati dengan Adellea. Namun, wanita itu tidak pernah memandang dirinya.
Adellea sangat setia dengan suaminya, Zaheen. Dan tidak pernah terdetik nak duakan lelaki itu seperti mana lelaki itu menduakan dirinya.
"Ayah!" jerit Adeena sambil nangis teresak-esak. Dia sendiri menyaksikan dada ayahnya, Zaheen ditembak didepan matanya.
Sakit untuk dia saksikan lagi. Mikael berlari ke arah Zaheen dan membawa Adeena dan Adellea daripada terkena tembakan lagi.
Alanna Arisha tidak boleh dipercayai lagi. Kedua-dua pergelangan tangannya telah digari dan dia tersenyum puas apabila melihat 'bekas suaminya' terluka akan tembakan nya.
"Abang!" jerit Adellea dengan suara yang meraung. Dia tidak mampu untuk melihat Zaheen terluka lagi. Baru sahaja dia mahu melindungi Zaheen, tangannya ditarik oleh Mikael.
Adellea meronta-ronta agar tangannya dilepaskan. Tidak!! Dia mahu suaminya selamat.
"Abang! Jangan tinggalkan sayang!! Sayang sayangkan abang!! Abang kena kuat!!" jerit Adellea lagi sambil memeluk tubuh suaminya yang bergelut dengan darah itu. Suaminya sudah kehilangan banyak darah.
YOU ARE READING
𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧
Romance𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ Known as His Precious Moon 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑰 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑰 𝒇𝒂𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒂𝒍𝒍 𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒂𝒈𝒂𝒊𝒏 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 - Sebaris nama yang sungguh menawan. Bukan seta...