𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 10 ༉‧₊˚.

7.9K 290 21
                                    

happy reading, love

HARI yang di tunggu tunggu telah pun tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI yang di tunggu tunggu telah pun tiba. 20 mac 2020, jumaat, tarikh perkahwinan mereka.

Adellea dengan rasa nervousnya segera menapak ke arah pelamin yang disediakan di ruangan rumahnya. Dengan baju kurung berwarna putih itu Benar, majlis pernikahan mereka dilaksanakan di rumah pengantin perempuan.

"Pengantin perempuan sudah tiba, jadi boleh kita mulakan sekarang? Pengantin lelaki?" soal Tok Kadi itu berselang dengan abi dan Tengku Adheem.

Untuk pengetahuan, Tan Sri Adam sudah didischarge ya.

Irdeena setia berada disebelah Adellea, dia menenangkan Adellea yang gugup itu. Yelah, sebentar lagi, dia akan memegang title Zaheen's. Siapa saja tidak nervouskan?

"Jangan nervous sangat babe, relax okay?" ujar Irdeena terhadap Adellea. Terpampang riak wajah terpegun pada Zaheen apabila melihat bakal isterinya yang cantik begitu. Subhanallah... Cantiknya bakal bidadari saya ni. Berbaju kurung pahang sahaja di majlis nikah? Ya, itu pilihan Adellea sendiri. Dia kata, biarlah semasa majlis nikah hanya pakai baju kurung pahang moden sahaja, nanti majlis resepsi, dia akan menurut sahaja akan umi nya.

How about her wedding dress? Puan Sri Suhana dan Tengku Zahirah dah memilih untuk nya. Sangat elegant baju itu.

Adellea mengangguk perlahan lalu mengukirkan senyuman yang paling manis sekali. Ini hari bahagia nya kan? Jadi, sepatutnya, Adellea haruslah tersenyum dan bukanlah sedih, gugup dan nervous.

"Boleh kita mulakan sekarang?" soal Tok Kadi sekali lagi. Tan Sri Adam berselang seli memandang Tok Kadi itu. Tan Sri Adam yang akan melafazkan ayat itu nanti kepada Zaheen.

Zaheen hanya mengangguk. Begitu juga dengan Adellea.

"Tengku Zaheen Aiman bin Tengku Adheem."

"Ya saya,"

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuan bongsuku, Adellea Sofea binti Adam dengan mas kahwinnya sebanyak RM 5120.00 serta selengkapan barangan solat dibayar tunai..."

"Aku terima nikahnya Adellea Sofea binti Adam dengan mas kahwinnya sebanyak RM 5120.00 serta selengkapan barangan solat dibayar tunai..."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah, mari sama sama kita baca Al-Fatihah."

Surah Al-Fatihah dibaca perlahan oleh mereka semua yang berada di ruangan itu.

Selafaz itu, Adellea Sofea binti Adam menjadi milik halal Tengku Zaheen Aiman.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now