"KESAYANGAN abang, sini kejap!" laung Zaheen dari luar pintu bilik.
Adellea yang perasan akan namanya dipanggil segera datang ke arah Zaheen. Walaupun kini, Adellea sukar untuk mempercepatkan langkahnya, dia tetap mengatur langkah. Sempat lagi dia tersenyum manis ke arah suami tersayang.
"Ya abang sayang?" Adellea membalasnya dengan nada yang lembut.
Badan Adellea semakin membulat apabila Adellea membawa seorang lagi di dalam kandungannya. Kini, kandungannya sudah mencecah tujuh bulan lebih.
Guess what? Yes, Adellea is pregnant. Their second baby.
"Larat ke tu? Meh sini abang tolong sayang abang ni," ujar Zaheen lalu mengorak langkah untuk mendekati tubuh Adellea yang semakin berisi itu.
"Sejak-sejak sayang abang bawa baby lagi ni, cepat penat abang tengok. Lepasni, no need to clean this house. Abang boleh, sayang rest okey?" kata Zaheen lagi lalu mengusap perut Adellea yang semakin memboyot itu.
Mak buyung ni degil orangnya.
"Tapi.."
"Takde tapi-tapi, sayang kena berehat." putus kata Zaheen. Tegas tapi masih lagi romantik.
Adellea hanya akur. Alhamdulillah, kali ini, dia dijaga rapi oleh suaminya. Sejak Adellea disahkan mengandung anak kedua mereka, Zaheen lah yang paling semangat.
Manakan tidak. Masa mengandungkan Adeena dulu, Zaheen tiada disisi nya. Kini, Zaheen sendiri yang putuskan mahu pergi mana. Dia jaga Adellea dengan penuh kasih sayang.
"Abang.. Jika suatu hari nanti, sayang tak dapat saksikan kelahiran baby kita, abang—"
Belum sempat Adellea mahu menghabiskan ayatnya, jari Zaheen menutup bibir Adellea.
"Apa cakap macam tu.." cebik Zaheen. Tak sukalah kalau Adellea cakap macam tu.
"Aa abang, sayang kan cuma cakap je," Adellea mempertahankan haknya. Perempuan tak boleh kalah! Hahaha.
"Abang ni makin lama makin manja eh! Suami siapa lah ni?" Adellea bersuara lagi. Dia mengukirkan senyuman yang sangat manis sehingga ke telinga.
Manis sangat tu!
"Abang takmau... Abang taknak hilang sayang lagi.." jawab Zaheen lalu meletakkan kepalanya di ceruk leher Adellea.
Dia ni tak sedar ke bini dia tengah mengandung! Suka hati dia aje nak peluk-peluk kita dah! Kesian anak ibu nanti!
"Abang tepi lah sikit. Kesian kat baby.." Adellea menolak perlahan tubuh suaminya. Adellea sekarang bukannya berdaya sangat nak tolak kuat-kuat ni.
YOU ARE READING
𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧
Romance𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ Known as His Precious Moon 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑰 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑰 𝒇𝒂𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒂𝒍𝒍 𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒂𝒈𝒂𝒊𝒏 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 - Sebaris nama yang sungguh menawan. Bukan seta...