𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 47 ༉‧₊˚.

6.2K 223 4
                                    

"PASTIKAN mereka dapat rawatan yang secukupnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PASTIKAN mereka dapat rawatan yang secukupnya." arah Mikael kepada Leo. Leo hanya mengangguk mengerti.

Dia tahu kerjanya.

"Baik Tuan, saya akan lakukan sebaik mungkin untuk Puan Adellea dan Cik Adeena." jawab Leo lalu menundukkan wajahnya tanda menerima arahan daripada Mikael.

"Bagus. Lepas saja kau hantar mereka di hospital, pastikan ada orang bawah kita kat sana..."

"... Aku taknak apa-apa jadi lagi. Ingat Leo Andika. Aku letakkan tanggungjawab ni dekat kau."

Setelah itu, bayangan Mikael pun hilang daripada pandangan mata Leo Andika.

Nama Leo lawa kan?

"Faham." ucap Leo sepatah. Tiada senyuman yang terlakar di bibirnya. Hanya wajah yang cukup dingin dan digeruni ramai.

Dan dia mula mengarahkan anak buahnya untuk menyediakan kereta. Mereka harus pantas untuk memberikan rawatan yang baik.

Lagipun, Leo telah diarahkan oleh Mikael untuk memberikan rawatan yang secukupnya.

Terutamanya Zaheen. Dia terlalu banyak kehilangan darah akibat ditembak oleh Alanna berkali-kali.

Paling teruk, das tembakan itu terkena di bahagian perutnya. Nauzubillah minzalik.

DI HOSPITAL

Setelah Adellea diberikan rawatan yang secukupnya, dia cuba mendengari apa yang doktor Ammar katakan kepada Leo.

Semua yang diucapkan oleh doktor Ammar hanya didengari dengan teliti.

Benar apa yang baru sahaja dia dengar. Zaheen mengalami kekurangan darah. Zaheen telah kehilangan banyak darah. Dia tidak sanggup melihat suaminya terus begitu.

"Ada sesiapa disini yang berdarah A?"

"Saya doktor..." sampuk Adellea dengan nada yang cukup lemah. Dia rela. Dia tidak kisah apa pun yang penting suaminya selamat.

Walaupun Adellea tidak sihat lagi, dia berkeras untuk mendermakan darahnya. Dia tidak kisah jikalau dia yang merasai kesakitan itu. Dia tidak sanggup melihat suaminya begitu.

"T-tapi puan kan tak sihat lagi." cantas Leo Andika kepada Adellea. Adellea tetap Adellea. Tiada siapa yang boleh membantah keputusannya.

"I don't even care. He is my husband. And I will never look him like that."

"Puan.." kata Leo lagi namun Adellea hanya mengendahkan panggilan itu. Jawapannya adalah ya! Tiada siapa yang boleh ubah keputusannya!

Biarlah risiko yang akan Adellea hadapi itu sangat tinggi, namun tidak bagi Adellea. Adellea tidak kisah sekalipun tentang dirinya.

𝐙𝐚𝐡𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now