02

152 14 1
                                    

ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤

Subhanallah. Berkali-kali bibirku mahu memuji keindahan alam Ilahi. Tidak terkata indahnya. Lagi-lagi kepulan awan daripada pelbagai warna bergaul sebati menjadi langit yang indah. Maklumlah , sekarang sudah waktunya untuk masuk ke waktu senja. Tak lama lagi boleh lah aku lihat matahari terbenam di sini. Pasti merambat hati!

Pada awal datang ke sini , fikiranku meleset seratus lapan puluh darjah . Kupikir manusia akan berkurangan apabila tibanya waktu senja , tetapi lebih ramai manusia yang lalu-lalang di sekitar ini. Ada yang berjalan bersama keluarga , ada yang sedang menangkap gambar , ada juga yang termenung seorang diri. Berbagai-bagai reaksi dan jenis orang di sini dapatku lihat dengan mata kasar.

Tempat pertama kami pergi ialah Uffizi Gallery. Apabila kaki kanan melangkah masuk ke dalam , tidak ku sangka pelbagai jenis lukisan yang ada . Aku tidak faham apa maksud di sebalik lukisan atas kertas tersebut , namun aku tetap teruja. Tidak terkira banyaknya lukisan yang menggambarkan wajah manusia. Apa maksudnya ya? Selalunya aku hanya lihat di media elektronik saja seni seperti ini. Kalau dah tangannya berseni , lukis apa pun cantik . Aku pula , lukis doraemon pun macam doraemon dari darkweb. Sungguh! Aku tabik kepada pelukis-pelukis ini.

Selepas puas menilik satu per satu lukisan di sana ,kami terus bergerak pergi ke Cathedral Of Santa Maria del Fiore. Salah satu tempat yang terkenal di Florence. Tidak hairanlah beribu-ribu umat manusia ada di sini. Tempat ini juga termasuk dalam list aku! Ukiran pada bata konkrit telah memancing minat aku. Sangat tersusun dan kemas. Sangat seni!

"Daiyan , kau berdiri kat situ" arah Fira yang jaraknya beberapa meter di hadapan aku.

Aku yang sedang fokus meneliti ukiran terus menoleh apabila suara Fira menyapa gegendang telingaku. Keningku bertaut rapat.

"Buat apa?" soalku terkebil-kebil. Tidak dapat menangkap apa yang diarahkan oleh Fira.

Fira hanya mengeluh kecil itu aku perhatikan. Wajahnya masam mencuka.

"Aku nak ambil gambar kau ni. Berdiri situ diam-diam"

Aku nampak Fira sudah mengangkat tangan bersama telefon pintarnya , bersedia untuk memotretkan gambarku.

Aku yang tak bersedia lagi terus menghalang. Gaya apa aku nak buat? Dalam otak aku bermacam-macam gaya nak buat tapi bila time ambil gambar memang berdiri saja macam patung!

Nak-nak pula aku ni sejenis introvert. Buat apa-apa pun segan. Sejenis yang tak suka bergaul dengan orang. Bukan tak suka , tapi malu. Lain pula kalau aku dah kenal orang tu lama , memang masuk air juga.

"Aku tak pandai la nak posing macam mana!" Dalam aku merengek kecil , terselit juga perasaan mahu menghentikan perbuatan Fira.

Tidak mahu bergambar. Tak dapat ootd pun tak apa lah , butang selfie itu ada.

"Kau buat gaya macam ni and then macam ni . Lepastu letak tangan dekat pinggang tapi jangan over sangat"

Fira menunjukkan demo beberapa gaya yang boleh aku lakukan. Aku pula yang malu. Orang sekeliling hanya memandang sekilas apabila melihat satu per satu pertunjukkan dari Fira.

Fuh! Terpaksa lah aku ikut semua. Disebabkan effort Fira buat demo depan orang ramai , kali ni aku ikutkan saja lah.

Beberapa minit berlalu, aku percaya gambar yang diambil paling kurang pun seratus ke atas . Biasalah perempuan , ini tak kena itu tak kena . Mahu perfect itu pasti .Pantas kaki kecilku mendekati Fira , mahu melihat kalau-kalau ada gambar yang menganggu pandanganku.

"Omg! Is that you Daiyan? So gorgeous!"

Aku hanya tersenyum apabila terdengar pujian yang melambung-lambung daripada Fira. Memang jarang la dia nak puji aku. Ya. Semestinya kembang kempis hidungku apabila dipuji. Siapa saja yang tak suka dipuji, bukan? Aku pun tak percaya betapa anggun dan menawan gadis dalam gambar ni. Sungguh profesional! Siapa lagi kalau bukan aku.

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now