24

55 3 0
                                    

ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ

Aku mendengus kecil bersama senyuman sinis. Akhirnya, aku dapat melihat gerangan di hadapan ini , tidak hairanlah dia menculikku. Tapi, melihat matanya saja tidak cukup bagi aku untuk memastikannya. Jadi, aku bergerak mendekatinya.

"Aaa..so..kau perempuan.." aku ketawa kecil setelah melihat hujung matanya yang mempunyai eyeliner.

Dia memang tidak bersuara. Bisu ke apa dia ni? Tanganku terus mencapai topeng mukanya namun dia lebih licik dengan menendang aku ke tepi. Kepalaku terhantuk pada lantai terus aku pegang , terasa berdenyut kembali. Darah juga kembali mengalir perlahan-lahan. Dia berlari mahu keluar dari bilik ini. Terus aku menguatkan diri untuk mencapai kakinya. Dia tersebam di atas lantai.

Pantas aku menahan badannya dari belakang. Topeng muka miliknya aku buka kasar. Aku tidak terkejut melihatnya kerana aku sudah jangka dari awal. Dia ketawa kecil sebelum mengeluarkan sepucuk pistol.

Mataku terbuntang luas. Gila! Mana dia dapat benda bahaya macam ni? Aku bergerak ke belakang. Tiba-tiba aku merasakan seperti terpijak sesuatu di dalam baju sejuk milik Iz.  Laju tanganku mencapai baju tersebut.

"Kau main-main dengan aku sangat kan? Kau nak mati cepat ke?" dia ketawa sambil memacu pistol ke arah aku.

Aku berlari ke arah pintu namun ditutup rapat dari luar. Eh ada orang lain ke dekat luar? Aku tidak boleh berlari kemana-mana sekarang ni.

"Kau.. gila" aku menyarungkan baju sejuk kemudian memasukkan tangan ke dalam poket.

Tanganku meraba-raba sesuatu. Apa ni? Aku terus menekan punat tersebut beberapa kali lalu aku mendekati gerangan itu dan menyepak lututnya.

Bang!

Bunyi pistol yang tertembak pada bumbung bilik membuatkan aku terkejut. Aku mahu merampas pistol tersebut.

"Kau yang buat aku gila macam ni" balas perempuan itu.

Bang!

Dia berjaya menembak betis kaki kiriku. Aku menggigit bibir menahan sakit. Terasa sendi-sendi berdenyut dan darah merah pekat memancut laju. Aku menutup dengan kedua-dua tanganku dan aku menarik nafas dengan dalam untuk mencuba mengeluarkan peluru tersebut. Bibir aku gigit kuat sambil tangan memicit betisku. Tetapi tidak berjaya, hanya darah yang keluar. Bilik yang serba putih telah dicemari oleh darahku.

Dia hanya melihat dengan senyuman puas dan mendekati aku. Mulutnya terkumat-kamit menyebut segala haiwan yang ada di hutan. Jelas, dia sedang mencarut padaku.

"Apa yang kau tak puas hati sangat dekat aku? Apa yang aku buat dekat kau? Tell me Isha!" aku bergerak ke belakang lagi.

"Jadi.. selama ni kau tak pergi belajar. Kau tipu parents kau. Ops they are not even your real parents. That's why you have a bad attitude " sindirku padanya yang kelihatan terkedu dengan kata-kata yang ku lemparkan.

Isha mendekatiku kemudian menarik tudung aku.

"Son of a bit*h"

Pang!

Dia menamparku kuat. Terasa kebas dan pedih di hujung bibir. Aku mengesat kasar lalu menolaknya ke belakang biarpun kakiku sedang sakit.

Gadis itu tidak putus asa, dia bangkit lalu memijak betis kaki kiriku yang telah ditembak tadi.

"Aduh!" keluar air mataku menahan sakit.

"Ini balasan bila kau rampas hak aku!" jeritnya kuat.

Aku mengerutkan dahi , kening seperti sudah mahu bercantum. Selepas beberapa saat memikir, baru aku faham maksudnya.

"Kau maksudkan Rafael? Aku tak hadaplah dengan dia. Perangai korang dua sama je! Puih" aku meludah di hadapannya.

Isha menarik tudungku kebelakang. Pisau dari poket belakang seluarnya dikeluarkan dan diletakkan pada bahagian leherku. Dia bermain-main dengan pisau tersebut. Rasa sejuk logam pipih pisau tersebut terasa pada kulitku. Aku meneguk air liur.

Perempuan ni betul-betul tak waras! Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi kereta polis di luar. Mataku memandang ke arah Isha yang masih memegang leherku.

Bunyi pintu bilik seperti dipecahkan dari luar. Aku bingung. Ada orang datang selamatkan aku ke? Laju bibirku mengucapkan rasa syukur pada Tuhan. Dapat aku lihat wajah Isha yang jelas ketakutan bersama tangannya yang menggeletar.

Sebaik sahaja pintu berjaya dipecahkan, seorang jejaka berlari ke arah aku. Kemudian, aku melihat beberapa anggota polis di muka pintu.

"You did a good job, Daiyan. It's okay abang ada" kata Iz menggosok kepalaku.

Aurat kepala aku sudah terdedah dek kerana Isha menarik tudungku tadi. Namun, Iz membetulkan tudungku lalu menyarungkan topi hitamnya kepadaku. Aku rasa.. selamat sekarang.

Pandangan Iz beralih pula pada Isha yang terkebil-kebil. Tidak jangka dia bahawa ada yang mengetahui tempat persembunyian di tengah-tengah hutan.

Iz mencekik leher Isha kuat sehingga gadis itu meronta-ronta meminta melepaskan. Aku yang melihat terus terkejut melihat tindakan Iz seperti itu. Aku menyuruhnya berhenti namun tidak dihiraukan.

"Jangan bunuh Isha!" tiba-tiba seorang lelaki yang sudah berusia menjerit kuat.

Aku menoleh ke arah ayah dengan penuh rasa pelik. Macam mana ayah boleh tahu nama Isha? Iz terus menoleh ke arah Tuan Fauzi , dia menghentikan perbuatannya. Isha terbatuk-batuk untuk mencari nafas.

"Iz.. jangan bunuh dia. Dia anak saya" Tuan Fauzi menangis dan menghampiri Isha tanpa menoleh ke arah anak perempuannya yang satu lagi.

"Apa ayah cakap? Isha anak ayah?!" rintih aku , jelas aku terkejut.

Air mataku mengalir laju. Sanggup ayah tak bagitahu Yan selama ni. Macam mana nanti kalau mama tahu? Aku tidak boleh membayangkan bagaimana sakitnya hati mama nanti.

"Ya.. Ayah minta maaf sebab tak bagitahu Yan. Ayah tak mampu jadi ayah yang baik pada Yan. Ayah minta maaf" ucapnya sambil mengusung Isha ke belakang.

Sakit hati aku melihat sikap ayah yang lebihkan Isha daripada aku. Sedangkan aku lebih terluka berbanding anaknya itu. Aku tak mampu berkata apa-apa , aku cuma menangis sehingga tersedu-sedan.

Iz yang melihat terus berada di sebelahku. Tangannya menggosok bahu di kananku yang beralaskan baju sejuknya.

"It's okay.. abang ada.." bisiknya lembut padaku.

Mendengar bisikannya itu membuatkanku menangis dengan lebih kuat. Iz mengeluarkan sehelai kain putih dari poket seluarnya lalu dibalut pada betisku. Anak mataku tidak berhenti memandangnya , nampak yang dia ambil berat pada aku.

Rafael mana? Patutnya dia yang buat semua ni , bukan Iz. Aku mengeluh berat. Iz menolong aku untuk bangun dan menuju ke arah keretanya untuk menghantarkan aku ke hospital. Isha pula telah ditangkap oleh pihak polis untuk dihantarkan ke balai.

Dalam perjalanan ke hospital, Iz menceritakan bagaimana dia boleh mengetahui keberadaan aku. Oh ya! Pasal punat yang aku tekan tadi. Rupa-rupanya boleh detect location aku, aku bersyukur untuk itu kerana dihadirkan orang-orang yang baik.

Berharap agar diriku kembali sihat seperti sedia kala, aku tak sabar nak jumpa mama dan Fira!

***

16/12/22
©quinnliya

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now