ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ
Rafael menyilangkan kakinya , jari rancak scroll aplikasi tiktok. Keluar satu video yang membuatkan dahinya berkerut seribu.
"Dia lagi , hmm" gumamnya perlahan. Matanya kecik besar sahaja melihat video tersebut. Malas ambil tahu , dia scroll saja.
"Again? Banyak betul video dia ni fyp"
Tok! Tok!
Rafael mengangkat muka sedikit kemudian tersenyum. Telefon pintar dimasukkan ke dalam poket.
"Oh umi, masuklah" Puan Erin membawa segelas jus anggur lalu diletakkan di atas meja.
"Angah busy ke? Boleh umi cakap sikit?"
"Tak busy pun. Kenapa?" Rafael menyisip jus anggur sedikit.
Puan Erin diam sebentar sebelum membuka mulut.
"Angah ingat tak apa yang angah janji dengan umi , hm?"
Kening Rafael angkat sedikit seakan-akan mahu menyoal balik persoalan yang diberikan oleh ibunya.
"Kahwin. Angah bila nak kahwin? Bukan ke angah yang berjanji dengan umi kalau umur cecah 23 tahun , angah nak kahwin? Ke belum ada calon. Kalau belum , umi pilihkan." Ujar Puan Erin tersenyum lebar.
Mengeluh. Rafael hanya mengeluh , dia pun tidak tahu kenapa dia berjanji hal begitu.
"Awal lagi la umi. Kenapa rushing sangat ni?" Rafael picit dahi.
"Apa yang awalnya , kamu tu makin lama makin berumur. Umi nak juga ada menantu , cucu"
"Kak Long tu , Noah tu bukan cucu umi ke? Angah tak ready lagi. Calon pun tak ada." Laju saja dia membalas.
"Itu abang long kamu. Umi sekarang cakap pasal angah. Lagipun angah dah ada semuanya , kerja ada kereta rumah pun ada. Bab calon , kalau susah sangat , umi yang tentukan , boleh?"
"Siapa calonnya?" Soal Rafael serius.
"Isha" Jawab Puan Erin pendek.
"Seriously Isha? Umi , angah dah anggap dia macam adik sendiri dah , tak lebih dari tu"
Isha , anak angkat keluarga mereka. Sudah genap empat tahun mereka bersama. Gelak tawa , sedih duka , sudah seperti adik-beradik kandung. Tak lebih dari tu.
"Angah tak nampak ke yang Isha tu sukakan angah? Dia beria-ria nak dekat dengan angah , nak curi hati angah. Umi tahu sebab dia selalu cerita dekat umi"
Rafael mengangkat bahu , kalau berdebat dengan umi memang takkan habis.
"Angah boleh kahwin dengan sesiapa tapi tak nak dengan Isha. She's not my type. I can't love her , umi"
Umi mengangguk perlahan sebelum mengumam sesuatu.
"Kalau macam tu , umi bagi angah masa sebulan untuk cari calon. Kalau tak , you will end up with Isha"
Rafael bersetuju lalu mengangkat jari kelingkingnya.
"Deal" kata mereka berdua serentak lalu melepaskan tawa kecil.
YOU ARE READING
[C] PELAMIN CINTA
RomanceKARYA PERTAMA "Yang terlihat tenang, tidak selalu menyenangkan. Terkadang juga memberikan sakit yang begitu dalam dan trauma yang sukar untuk diubati. Cinta. Ia adalah suatu pilihan. Sama ada bahagia atau derita." ©quinnliya