ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ
Aku hanya memandang ke arah luar tingkap. Malas mahu bersemuka dengan lelaki di sebelah. Memang sunyi dalam kereta ni , hanya mendengar hembusan nafas saja.
Tiba-tiba Rafael menghentikan keretanya. Aku yang termenung lama terus tersentak. Eh dah sampai ke? Mataku meliar ke luar tingkap , kenapa pulak dia berhenti dekat hutan pulak ni.
"Sorry" kata Rafael merenung lama anak mataku.
"Buat apa minta maaf. Awak kan tak ada salah apa apa" perliku namun tidak menoleh ke arahnya.
Rafael mengeluh berat. Dia menyandarkan kepalanya seketika , dahi dipicit lembut.
"Kenapa awak marah abang Iz ? Dia tak ada buat salah apa pun. Saya yang salah. Saya yang tak beritahu awak yang saya keluar dengan dia. Kesian tau dia" aku menggelengkan kepala beberapa kali.
Entah apa Iz merasakan sekarang. Rasa bersalah semakin menebal dalam diriku kepada lelaki tersebut kerana meninggalkannya seorang diri.
"So, you nak backup dia. You nak salahkan I sebab marah dia? I nak protect you tau. You sedar tak?" balasnya.
Mulut aku yang dari airport tadi lagi mahu memaki si Rafael ni, kini keluar juga.
"Kalau saya nak backup dia pun kenapa? Bukannya dia buat salah pun. Awak yang salah sebab main tuduh je dia macam-macam"
"Lagi satu, yang awak cemburu sangat ni kenapa? Awak pun tahu kan saya dengan abang Iz ni dah macam adik-beradik. Saya bukannya ada feeling dekat dia" sambungku lagi.
Lelaki disebelahku hanya diam beberapa saat kemudian mengeluarkan kata-kata yang membuatkanku cukup terkedu.
"Dia pembunuh. Awak tahu tak selama ni dia tu pembunuh? He's the killer! I just want to protect you , Daiyan! He's crazy!" Rafael menaikkan suaranya kepadaku membuatkan bahuku terhinjut.
Mulutku terlopong mendengar kata-katanya.
"Awak jangan nak main tuduh dia macam -macam eh! Saya kenal abang Iz macam mana!" nada suaraku naik sedikit.
Rafael tergelak kecil sebelum membalas. Jelas wajahnya mula memerah menahan amarah. Geram pula dengan perangai Daiyan yang mahu backup abang Iz nya.
"I tak sangka you backup dia sampai macam ni sekali. Kata kenal dia, takkan dia pembunuh pun tak tahu" sinis Rafael lalu memandang ke luar tingkap.
Tanganku mengepal penumbuk. Aku tahu apa yang dimaksudkan oleh Rafael. Iz bukan membunuh orang , tetapi dia membunuh haiwan. Perkara ni sudah diberitahu oleh Harry kelmarin dulu. Aku tak boleh terima bila Rafael mengatakan Iz tu gila. Tak pernah-pernah dia semarah ini.
"Nampaknya you sayangkan dia sangat kan? You keluar dari kereta I. Balik rumah sendiri" arah lelaki tersebut , dia menunding jari telunjuk ke arah pintu di sebelahku.
"Awak gila ke nak suruh saya balik sendiri malam-malam macam ni? Awak sendiri kata dekat abang Iz yang awak ni bakal suami saya. Sepatutnya ada rasa tanggungjawab untuk awak hantar saya balik macam mana abang Iz ambil saya tadi" aku masih tidak percaya dengan kata-kata dia.
Bakal suami? Tch..
"Sekarang baru cakap pasal tanggungjawab? Yang pasal tadi you tak percayakan I pula?"
Aku menggulingkan biji mata selepas mendengar ucapannya.
"Memang saya tak percaya. Saya lagi tahu dia macam mana. Tapi jangan pernah awak cakap dia gila. Yang gila sekarang ni awak! Awak tak boleh fikir ke hah? Allah bagi akal untuk fikir , jangan main tuduh je orang macam-macam. Berdosa tahu tak?"
"Raf.. kita dah nak berkahwin tak lama lagi. Takkan hal macam ni pun kita nak gaduh" lembut suaraku memujuk dia , berharap hatinya kembali reda dengan segala kemarahan.
"Kahwin? Huh!" balasnya.
Aku mengerutkan dahiku. Kenapa perangai dia macam ni hari ni? Tersalah makan ke macam mana. Apa yang sensitif sangat ni.
"Ap... apa maksud awak dengan 'huh' tu?" soalku pelik , suara sudah mula bergetar-getar. Tubir mataku menahan air mata yang terkumpul , tinggal jatuh saja.
"You nak cakap pasal kahwin sedangkan hati you dekat orang lain"
"Siapa? Saya dah cakap kan saya tak ada apa-apa perasaan dekat dia. Awak cemburu sangat ni kenapa?" tanyaku pelik.
"Listen. I nak kahwin dengan you pun sebab tak nak kahwin dengan Isha. Got it?" kata jejaka tersebut tanpa menjaga perasaanku.
Aku ketawa sinis kemudian memandang wajahnya.
"So, awak tak ada perasaan cinta pun dekat saya kan? Awak gunakan saya je kan selama ni?!" tekaku.
"What if .. I said yes?"
Pang!
Tangan kanan aku automatik menampar pipi kirinya. Kebas pada tanganku masih terasa.
"Sampai hati awak buat saya macam ni. Saya je yang beria suka , sayang dekat awak!"
Aku keluar dari perut kereta lalu berlari biarpun hanya berbekalkan lampu jalan yang malap. Sungguh aku tidak berani sekarang , namun hatiku lagi sakit mendengar kata-kata yang tidak ku jangka.
Jangkaanku meleset apabila melihat kereta milik Rafael meluncur laju meninggalkan aku sendirian di antara hutan ini. Fikirku dia akan pujuk aku , namun hampa. Menyesal aku ikut dia balik tadi. Menyesal aku kenal dia. Menyesal aku suka dia. Aku menyesal jumpa dia buat kali kedua!
Telefon pula habis bateri. Ah bodoh kau Daiyan.Tangisanku kedengaran segenap ruangan di jalan raya ini. Tersedu-sedu aku menahan tangis. Macam mana aku nak balik ni?
Aku menguatkan diri untuk berjalan sepanjang jalan raya ini. Hanya dapat kulihat pokok-pokok besar. Itu pun aku tak mampu dah nak pandang kiri kanan , takut terjumpa benda lain.
Tiba-tiba aku mendengar derapan kaki di belakang. Aku berlari sekuat hati tetapi suara larian itu semakin dekat.
"Ah!"
Kepalaku dipukul membuatkan aku terjatuh di jalan tar. Dapat aku rasakan cecair darah merah mengalir membasahi pipiku. Sengal-sengal di kepala turut terasa. Sebelum mataku tertutup rapat, dapat aku lihat seseorang berpakaian serba hitam dan memakai topeng muka membuatkan aku tidak dapat melihat wajahnya.
***
14/12/2022
©quinnliya
YOU ARE READING
[C] PELAMIN CINTA
RomanceKARYA PERTAMA "Yang terlihat tenang, tidak selalu menyenangkan. Terkadang juga memberikan sakit yang begitu dalam dan trauma yang sukar untuk diubati. Cinta. Ia adalah suatu pilihan. Sama ada bahagia atau derita." ©quinnliya