07

81 4 0
                                    


ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤

Zzap! Zzap!

Aku menyemburkan minyak wangi di bajuku lalu aku hidu. Wangi betul! Over sangat ke eh baju aku pakai? Makan malam je pun.

Malam ni aku hanya mengenakan baju blouse labuh berwarna biru muda dan bertudung putih. Macam perempuan melayu terakhir! Ni belum lagi pakai baju kurung. Kalau tidak , ternganga semua lelaki tengok aku!

"Hahaha , berangan nombor satu ye kau" Aku ketawa sendiri sambil melangkah keluar dari bilik.

Harini Fira rajin betul nak hantarkan aku. Aku berdiri di hadapan pintu pagar , menunggu kehadiran Fira. Wajahku memandang ke langit. SubhanAllah indah sungguh bintang-bintang yang malam ni , dihiasi dengan bulan yang bersinar.

Sebab tu aku suka waktu malam. Boleh tengok langit biru, bulan , bintang. Tenang sungguh! Dalam dua minit berlalu , kereta Honda Civic berhenti di hadapanku.

Laju kakiku melangkah dan masuk ke dalam perut kereta.

"Kau tak nak join sekali ke?" Tanyaku kepada Fira yang sedang memandu menuju ke destinasi.

"Tak apalah , aku nak layan drama korea malam ni. Episod last weh!"

Aku hanya mengiyakan saja. Dia ni kalau tak tengok drama korea sehari , boleh meroyan tak tentu pasal.

Macam biasa , Fira ni bawak kereta kalah lelaki. Laju betul , mujurlah jalan tak sibuk. Mahu melayang nyawa aku. Tup, tup dah sampai , dengan bantuan gps.

"Sila turun wahai permaisuri. Cantiknya kau malam ni. Jarang kan aku puji? Mestilah sebab aku lagi cantik dari kau!" Gelak Fira kuat.

Dalam pujian dia ada juga lagaknya. Aku menjulingkan mata.

"Thanks puji aku. Aku tahu aku cantik" Aku mengenyitkan sebelah mata kemudian melepaskan tawa.

"Dah dah berambus. Kalau-kalau lah terjumpa lelaki yang hensem , tolong minta nombor telefon dia eh?" Dia senyum senget.

Mula dah perangai gatal dia tu. Aku menggelengkan kepala.

"Banyak cantik muka kau. Dah hati-hati bawak kereta. Biar lambat asal selamat" nasihatku tanda prihatin.

Apa yang dikejarnya pun tak tahu. Laju-laju nak kemana.

Fira hanya mengangkat tangan tanda 'ok' kemudian bergerak meninggalkan aku sendirian.

Ah sudah! Di hadapanku ada rumah agam mewah. Tinggi gila pagar dia.

"Betul dah kan ni rumahnya?" soalku sendiri sambil melihat lokasi yang telah dihantar.

"Betullah ni kot" gumamku perlahan.

Kakiku kemudian melangkah ke arah butang loceng. Aku tekan beberapa kali.

Pintu rumah agam tersebut terbuka. Terdapat juga seorang pegawal yang menjaga pintu pagar.

Kemudian aku lihat wanita yang beberapa hari lepas aku selamatkan. Lantas aku senyum manis dan melambai tangan ke arahnya.

"Sampai pun dia. Jom masuk" kata wanita itu sambil memimpin tanganku.

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now