13

67 4 0
                                    


ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤

Bibir Daiyan terkumat-kamit menyebutkan satu persatu bait-bait lirik tersebut. Kepala digelengkan beberapa kali. Tangannya pula sibuk melekatkan manik pada baju tempahan Siti Enon. Hari ini suasana hatinya senang.

Ok siap! Daiyan menggantungkan baju tersebut kemudian beralih pada baju yang lain.

"Bos bos!" jerit seseorang jauh.

Pantas aku mengerling ke arahnya. Kepala aku angkat sedikit dan menggunakan bahasa isyarat 'apa' .

"Omg bos! Abe Iz datang." suara Sally yang terlampau teruja itu terdengar di semua sudut butik.

Keningku drastik berpaut rapat seperti mahu bercantum. Apa pulak dia buat kat sini?

Aku memberikan baju tadi kepada Sally lalu menghampiri Abang Iz yang menunggu di luar butik.

"Ada apa abang datang?"

Kaca mata hitam diturunkan lalu diletakkan pada baju.

"Ai.. takkan datang pun tak boleh? Saja sebab dah lama tak datang sini" Iz mengukir senyuman manis.

Bukan apa, aku hanya pelik dengan kelakuannya. Reaksi wajahku hanya biasa.

"Yan dah makan? Jom lunch sama-sama." ajak Iz berharap untuk Daiyan terima ajakannya itu.

Aku berfikir sejenak. Perutku juga lapar ni, hm terima jelah.

"Ok jomlah" kataku.

Lalu pergerakanku berhenti sebentar.

"Kejap. Daiyan nak ambil beg" sambungku lagi.

Iz hanya mengangguk dengan senyuman. Dia memerhati setiap pergerakan Daiyan. Tangannya sentiasa dimasukkan dalam poket seluar.

Sebelum aku pergi , aku mengarahkan Sally untuk menyiapkan tempahan Siti Enon yang tertangguh.

ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤

Aku mencicip sedikit jus kiwi dan sambung menyuapkan pasta di dalam mulut. Hmph sedap!

Begitu juga dengan Iz , mulutnya sibuk mengunyah makanan. Suasana di antara kami sepi sebentar. Aku tak tahu nak sembang apa.

"Hmm kalau abang tanya ni.. Yan jangan marah eh?" soal Iz teragak-agak.

Aku angkat muka.

"Belum tanya lagi nak marah kenapa? Hmm" aku menyambung menyuapkan pasta didalam mulut.

Kelakuanku diperhatikan oleh Iz. Aku mencapai tisu lalu mengelap sedikit mulut.

"Hmm.. Yan ada boyfriend?"

Soalan yang ditujukan padaku membuatkanku tersedak. Cepat-cepat aku minum air. Nasib la pasta ni tak pedas, kalau tak sakit dada aku.

Otakku ligat memikir , mimpi apa pulak abang Iz tanya macam ni.

Belum sempat aku mahu menjawab. Iz sudah memotong.

"Jangan fikir bukan-bukan. Abang tanya sebab abang curious. Yelah abang tak pernah nampak Yan rapat dengan mana-mana lelaki kecuali yang SEORANG tu" kata Iz panjang lebar.

Perkataan seorang ditekankan membuatkan ku lagi pelik dengan perangai lelaki ini. Cemburukah? Ish tak mungkin. Aku dah anggap dia macam abang sendiri.

Pantas aku menggeleng kepala.

"Tak ada lah abang. Yan kawan je dengan dia."

"Abang ni pelik lah harini..." sambungku lagi.

Iz ketawa kecil. Ye, memang menawan bila dia ketawa macam tu. Tapi entah kenapa aku tak rasa apa-apa macam perempuan lain rasakan. Adakah aku tidak normal? Astagfirullahalazim mintak jauh!

"Pelik apa nye. Biasa je , Yan je rasa macam tu sebab tak pernah keluar dengan abang kan?"

Aku hanya angkat bahu.

"Abang ada something nak bagi dekat Yan.. tapi kena tutup mata" arah Iz.

Aku hanya menurut. Mata aku katupkan sehingga tidak nampak apa-apa. Gelap.

"Okey buka"

Aku melihat kotak kecil dihadapanku. Tanganku mula membuka kotak tersebut. Mataku terbuntang luas.

"Abang!" jeritku kecil.

Iz hanya berpeluk tumbuh sambil tersenyum. Dia sudah agak Daiyan sukakannya. Suka betul dia melihat telatah Daiyan , comel!

"Abang..macam mana abang tahu.." aku menyoalnya namun mataku tidak lepas memandang gelang berwarna putih tersebut.

"Exactly the same..." kataku perlahan.

"Yan suka?" Iz tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya.

Kepalaku mengangguk laju. Mataku menilik satu persatu butir gelang tersebut.

"Abang tengok Yan dah tak pakai gelang ni sejak tiga bulan lepas. And i know it mean a lot to you. Then, abang tanya Fira dia kata gelang Yan hilang. So , abang decide untuk beli baru"

Mataku memandang anak mata Iz. Geram juga aku dengan Fira ni , semua benda dia nak bagitahu! Sebenarnya gelang aku hilang masa dekat Itali lagi. Mungkin hilang masa dekat funfair kot.

"Mahallah abang. Yan bayar balik eh?"

Bukan apa, gelang ni memang mahal dan gelang ni juga pemberian mama masa hari jadi aku dulu. Mestilah aku sayang.

"No need. Abang memang ikhlas bagi Yan. Boleh tak tu? Meh abang tolong"

Aku memberikan gelang tersebut kepadanya dan menghulurkan tanganku.

"Thanks abang" ucapku betul-betul ikhlas.

Iz mengangguk kemudian kami berbual-bual membuka pelbagai topik. Masuk air juga eh abang Iz ni. Ingatkan beku je sepanjang masa.

"Hey bro! Lama tak jumpa" seseorang menyapa.

Wajahnya yang tampan menarik perhatian gadis-gadis di dalam restoran ini. Namun , dia hanya endahkan saja , seperti sudah biasa dengan situasi sebegini.

"Yow Harry! Bila kau balik sini? Amboi dah duduk negara orang , balik pun tak bagitahu ye" kata Iz dengan teruja apabila melihat kawan lamanya itu.

Harry ialah kawan lamanya sejak sekolah menengah lagi. Boleh dikatakan satu kepala dan satu geng. Siapa saja tak kenal mereka berdua di sekolah tersebut? Wajah mereka seperti orang Barat dan memiliki mata berwarna hazel muda.

Kini, Harry menetap di England dan mempunyai sebuah syarikat yang gah di sana. Dia balik ke tanah air untuk melawat neneknya yang sedang sakit. Ibu bapanya juga menetap di sana memandangkan mereka bekerja di sana.

"Alah tak sempat nak bagitahu. Aku datang sini sebab nenek aku sakit. Nak spend time dengan dia" terang Harry.

Aku hanya membatu mendengar perbualan mereka berdua. Anak mataku tidak lepas memandang jejaka bak putera di hadapanku. Aku suka mata dia! D-dan bibir dia cantik!

"Oh my god! Your girlfriend?" tanya Harry pada Iz. Bahu Iz disenggolnya.

"Mana ada!" spontan aku menjawab lalu aku menggelengkan kepala.

Harry senyum senget sebelum membalas.

"Oh! Your wife, right?"

Kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Harry membuatkan aku terbeliak. Aku menjengkilkan mata kepadanya.

Dia hanya ketawa.

***


10/9/2022

Tiber Daiyan rapat dengan Iz🙊Ayok macam mana ni.
©quinnliya

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now