ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤
Kakiku melangkah ke arah rak gula-gula bersama troli yang telah dipenuhi barangan basah dan kering. Kira-kira sudah 15 minit aku di dalam pasar raya ini. Kepala aku angkat sedikit ke atas untuk mencari gula-gula hacks berwarna ungu. Oh! Jumpa. Tapi kenapa tinggi sangat dia letak ni.
Aku menjingkitkan kaki sedikit , tangan kananku sungguh-sungguh mahu menggapai bungkusan ungu itu namun hampa. Tiba-tiba seseorang menggapainya lalu menghulurkan kepadaku.
Drastik aku menoleh ke kanan. Keningku berpaut seperti mahu bercantum. Apa pula dia buat kat sini? Mana-mana je nampak muka dia.
"Here. Dah tahu pendek nak juga ambil dekat tempat tinggi" sindir Rafael lalu tersenyum senget.
"Eh suka hati saya lah! Btw thanks!" ucapkan lalu berjalan melepasinya.
Namun dia terlebih dahulu menyekat jalanku.
"Wait. Nak pergi mana laju-laju ni. Chill lah" katanya tenang.
Masalahnya mama dah tunggu kat rumah sebab nak masak untuk tengah hari nanti! Dia tu tak apa lah boss.
Aku menjelingnya kemudian bertanya apa yang dia mahukan. Tapi macam biasalah , dia main-main dulu sebelum dia bertukar serius.
"Okay.. okay.. Let's be honest. You dah tahu ke pasal tu?" soal Rafael , kening kiri diangkat.
Dahiku berkerut seribu. Pasal apa pula ni. Cuba straight to the point.
"Tak"
Kini dia betul-betul berada di hadapanku. Matanya memandangku lama.
"Tak nak tanya ke pasal apa?"
Aku hanya mengangkat bahu kemudian menggeleng laju. Ah, aku rasa tak penting dan dia nak kenakan aku je!
Usai saja dia melihat aku begitu, dia hanya diam. Pelik aku tengok dia , aku menilik jam tanganku sudah menunjukkan pukul 11.40 pagi. Oh no ! Aku dah lewat.
Tanpa segan silu aku meminta diri dan belum sampai selangkah setengah aku berjalan. Suaranya bergema membuatkan aku terkedu.
"I'm your future husband, Daiyan"
"Ha?"
Rafael mengangkat bahu kemudian berlalu pergi. Panggilanku langsung tidak dihiraukan. Serius la dia? Kata tak nak bagitahu sampai akad nikah nanti.
Ingat sweet ke cakap macam tu? Poyo je lebih. Belum apa-apa dah cakap future husband. Eh aku tak bagitahu apa- apa decision lagi.
"Dia ni kan" rungutku.
Nanti jelah aku fikir! Aku berjalan menuju untuk ke kaunter. Barang-barang ni lagi penting sekarang ni.
Usai membayar, aku ke parkir kereta lalu meninggalkan perkarangan pasar raya tersebut.
ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤
"Baguslah kalau Daiyan dah tahu siapa orangnya" Puan Zara mengelap tangannya menggunakan sehelai kain kecil selepas mencuci tangan.
Pergerakan mama aku buntuti. Masih banyak persoalan yang bermain di minda. Apa motif dia bagitahu aku? Eh tapi bukan aku ke yang nak tahu sangat? Ah apa-apa jelah!
"Tapi kenapa?" soalku lagi.
Aku mengambil tempat duduk di hadapan Fira yang juga menyertai makan tengah hari. Tuan Fauzi yang baru sahaja sampai terus melabuhkan punggung di sebelah Puan Zara.
Lihat saja wajah anak perempuannya yang masam mencuka, terus disoalnya , namun Puan Zara terlebih dahulu yang menjawab.
Tuan Fauzi ketawa kecil sebelum bersuara.
"Tak jadi masalah pun kan. Lagi bagus adalah , betul tak yang?"
Puan Zara mengangguk kecil.
"Mungkin dia nak suruh Yan ni buat keputusan cepat-cepat kot. Takut melepas" Puan Zara membuat andaian.
Aku hanya diam memikirkan kata-kata mama lalu menyuapkan ikan patin masak tempoyak ke dalam mulutku.
"Aku dah agak tu dia! Cuma tak confirm je" Fira bersuara bersama senyuman.
Aku hela nafas kecil. Tanpa fikir panjang, aku pula bersuara. Mulutku berhenti daripada mengunyah, pandangan aku alihkan kepada semua yang berada di meja makan.
"Kalau Rafael lah orangnya, memang Yan setuju lah"
Mereka semua memandang ke arahku seraya mendengar ucapan itu. Tidak sangka barangkali aku akan berkata seperti itu. Ah macam bukan aku pula yang cakap. Rasa nak tergelak pun ada dengan diri sendiri.
"Ha! Ayah agak dah Yan setuju" Ujar Tuan Fauzi.
"Ya Allah, betul ke ni Daiyan? Anak mama? Sejak bila jadi gatal ni" Puan Zara pula mencelah.
Aku ketawa kecil.
"Kalau mama nak tahu, Rafael tu crush Daiyan masa sekolah dulu. Heh akhirnya bersatu jugak korang" kata Fira tersengih-sengih.
Riak muka Puan Zara jelas terkejut. Tidak sangka apa yang didengarnya. Dia tahu Daiyan ni orang yang susah nak dekat dengan lelaki, tidak sangka pula ada menyimpan hati dekat seseorang.
"Ish, diamlah!" laju tanganku menampar bahu Fira.
Dia mengaduh kesakitan.
"Yan yakin dengan keputusan ni?" Tuan Fauzi memandangku serius.
Aku mengangguk kecil.
Ya, aku yakin dan pasti dengan apa yang aku buat ni. Orang yang aku suka nak kahwin dengan aku? Oh ini gila! Jarang-jarang berlaku kecuali dalam novel.
Tapi ini bukan alam fantasi, aku berada di realiti. Peluang yang tak patut aku tolak. Hanya terjadi sekali dalam hidup.
"Okeylah kalau macam tu. Lepas ni ayah dengan mama akan bagitahu parents diorang" ucap Tuan Fauzi.
Bibirku tersenyum kecil.
***
24/10/2022
Baru ada masa utk update. Hehe
YOU ARE READING
[C] PELAMIN CINTA
RomanceKARYA PERTAMA "Yang terlihat tenang, tidak selalu menyenangkan. Terkadang juga memberikan sakit yang begitu dalam dan trauma yang sukar untuk diubati. Cinta. Ia adalah suatu pilihan. Sama ada bahagia atau derita." ©quinnliya