03

129 8 0
                                    


ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ

Fira mengajakku ke pesta ria atau mat salleh sebut ' funfair '. Agak jauh juga dari hotel kami dek kerana tempat itu berada di tengah-tengah bandar.

Aku memeluk tubuh . Angin malam yang menyapa kulitku membuatkanku sedikit menggigil walaupun sudah memakai tiga lapis baju. Kalau bukan sebab Fira , rasanya aku sudah diulit mimpi. Mujurlah dia mahu membelanjakan aku selama ada di funfair ni , jimatlah duit aku. Aku bersyukur untuk itu.

Tanpa sedar , kami dah lima hari di sini , esok kami dah nak pulang ke Malaysia. Bagiku , cukuplah menerokai tempat-tempat menarik di sini walaupun tidak semua. Aku rindukan masakan mama!

Gerun sungguh tatkala melihat mereka bermain sky rider itu , betul-betul extreme! Memang tak lah aku nak naik , mahunya termuntah nanti.

Fira bercadang untuk naik ferris wheel , aku hanya setuju saja. Walaupun aku takut tinggi , tak apa aku mahu cuba. Kami berdua beratur mengikut giliran setelah membeli tiket .

Dalam hati sudah mahu meletup , aku membaca doa agar tenang sedikit. Roda ferris mula bergerak sehingga ke puncak membuatkan aku cuak. Laju-laju aku tutup mata , tak mahu menoleh ke bawah.

Sesudah bergadai nyawa selama beberapa minit , aku hembus nafas lega.

"Last for tonight! Jom Daiyan." Belum
sempat aku membuka mulut, tanganku ditarik kasar oleh Fira. Tak semena-mena badanku merempuh mamat dan akak Itali di tengah-tengah funfair. Tengah dating barangkali.

"Scusa" kataku sambil menunduk sedikit.

Mujur saja mereka tidak marah , mungkin kerana memahami keadaan sekarang yang sesak dengan umat manusia. Maklumlah hujung minggu, orang akan meluangkan masa di sini setidak-tidaknya.

Oh! Aku dah boleh bercakap dalam bahasa Itali sikit-sikit walaupun berbunyi pelik. Thanks to Fira! Dia sanggup tak tidur untuk ajar aku sepanjang malam.

"Aku nak beli tiket. Kau tunggu sini kejap."

Aku mengangguk perlahan sambil menyandar pada dinding sementara menunggu Fira. Mataku melilau sekeliling lalu tertatap pada seorang anak kecil yang sedang makan gula-gula kapas. Pipi tembam macam pau. Comel betul!

"Oi! Berangan je tau! Jom masuk!" Jeritan Fira menghentikan lamunanku.

"Kita nak main apa pulak ni?" soalku seraya melihat dua tiket di tangan Fira.

Fira menjeling sambil menyengetkan bibirnya.

"Semestinya rumah hantu!" Fira ketawa sebelum menarik tanganku masuk ke dalam.

Pergerakan aku terus terkunci apabila mendengar suara-suara yang menjerit dari dalam. Terus bulu roma aku naik.

Kalau aku tahu dia nak main benda ni, dah lama aku suruh dia beli satu tiket je. Fira ni kan saja nak kenakan aku! Mentang-mentang la aku ni penakut.

"Memang tak lah! Aku tak nak. Kau jelah masuk sana , biar aku tunggu luar"

Fira buat tak endah. Macam aku tak kenal dia , kalau dia cakap S , S lah . Dia paksa juga aku masuk ke dalam rumah hantu .

"Jangan nak mengada. Tiket tu mahal tau! Rugi nanti. Kata bestfriend, menderita la sama-sama. Lagipun kita bukannya datang sini selalu." kata Fira sambil menarik tanganku.

Aku menghela nafas kecil. Reda saja. Kami berdua mula masuk ke dalam. Lengan Fira aku pegang erat. Sudah la gelap , lampu pula macam nyawa-nyawa ikan.

"Arghh!" Suara jeritan kedengaran.

Bahuku terhinjut. Bulu romaku tiba-tiba naik. Nak je aku hempuk siapa yang menjerit tu! Terkejut tahu.

"Fira, jangan tinggal aku tau" bisikku pada Fira , tangannya masih aku pegang.

Fira hanya mengiyakan saja dan mengangguk kecil.

"Hihihihi" suara mengilai betul betul di hadapanku.

Serentak itu , Fira terus melepaskan peganganku dan menghilangkan diri.

Mulutku ternganga sebentar. Sanggup dia tinggalkan aku. Habistu sekarang aku sorang-sorang? Aku tepuk dahi. Memang aku jumpa dia , aku hempuk kepala dia!

Paling menakutkan, pada dinding ini terdapat pelbagai jenis hantu yang dilindungi dengan kaca. Tapi tetap menyeramkan!

Dengan kekuatan yang ada , aku tetap berjalan ke depan walaupun takut. Jauh betul perjalanan , hanya bersisakan cahaya lampu yang malap.

Aku membesarkan langkah supaya cepat sampai ke pintu keluar. Tidak mahu berlama-lama disini. Tambahan pula , aku ini orang asing , kalau dekat Malaysia tak apalah juga.

Belok kanan dan kiri , kanan dan kiri. Aku rasa macam dah nak sampai ke pintu keluar . Kakiku tetap berjalan seperti biasa.

"Aduh!" Aku mengaduh kesakitan. Badan kecilku dirempuh sehingga mencium tanah. Badanku bukan setakat dirempuh, tetapi aku dah terlanggar orang depan aku juga!

Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Dengan membekalkan cahaya mentol , aku dapat lihat seorang lelaki di depanku merenung tajam. Terus aku menelan liur.

Serius. Aku tak sengaja!

Pantas aku bangun laju seraya menepuk-nepuk baju dan seluarku.

"Mi dispiace." Seorang wanita berambut perang keemasan meminta maaf dan menunduk beberapa kali.

Aku syak dia yang langgar aku tadi.

"Watch your step, miss." Kali ini , lelaki itu pula berbicara. Lebih tepat lagi tengah menegur perempuan asing tadi.

Dalam hati aku sudah memujinya. Fuyoo deep voice.

"I'm so sorry!" Katanya lagi sambil memegang bahuku. Kemudian matanya laju saja beralih kepada lelaki tadi.

Barangkali takut akan renungan tajam bak pedang yang diberikan!

Tak membuang masa , aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum manis. Malas nak panjang-panjangkan masalah.

Figura wanita tadi berlalu pergi. Dan.. keadaan kami disini agak janggal.

Dia pandang aku , aku pandang dia. Setelah beberapa saat meniliti wajahnya , ingatanku seakan-akan pulih. Wajah yang agak familiar menerjah buah fikiranku.

Aku sengih kecil sebelum berbicara.

"I'm sorry" ucapku sambil menunduk sedikit. Cepat-cepat aku keluar dari sana.

Aku nampak Fira sudah tersenyum senget sambil menyandar badannya pada dinding. Tangan disilangkan.

Papp!

"Sakitlah makcik!"

Aku menjeling geram , huh siapa suruh tinggal aku tadi. Aku hanya diam , sel-sel otak berhubung apabila teringat lelaki tadi.

"Oi oi berangan apa? Terjumpa jejaka kacak ke sampai tak berkelip mata tu? " Fira mengangkat kening sebelum sengih kecil.

"Diamlah . Dah la jom pergi makan , lapar."

Pantas aku menarik lengannya malas. Ikutkan aku nak tidur je terus! Penat sangat.

"Makan makan makan je tahu! Gemuk nye tidak." Balas Fira.

***

:27/2/2022
Edit: 8/6/2922
©quinnliya

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now