ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤Pagi jumaat , tepat pukul 7.56 pagi , seorang perempuan bertudung merah menangis di kawasan tanah perkuburan. Teresak-esak. Tangisannya kuat kerana masih sunyi.
Dalam tangisannya, tangannya mencabut rumput-rumput kecil yang mula tumbuh di atas pusara itu.
Kemudian , ditenungnya lama nama yang tentera pada bata tersebut , Siti Rasidah Binti Mustapha.
"Adik minta maaf sebab lama tak lawat ibu. Ini pun tengah cuti sem. Tunggu lagi dua bulan baru boleh jenguk ibu selalu. Tak lama lagi , adik dah nak habis belajar" Luahnya seorang diri , tangan mengusap batu nisan dihadapannya.
"Adik rindu ibu. Rindu nak makan sama-sama, rindu nak tolong ibu tanam sayur , rindu nak masak dengan ibu , fav makanan ibu , asam pedas. Tu semua kenangan. Kenapala ibu tak bagitahu adik yang ibu ni sakit. Kalau tak , adik takkan susahkan ibu sambung belajar semua. Adik tak kisah tak sambung belajar macam orang lain, adik cuma nak ibu sihat je. Sentiasa ada dengan adik. Dulu , adik tak ada tempat meluah. Tapi sekarang , adik ada keluarga angkat. Diorang baik sangat. Diorang lah yang bayar kos adik belajar. Ibu nak tahu tak? Adik sebenarnya suka seseorang....."
Belum sempat Isha menyambung ayat-ayatnya , seorang pakcik menegurnya.
"Dik, buat apa tidur kat atas kubur tu. Kalau nak tidur, balik rumah"
Isha bingkas membetulkan duduknya. Tidak tahu pula ada orang tadi. Dia sendiri tidak sedar yang dia membaringkan kepalanya atas kubur tersebut.
Dia melihat pergerakan pakcik tadi yang menebas rumput-rumput yang mula panjang di sekitar pagar kawasan kubur tersebut.
Tiba-tiba muncul rasa takut pula. Dia bangun dan menuju ke kereta kancil milik arwah ibunya lalu meninggalkan kawasan tanah perkuburan tersebut.
Dia mahu menuju ke tempat sudah menjadi nostalgia buatnya. Siap memarkir kereta diluar rumah, pantas saja dia bergerak.
Timbul rasa hairan di benaknya. Kenapa pintu pagar terbuka? Ada orang mencuri barang-barang ke?
Disebabkan lama dia dah tak ambil tahu fasal rumah itu , rumahnya jadi terbiar begitu. Lagipula, jiran-jiran tiada di kawasan ini kerana pedalaman. Yang ada pun , jauhnya lebih kurang 300 meter dari rumahnya. Kalau menjerit , memang tak dengar.
Tanpa membuang masa , Isha masuk ke dalam rumah tersebut. Dilihatnya satu per satu bingkai gambar yang digantung. Gambar ibunya. Senyum dia seketika.
Dia pergi pula ke arah bilik ibunya.
Tiba-tiba dia ternampak gerangan yang amat dikenalinya. Darah membuak-buak naik secara automatik membuatkan dia menjerit.
"Siapa suruh kau datang sini?! Berani kau jejakkan kaki dekat rumah aku? Keluar kau! Keluar!!" jerit Isha seperti orang histeria.
Melihat gerangan itu hanya diam. Dia menjerit kembali.
"Aku kata keluarlah!!" Jarinya menunding ke arah pintu utama rumah itu.
Lelaki tersebut menghampiri Isha yang sudah naik gila. Niatnya mahu menenangkan Isha.
"Jangan dekat! Jauh!!!!" Laungannya semakin kuat.
"Benci sangat ke Isha dekat papa?" soal lelaki itu , wajahnya betul-betul menujukkan riak sedih.
Sedih melihat anaknya begini.
"Cuba kau ulang balik? Apa? Papa? Aku tak ada ayah, ayah aku dah lama duduk dalam kubur!" Balasnya.
Lelaki tersebut memicit dahinya. Tidak tahu cara apa lagi mahu memujuk anaknya.
"Disebabkan kau! Kau dengar eh sini baik-baik, disebabkan kau mak aku mati!!" Isha masih menunding jarinya pada lelaki itu.
"Ibu yang rahsiakan perkara tu pada Isha kan?"
Soalannya sudah melepasi tahap baran dirinya. Dia pun tak tahu kenapa dirinya semakin naik hantu macam ni.
"Jadi kau nak salahkan mak aku? Salah kau! Kau sampai lambat ! Lambat bawak mak aku pergi hospital!"
Wajah lelaki tersebut kini bengis. Dia pun bersabar jugak , tapi ada hadnya.
"Papa tak nak salahkan siapa-siapa dalam hal ni. Isha kena redha. Jangan sesekali lawan dengan takdir tuhan!" Tegas lelaki itu yang menaikkan sedikit suaranya.
"Dah dah kau jangan nak ajar aku pulak ya. Kau keluar sekarang dari rumah aku! Aku tak hadap la nak tengok muka kau. Dah blah!" Isha masih mempertahankan haknya. Berkeras dengan kata-katanya.
Seperti biasa, lelaki itu hanya diam tidak membalas. Membatu di hadapan Isha.
"Kalau kau taknak keluar , biar aku yang keluar!"
Isha mula meninggalkan lelaki yang separuh abad itu sendirian. Dalam tak sedar , jatuh air matanya bercucuran.
"Astagfirullahalazim. Ya Allah" ucapnya perlahan-lahan.
***
11/6/2022
Sikit je utk chapter ni. Hehe.
©quinnliya
YOU ARE READING
[C] PELAMIN CINTA
RomanceKARYA PERTAMA "Yang terlihat tenang, tidak selalu menyenangkan. Terkadang juga memberikan sakit yang begitu dalam dan trauma yang sukar untuk diubati. Cinta. Ia adalah suatu pilihan. Sama ada bahagia atau derita." ©quinnliya