23

48 5 2
                                    


ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ

Tubuh badan terasa lenguh dan sakit sana-sini, aku mula mengatur nafas dengan perlahan. Kepalaku amat sakit seperti mahuku hentakkan di dinding. Rasa longgar di tangan, tali sudah dibuka. Aku terus meletakkan tali tersebut di tepi , lalu aku membuka ikatan pada kaki pula. Jelas pada pergelangan tangan sudah memerah dan ada sedikit luka dek kerana aku memaksa membukanya.

Di hadapan aku pula , kelihatan bekas polisterina yang aku lihat sebelum ini namun plastiknya sudah ditukar berwarna putih. Mungkin aku pengsan terlalu lama sehingga makanan pun ditukar. Ah aku tak tahu pukul berapa sekarang ni.

Aku membuka polisterina itu, terlihat nasi goreng kampung yang masih panas dan bau yang harum menusuk ke dalam rongga hidungku. Iris mataku ternampak sesuatu pada bahagian polisterina.

'Eat if you want to survive'

Automatik mataku menjulingkan ke atas. Aku melihat ke arah pendengar suara , dapat aku agak yang dia sedang melihatku. Perut sudah berpesta di dalam meminta disuap , aku terus mencapai sudu dan membaca bismillah sebelum makan.

Sedang sibuk aku menjamah makanan, muncul satu idea di benakku. Entah kenapa aku tak fikir dari mula. Terus aku berhenti makan kemudian berjalan menuju ke arah pintu. Aku mula memegang tombol pintu dengan senyuman di bibir lalu aku pusingkannya.

Kening sebelah kiriku naik sebelah. Aik? Tak boleh buka? Terus aku memulas tombol pintu dan menariknya namun hampa, pintu dikunci rapat.

"Ish! Kalau aku ni ada kuasa dah lama aku pecahkan pintu ni" aku menendang pintu tersebut lalu kembali melabuhkan punggung untuk menyambung makan.

Air diteguk beberapa kali untuk menghilangkan rasa dahaga di tekak. Otakku ligat memikir bagaimana mahu melepaskan diri dengan keadaan begini. Sekarang aku pun tidak tahu di mana.

Tiba-tiba lampu berkelip-kelip beberapa kali membuatkanku sedikit terkejut. Sudahlah satu je lampu dalam bilik ni. Aircond pun tak ada.

"Tak bayar elektrik ke macam mana dia ni?" gumanku perlahan.

Pap! Pap!

Bunyi mikrofon diketuk beberapa kali membuatkan aku terkejut buat kali kedua. Pantas aku menjeling ke arah pendengar suara tersebut.

"How? Do you feel better after taking a long nap?" soalnya.

Hujung bibirku naik sedikit. Better kepala lutut dia. Dia yang inject aku. Aku tidak membalas , yang hanya ku mahu sekarang adalah mengetahui siapa dia.

"Are you curious who I am?" katanya lagi kemudian ketawa kecil.

"Tak gentle lah guna suara je. Meh la sini cakap depan-depan. Masa face to face diam pula. Kenapa? Takut identiti kau kantoi?" sinisku.

Dia hanya diam tanpa membalas. Mungkin rasa tercabar dengan kata-kataku. Sebenarnya aku juga sedang takut , buatnya dia bunuh aku lepastu jual organ-organ aku? Oh tidak mungkin! Buat seketika aku terlupa yang aku mempunyai tali pinggang hitam. Tapi dengan keadaan aku sekarang yang lemah, mana mungkin aku boleh melawan dia.

Pintu dikuak dari luar. Terpampang 'dia' di depan mata. Aku kemudian berdiri menghadapnya dan bertentangan mata. Dalam dua saat , dia mula mengeluarkan jarum untuk menyuntikku namun aku mengambil peluang untuk menepis tangannya lalu disilangkan ke belakang.

Jarum itu jatuh ke lantai. Dia berusaha mengambilnya tetapi sempat aku menahan lehernya dan memijak tangannya. Kakiku menyepak jarum itu jauh. Aku tak mahu disuntik lagi. Dia juga tak mahu kalah , dia berusaha melepaskan diri dan mencekik leherku.

Dadaku semakin sesak untuk bernafas. Tangan kananku pantas menumbuk pipinya , automatik dia tersungkur. Kini cermin mata hitamnya terlepas dan aku memandangnya.

Pandangan ni. Aku kenal mata ni. Tapi di mana?

ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ

Leo menekan butang lif untuk ke ruang bawah tanah. Dia kemudian ke meja kerjanya, komputer yang menunjukkan pelbagai simbol dan berwarna hijau dilihat. Papan kekunci ditekan beberapa kali. Dia mengeluh kasar apabila simbol merah keluar dari skrin komputernya. Dia memeluk tubuh.

"Where are you, Stella?" katanya perlahan dengan hati yang penuh dengan kerisauan terhadap gadis itu.

"I promise I will save you" sambungnya lagi.

Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Matanya kembali menoleh ke arah skrin komputer. Jari-jemari sibuk menekan sesuatu pada papan kekunci. Simbol merah keluar seperti tadi. Dia mengeluh lagi.

"I hope you will press the button. Please, Stella" bersungguh-sungguh dia mengharapkan perkara itu berlaku.

Dia tidak mahu menghabiskan masa begitu saja , Leo terus mencapai kunci kereta miliknya lalu melangkah keluar dari rumah banglo tersebut.


***

15/12/2022
©quinnliya

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now