15

48 4 0
                                    

ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤

"Ehem! Ada orang datang meminang Daiyan semalam" Tuan Fauzi berkata dengan tenang.

"W-wHAT?!" aku dan Fira saling berpandangan.

Kenapa tiba-tiba je ni? Aku muda lagi kot! Aku menampar pipiku beberapa kali, mungkin ini mimpi. Sakit! Jari aku gigit kasar dan mundar-mandir di hadapan mereka bertiga.

"Apa yang risau sangat tu. Datang minang je" pujuk Puan Zara lembut.

Fira yang tadi terkejut terus tepuk kedua tangannya.

"Fuh member aku dah nak kahwin!"

Belum apa-apa lagi dah cakap pasal kahwin! Aku tak bagi keputusan lagi. Calonnya pun aku belum tahu!

"Siapa orangnya ma?" soalku sungguh-sungguh.

Mama dihadapan aku perhati , tanganku memegang lengannya ingin tahu.

"Daiyan nak tahu ke?" Tuan Fauzi pula bertanya.

Dahi aku picit lembut. Ah kenapa diorang macam ni? Mestilah aku nak tahu siapa. Baik ke tak orangnya, buatnya ketua mafia , memang cari mati aku! Yang paling penting, dia mampu tanggung aku ke?

Aish Daiyan, kau cakap ni macam kau terima pulak lamarannya.

"Soalan apa tu ayah. Mestilah Daiyan nak tahu. Lelaki tu dari keluarga baik-baik ke, Daiyan kenal ke dia? Susahlah kalau tak tahu latar belakang keluarga dia" bebelku panjang lebar.

Keningku tetap berpaut , dahiku pula tak berhenti berkerut dari tadi. Fira yang disebelah hanya senyum kepadaku. Tak kena kat dia memang lah!

"Jangan risau, dia orang yang baik dan Yan pun sangat kenal dia. Ayah yakin Yan akan berkenan dengan dia sama ada cepat atau lambat je. Dan yang paling penting , dia segak tauu! Macam gini!" Tuan Fauzi mengangkat ibu jarinya tinggi dengan penuh senyuman.

Siapa pulak orang yang aku kenal tiba-tiba nak masuk meminang. Tiba-tiba masalahnya.

"Yan akan tahu siapa orangnya bila masa akad nikah nanti. Tapi tulah , ayah nak tanya. Yan setuju ke tidak?"

Aku menyandarkan kepala di sofa. Biarkan aku bernafas seketika memikirkan perkara ini. Hal penting ni! Takkan aku nak buat keputusan macam tu je. Lagipun kahwin? Ah aku rasa aku belum sedia lagi.

"Yan.. buat keputusan elok-elok. Pilihan di tangan Yan" nasihat Puan Zara , lalu mengusap kepalaku lembut.

"Dahlah tiba-tiba. Macam cepat sangat je kalau nak kahwin. Yan tak sanggup berpisah dengan mama ayah , Fira" aku memeluk pinggang mama erat.

Puan Zara ketawa kecil. Dia memperkemaskan lagi pelukan.

"Ish manja nye dia! Semua orang akan berada dalam alam perkahwinan lambat laun. Mama dengan ayah ni makin tua, takkan dapat jaga Yan selalu. Kitaorang teringin nak ada menantu dan cucu sendiri. Kalau tunggu Fira , hmm lambat lagi mama rasa"

Fira yang mendengar namanya dipetik terus tergelak kecil. Dia malas nak memikirkan fasal kahwin ni lagi , dalam kamus hidupnya, kalau tak cecah umur 24 tahun ke atas, dia takkan kahwin, malah dia mahu enjoy dulu alam bujangnya.

"Apa mama cakap macam tu! Buat Yan sedih pulak" Suara Daiyan kini bergetar , tubir matanya mahu mengeluarkan cecair jernih namun dikesat kasar.

"Ayah dan mama tak kisah apa keputusan Yan buat. Kami tetap sokong Yan." kata Tuan Fauzi yang tak lekang senyuman di bibirnya.

Aku mengangguk perlahan sebelum berkata.

"Bagi Yan masa. Biar Yan fikir dulu"

Mereka bertiga angguk setuju. Kelopak mataku sudah mahu tertutup. Aku dan Fira meminta diri untuk masuk ke dalam bilik dahulu.

Masuk sahaja dalam bilik tidur, aku menghempaskan diri di atas katil empuk. Siling putih aku pandang lama. Oh lupa!

Aku bangkit semula kemudian membasuh muka. Usai mengelap muka , aku meletakkan sheet mask di muka , begitu juga dengan Fira. Apa yang aku buat , semua dia ikut.

Lalu aku berbaring semula di atas katil, mataku memandang siling putih. Sama seperti tadi. Keadaan sunyi sepi.

"Aku rasa... aku tahulah siapa lelaki tu" kata Fira yang mula memecahkan kesunyian malam.

"Kau rasa siapa? Cuba bagitahu aku!" mataku menjelingnya disebelah yang leka memandang siling.

"Tapi..tapi aku tak sure lah. Hmm"

Bebola mata dijuling ke atas. Menyampah betul dengan perangai kawan baik dia seorang ni! Selalu buat orang tertanya-tanya.

"Cakap jelah siapa" kataku malas.

"Tak apalah tak jadi hehe" balas Fira lalu memejamkan matanya.

Ya Allah kau berikanlah kesabaran kepadaku. Aku rasa nak hempuk je budak ni.

"Kau rasa patut ke aku kahwin?"

Bingung! Aku tak dapat berfikir dengan lurus sekarang. Perkara yang tak dijangka berlaku! Aku juga kena beri keputusan secepat mungkin.

"Bagi aku la kan, kau patut terima. Sebab apa tau , kau makin tua dan bila teringat balik ayat ayah tadi, macam lelaki tu orang yang baik, yang boleh jaga kau"

"Kepala otak kau tua! Aku baru 21 tahun lah! Haih..." keluhanku dapat didengari oleh Fira.

"Kau pun tengok tadi, ayah yakin sangat bila beritahu kau tadi. Macam ayah dah kenal dia lama pulak" sambung gadis di sebelahku.

Aku bangun lalu menyandar di birai katil. Anak mataku memandang wajah kawan baikku.

"Tapi aku tak sedia lagi" ujarku perlahan.

"Ingat Daiyan, peluang hanya datang sekali je" Fira menatapku serius.

Pap!

"Eh kau ni dari tadi macam nak suruh aku terima je. Ke.. kau tahu siapa lelaki tu ha? Kau bersubahat dengan ayah eh? Bagitahu aku cepat"

Laju tanganku menampar bahu Fira. Dia mengaduh kesakitan lalu mengeluarkan kata-kata cacian kepadaku. Sangat tidak ramah.

"Mana ada la! Sumpah tak ada!"

"Tipu! Tipu!"

"Serius aku tak tahu!"

***

11/9/2022
©quinnliya

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now