18

54 3 0
                                    

ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ

Iz membuka kelopak matanya, tangannya meraba-raba rak disebelah kirinya untuk mencari remote. Sebaik sahaja dia menekan button itu, automatik lampu di seluruh biliknya bercahaya. Selimut tebal dia letakkan ke tepi.

Dia mengenyitkan mata sedikit akibat silau yang menembusi kornea matanya. Tangannya menutup jam loceng yang berbunyi , ia menunjukkan pukul 6 pagi. Dia bingkas bangun untuk membersihkan diri.

"Auch!" seseorang terjerit kecil.

Iz terkejut sebentar. Dia tersepak Harry pula. Eh jap jap macam mana dia ada dekat dalam bilik aku ni. Siap tidur atas lantai beralaskan tilam gebu milik Iz. Rasa serba salah terdetik di hati.

"Kau sepak kaki aku" rintih Harry kecil.

Iz meminta maaf kemudian duduk semula di atas katilnya. Harry juga sudah bangun sambil menggosok kedua matanya.

"Macam mana kau boleh ada dekat dalam bilik aku ni" soal Iz pelik.

Tak ada pula dia jumpa Harry semalam. Iz ligat memikir. Mungkin kerja Leo ni.

"As usual bro. Macam tak biasa pulak"

Iz mengangguk kecil. Matanya terbuntang luas apabila ternampak bibir Harry yang pecah, masih ada sisa darah beku di hujung bibir merah jambunya. Pantas tangan Iz memegang wajah Harry.

Harry menepis tangannya.

"You slapped me last night" kata Harry dengan nada sedih.

Siapa je tak sedih bila bibir kau pecah. Pedih tahu tak? Hilang kekacakkan dia. Kena tunggu beberapa hari la baru sembuh.

Inilah sebab Harry takut dengan Leo. Sudah berbirat luka dekat badan dia sebab dikerjakan oleh Leo. Huh! Dia menyesal sebab cakap macam tu semalam.

Harry menceritakan lepas sahaja dia kena tampar, Leo pengsan. Masalahnya Leo tampar dia macam tiada hari esok. Sakit tahu! Dan disebabkan 'kawan baik' lah dia sanggup angkat Iz yang macam balak ni ke bilik. Merungut jugalah dia semalam.

"My bad. I'm sorry. I didn't remember what I did last night. He's too much" Iz menghela nafas panjang.

Patutlah tangannya terasa pedih. Banyak luka di celah-celah jarinya.
Dia langsung tak ingat apa yang jadi. Last dia ingat yang dia tengah minum air dan ada orang call. Pada waktu itu, dia dapat rasa ada yang mengawalnya. Jelas-jelas itu Leo.

"It's okay I'm used to it" Harry berkata dengan penuh pasrah.

Namun, dia mahu menyoal tentang kejadian semalam pada Iz. Entah dia ingat ke tidak. Tapi dia takut Iz bertukar jadi Leo. Maklumlah di luar masih gelap.

"Kau.."

"Apa?" soal Iz pelik.

"Did I do something horrible again?" sambungnya lagi.

Harry tidak menyangkal hal itu. Nanti dia pergi basement, tahulah macam mana rupanya. Penuh dengan kaca dan darah. Pandai-pandai lah dia kemas nanti.

"Definitely yes. Lupakan hal tu. Ada yang lagi penting. Kau dah tahu yang Daiyan tu akan berkahwin tak lama lagi?" Harry berkata.

Jelas menunjukkan riak wajah Iz yang kecewa bercampur tidak percaya.

"Are you kidding me , dude?"

Harry menjulingkan matanya sebelum melontarkan kata-kata.

"Memang tak lah! Ini betul-betul. And you know what, Leo was really really mad. Omg I'm scare of him!" Harry menujukkan riak gerun.

Kalau betul Daiyan dah nak kahwin, maknanya dia dah melepas. Jadi , dia akan belajar untuk redha. Tapi dia risaukan sisi dia yang satu lagi. Iz takut Leo mengawal dirinya sehingga memberikan impak tak baik nanti.

"Dengan siapa?"

"Rafael"

Iz mengangguk. Kalau itulah yang terbaik , dia terima. Dia bukan jenis suka merampas hak milik orang. Dia juga bukan sukakan Daiyan sebab wajahnya iras Stella. Bukan. Dia terjatuh hati pada Daiyan apabila sikap baiknya yang suka membantu orang tua. Dia suka sikap itu.

"This is really you" ujar Harry.

"I will move on. She's not suits with me as well. I'm a bad person. I hope that Rafael can protect her always" Iz senyum memandang jejaka dihadapannya.

"Tak baik lah cakap macam tu bro. Kau tak minta pun jadi macam ni kan?" Harry menepuk bahu kawannya itu tanda memberi semangat.

Teringat Harry yang dia perlu pulang ke England dua hari lagi atas alasan kerja penting dan akan membawa neneknya bersama juga. Risau dia nenek kesayangan duduk seorang-seorang di sini.

"Jom. Ikut aku balik England? You can start a new life there" pelawa Harry.

Iz tersenyum kecil lalu menggeleng. Nampaknya dia menolak lagi permintaan Harry buat kali kedua.

"Tak apa. Aku nak duduk sini"

Harry cuba untuk memujuk.

"Aku akan cari doktor yang pakar untuk rawat kau bila dekat sana. Jom? Aku risaukan kau Iz" luah Harry.

Iz menepuk bahu kawan baiknya beberapa kali.

"Penyakit aku ni memang susah dirawat. You can go there with your grandma. I will be okay here. Believe me"

Jejaka tersebut mengangguk dan memandang ke arah lantai. Dia cuma risaukan kawan baiknya, jika ada sesuatu terjadi, dia tak dapat nak bantu dah sebab duduk jauh.

"Dah pergi mandi dulu lepastu kita solat subuh sama-sama" arah Iz.

Harry bingkas bangun lalu menuju ke bilik air. Dalam tidak sedar, air mata Iz mengalir laju, cepat-cepat dia menepis. Dia cuba untuk mengatur nafas perlahan-lahan.

***

24/11/2022
Last update for today.

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now