14

63 5 0
                                    

ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤

Tuan Fauzi , Puan Zara, Daiyan dan Fira melangkah masuk ke dalam masjid Al-Rahman tersebut untuk menunaikan Solat maghrib dan isyak.

Usai mengerjakan ibadah wajib, Tuan Fauzi dan Puan Zara meminta diri dahulu untuk pulang ke rumah. Tidak dengan dua anak dara ini, mereka teringin untuk makan burger pada malam ni. Sangat tidak sihat, jangan makan selalu ye para pembaca!

"Rindunya aku dengan burger Pak Kasim!" ujar Fira.

Aku pun sama. Dah lama tak lepak situ sebab busy dengan kerja. Selalunya kami berdua berborak sampai tiga bungkus burger! Nak cakap yang burger tu sedap sangat.

Dekat sahaja gerainya, di simpang tiga berdekatan dengan rumahku. Tak jauh pun! Sampai sahaja di depan gerainya , Fira terlebih dahulu cop tempatnya.

Dah memang port dia duduk dekat tiang lampu. Aku menggelengkan kepala melihat telatah Fira yang kalah perangai Noah. Macam budak-budak.

"Haa! Baru nampak batang hidung kamu berdua! Kenapa lama tak mai sini ?" soal Pak Kasim yang sedang menyiapkan burger pelanggannya.

"Daiyan ni ha busy memanjang. Tak sempat nak singgah hihi" kata Fira terlebih dahulu.

Mahu saja aku hempuk budak ni. Bukan main ye, padahal dia dah jumpa gerai burger yang lagi sedap lepastu nak petik nama aku pulak. Shh, jangan bagitahu Pak Kasim tau!

"Biasalah kerja kan. Tak boleh nak datang selalu. Nak-nak pula kamu berdua ni anak dara , tak elok keluar malam-malam" bebel lelaki yang sudah berusia itu.

Fira mengangkat tangan kanannya untuk memesan makanan.

"Pak Kasim! Macam biasa burger daging special satu , double cheese tak nak sayur!" pesan Fira menampakkan sebaris senyuman.

Pak Kasim mengerling sedikit kemudian menggeleng perlahan. Sudah tahu perangai budak ni.

"Ye.. pakcik tak lupa pun. Daiyan pun macam biasa kan?"

Aku mengiyakan sahaja soalan yang dituju. Fira membuka topik tentang kawan dia yang berada di Itali. Katanya dia nak kahwin dah , melepaslah Fira.

Terasa bahuku dicuit lembut. Secara drastik aku menoleh ke kiri.

"Eh Harry? Buat apa kat sini?" soalku tidak percaya.

Fira sudah tersenyum kambing , berharap dirinya di notice jejaka tersebut. Tahu sangat perangai dia tu.

"Of course lah nak beli burger. Ish you ni" kata Harry lalu mengambil tempat duduk disebelah Daiyan. Dengar saja kata Harry begitu, aku tergelak kecil.

Fira memuncungkan bibirnya.

"Kawan you?" soalnya kepadaku.

Aku mengangguk perlahan.

"Hi! Nice to meet you. What's your name?" tanya jejaka itu ramah.

Aku dapat rasakan aura playboy dia datang. Iz cerita Harry ni pantang nampak perempuan lawa. Fira ni pun apa kurangnya, cantik je. Kulit sawo matang , bulu mata lentik, hidung cantik terletak , bibir merah natural tapi tulah , pemalas.

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now