04

106 7 0
                                    

ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ

Sudah dua hari setelah pulang dari negara orang , banyak momen yang kami lakar bersama. Banyak juga duit yang terbang melayang. Lepas enjoy ni , tak ada cuti-cuti dah , kerja je! Dekat butik tu berlambak tempahan yang kena siapkan, mujurlah mama tolong sikit-sikit. Ringan bebanku.

Aku mengerling ke arah jam dinding yang sudah menujukkan pukul 7.50 pagi. Segera aku menuruni tangga perlahan. Terlihat mama dan ayah sudah berada di meja makan untuk sarapan pagi.

"Ha anak dara mama, meh sini sarapan dulu"

Aku hanya senyum dan duduk berhadapan dengan mama. Tak lama , mataku lebih tertarik dengan makanan di hadapan. Nampak sedap!

"Daiyan tak penat ke? Ayah kan suruh rehat dulu dua tiga hari ni , baru je balik kan." Kata ayah sebelum menyuapkan mi goreng ke dalam mulut.

Mama hanya menggangguk kecil. Setuju dengan kata-kata ayah tadi.

"Tak apalah , Daiyan dah rindu butik tu, tangan ni dah gatal nak menjahit" Ujarku sungguh-sungguh.

Tanganku sibuk mengambil nasi goreng kampung , kemudian disertai dengan ayam berempah. Senyum aku ukir lebar.

"Rindu butik ke rindu Sally?" Mama melepaskan tawanya.

Tersedak aku dibuatnya. Cepat-cepat aku meneguk air.

"Lambat lagi nak rindu dia! Bagi dekat Fira la , Yan tak nak"

Laju aku menggelengkan kepala. Seriau bila dengar nama Sally.

Tiba-tiba telefon ku berdering. Pantas aku tekan butang hijau.

"Ya , tengah makan ni , kenapa? Sabar lah! Ye nanti aku tapau dekat kau." Berkerut-kerut muka aku menjawab panggilan di corong telefon.

Mama dan ayah hanya diam. Dah boleh agak siapa yang call pagi-pagi macam ni. Siapa lagi kalau bukan Fira , siap minta tapau makanan pulak tu! Maklumlah , dia datang kerja selalu tak makan dulu. Lepastu masuk angin , aku juga yang susah nanti.

"Yan , ayah nak minta tolong sikit boleh?"

Aku mengangkat kening , ayah sudah meletakkan sudu garpu di atas pinggan. Mukanya aku tenung. Serius.

"Tolong apa ayah?"

"Hari ni ayah kena pergi Perak , ada projek dekat sana. Tapi , esok ada meeting dengan syarikat ZR. Yan tolong gantikan tempat ayah boleh?"

Bibir aku muncungkan sedikit. Benda yang macam ni la aku tak suka , jumpa orang sana sini walaupun dah biasa.

"Kenapa tak suruh abang Iz je?"

Abang Iz a.k.a PA ayah . Tua empat tahun dengan aku , bukan aku nak sangat panggil abang. Tapi ayah suruh , katanya tanda hormat.

"Saja ayah nak suruh Yan biasakan diri , mana tahu Yan pulak ambil alih tempat ayah nanti" Ayah sengih sedikit , kening diangkat dua kali.

Aku menjulingkan mata ke atas kemudian mencebik. Ayah tahu memang aku tak minat bab-bab business ni.

"Tak apa lah , esok Yan pergi dengan abang Iz." ujarku pendek.

ᘛ⁐̤ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤

"Tolong! Lepaslah!"

Langkahku berhenti setelah melihat seorang wanita yang agak berumur diragut. Kakiku pantas berlari ke arahnya dan menendang paha lelaki itu menggunakan heels kaki kiri. Bibir aku gigit rapat. Geram betul! Tak nak buang masa , aku menendang lututnya dan menahan kedua-kedua tangan lelaki itu ke belakang , seolah-olah mahu menggarinya.

Tiba-tiba lelaki segak beruniform polis menegur kami. Fuh! Hensem teruk. Mesti dia bangga dengan aku sebab jadi hero walaupun perempuan. Ingat aku tak kuat ke , tali pinggang hitam tau!

Mujurlah balai polis depan tu je , boleh aku sumbat lelaki ni dalam penjara terus.

Abang polis terus menggari lelaki tersebut lalu tersenyum kepadaku.

"Terima kasih sebab dah tolong mak cik ni , kalau awak tak ada tadi ,tak tahulah apa jadi" katanya sambil menggelengkan kepala sedikit.

Aku senyum sebelum membalas.

"Tak ada apa lah, saya bantu mana yang mampu"

Kemudian , abang polis dan lelaki tadi berlalu pergi meninggalkan kami berdua , aku dan wanita tadi.

"Auntie ada luka kat mana-mana ke?" kataku prihatin.

Dia menggeleng perlahan , tanganku dipegang lembut.

"Terima kasih tolong auntie , ni ambiklah" Wanita itu menghulurkanku wang kertas.

"Maaf , saya ikhlas tolong auntie , simpanlah duit tu"

Mendengar sahaja respon ku , wanita yang berumur separuh abad itu mengeluh kecil.

Aku merasa serba salah apabila mendengar keluhannya. Tapi aku memang betul-betul ikhlas tolong dia tadi.

"Kalau macam tu , cik datang makan malam rumah saya ya , ni tanda saya hargai pertolongan cik. Sedih auntie kalau cik masih tolak permintaan ni." Katanya lagi sebelum tangannya memegang tanganku.

Aku jadi bingung. Mahu atau tidak , kenalah terima. Makan malam je kan? Tak lebih kan? Aku mengangguk setuju lantas mengukir senyuman.

"Okey auntie . Insya-Allah saya datang. Boleh minta nombor auntie? Bila free nanti saya contact"

Selepas bertukar nombor telefon , aku meminta diri dahulu sebelum meninggalkannya. Ye , mestilah aku menemani wanita tadi masuk ke dalam kereta dulu , takut jadi apa-apa.

Hanya beberapa langkah dari situ , aku masuk ke dalam kedai butik. Dah bagitahu auntie tadi , kalau ada apa-apa datang je butik ni , sempat lagi promote! Memang jarak tempat kejadian dan butik aku hanya beberapa langkah sahaja.

"Assalamualaikum"

Aku memberi salam sebelum melabuhkan punggung ke atas sofa. Fuh penat. Mata tertutup sebentar , mahu mengambil nafas.

Fira dan Sally menjawab salam sebelum menegurku.

"Hai lambat betul sampai, makanan aku mana?" Soal Fira .

Mataku menjeling ke arahnya. Amboi , melebih minah ni. Fasal makanan nombor satu.

"Ada hal tadi , tu ambik la atas meja kopi"

Pantas Fira mengambil langkah ke arah meja kopi. Bungkusan nasi goreng kampung itu dihidu.

"Untuk aku tak ada ke boss?" Sally pula menyoal.

"Mestilah ada , makanlah dulu. Lepasni tolong aku settle kan tempahan Datin Nora"

"Okey boss!" Jawab mereka serentak

***

8/6/2022
- lama weh tak bukak wattpad. Skrg bru rasa rajin haha.
©quinnliya

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now