11

61 5 0
                                    

"Kalau tak suka tak apalah, I just want to ask you.."

Aku hela nafas lega. Baguslah kalau dia tukar topik. Mati kejung aku kat sini hadap dia.

Kepalaku mengangguk laju menunggu soalan yang akan dituju.

"Do you want to meet Noah, hm? Just asking , if no.."

"Why not?" belum sempat Rafael menghabiskan kata-katanya , aku terus menjawab laju.

Rafael senyum manis. Perjalanan diteruskan menuju ke rumah Puan Erin.

ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ

Puan Erin menghidangkan sedulang air dan dua pinggan  kek pisang. Kemudian dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan denganku.

"Mana papa mi?" soal Rafael lalu menghirup air teh yang suam-suam panas.

"Papa keluar tadi dengan Noah , nak beli aiskrim katanya" jawab Puan Erin lembut.

"Assalamualaikum! Eh! Ada Uncle Ngah!" kedengaran suara budak kecil bergema di seluruh sudut.

Itu Noah. Baru berumur 4 tahun tetapi bijak dan comel. Wajahnya putih dan bibir merah jambu menambahkan lagi kecomelannya. Tambahan pula , dia memakai jumpsuit.

Aku hanya tersenyum melihatnya. Kemudian dia mengerutkan dahi memandangku , tetapi tangannya menghulurkan kepadaku untuk bersalam.

"Who is this Uncle Ngah? Is this your girlfriend or girl friend?" Noah menyoal , perkataan girl friend dia tekankan.

Adoi kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau maksudkan. Dengar sahaja dia berbicara begitu , aku tersedak.

Rafael memanggil Noah untuk mendekatinya , lalu Rafael mendekatkan bibirnya pada telinga kecil budak itu.

"Yes , she's my girlfriend" Rafael berbisik pada Noah.

"Amboi amboi , bisik apa tu, Daddy nak dengar jugak" kata Rafiq merangkap abang kepada Rafael.

Noah yang mendengarnya terus ketawa kecil. Matanya tetap menatap ku.

"She's pretty" kata Noah.

Terdengar sahaja pujiannya , bibirku terus tersenyum.

Hampir 30 minit , kami berbual-bual bersama , terselit gelak tawa apabila Noah menceritakan kawannya yang suka tidur berdengkur. Best ya dia kenakan kawan dia.

Tiba-tiba Rafael mengeluarkan hadiah yang dibelinya tadi. Sudah dibalut kemas bersama reben di atas.

"This is for you"

Terus melompat-lompat budak kecil itu, teruja apabila nampak hadiah yang dipegang oleh pak ngahnya.

"Thank you Uncle Ngah , you such a sweetest person i have ever met" kata-kata Noah membuatkan ku ketawa.

Budak ni manis betul ye mulut dia. Tak padan dengan kecik!

"Amboi-amboi, kalau dengan mummy tak macam tu pun kan" Jasmin yang baru sahaja balik dari membeli pisang goreng terus memeluk tubuh.

[C] PELAMIN CINTAWhere stories live. Discover now