ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤
"Betul ke apa yang kamu cakap ni?" Tuan Fauzi menyoal jejaka yang berada di hadapannya.
Secawan kopi dicapai dan dihirup. Wajah tegang Tuan Fauzi dipandang oleh Iz merangkap PA nya.
"Ye Tuan." jawabnya tenang.
Tidak dapat disangkal lagi wajahnya yang kacak telah menarik minat semua perempuan. Tetapi semua itu dia tolak mentah-mentah. Dia tidak berkenan dengan mana-mana perempuan kecuali seseorang ini.
"Daiyan tahu pasal ni? Kalau betul Iz sukakan dia , you should make a first move." kata Tuan Fauzi serius.
Iz hanya diam sesaat sebelum bersuara.
"I just..."
Belum sempat Iz menyambung kata-katanya , Tuan Fauzi terlebih dahulu menyampuk.
"Takut kena reject?" soal Tuan Fauzi.
Jejaka itu bersetuju dengan apa yang dikatakan bos nya. Dia mengangguk perlahan.
Macam dia tak tahu Daiyan tu macam mana. Susah betul nak dekat dengan dia. Dah macam-macam hint dia bagi , tapi Daiyan macam lurus bendul betul tak faham! Geram juga dia kadang-kadang.
"Kalau nak confess dengan perempuan , hati kena kental sikit. Iz pun tahu kan anak saya macam mana. Tapi Iz kena ingat , kita tak boleh berharap sangat , takut kita yang terluka"
"Saya tak halang kalau Iz sukakan anak saya , tapi kena tanya tuan badan lah. Pergi jumpa Daiyan , cakap elok-elok..."
"Saya tahu Iz dari keluarga yang baik , sebab tu saya tak kisah sangat kalau Iz berkenan dengan Daiyan. Lagi satu , kalau ada rezeki tu boleh lah jadi menantu saya ye dak? Hahaha. Kalau tak ada tu nak buat macam mana kan.." sambungnya lagi
Tuan Fauzi senyum ke arah Iz yang mendengar setiap kata-kata dikeluarkan dari mulut bos nya.
Iz mengangguk perlahan dan membalas senyuman , tangannya mencapai secawan teh suap-suap kuku lalu dihirup perlahan.
ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ
Ding dong
Dengar sahaja loceng rumah berbunyi , aku bingkas bangun lalu menuju ke pintu utama.
Usai membuka pintu , terlihat wajah ayah yang kelihatan amat penat. Aku mengambil coat kerjanya lalu diletakkan di atas kerusi.
Ayah terus menuju ke arah sofa lalu berbaring. Mataku hanya melihat pergerakannya.
Tidak mahu mengacaunya , mungkin ayah penat sangat. Baru sahaja aku mahu membuka langkah untuk ke bilik , ayah menyoal aku.
"Abang Iz ada telefon Yan tak?" soalan ayah membuatkan aku menghampirinya.
"Tak ada. Kenapa pulak abang Iz nak telefon? Ada apa-apa ke?" soal aku pelik.
Tak pernah-pernah ayah membuka topik fasal Abang Iz denganku. Ada la sikit itupun fasal kerja saja. Harini tiba-tiba pula tanya.
Aku pun dah lama tak jumpa dia sebab ayah dah balik dan aku pun malas nak masuk campur hal syarikat. Semuanya aku serahkan pada ayah semula.
"Saja tanya. Tak boleh ke?" Tuan Fauzi menyoal semula.
Kedua-dua bahu aku angkat.
"Mama mana? Tak nampak dari tadi" sambungnya pula.
Bebola mataku mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan hampir pukul 6 petang.
"Mama pergi mall . Hmm.. tak balik-balik lagi ni"
Tuan Fauzi menggelengkan kepalanya.
"Shopping lah tu. Yan.. nanti pukul 7 kejutkan ayah tau , ayah nak rehat kejap"
Aku mengiyakan saja. Kejap saja sudah terlelap! Kakiku mula melangkah menaiki anak tangga.
Niatku pada awalnya mahu menuju ke bilik , namun aku nampak bilik mama dan ayah. Pantas aku menjenguk ayah yang sudah tidur di bawah. Aku memulas tombol pintu.
"Laci.. laci mana laci" aku menghampiri laci disebelah katil , lalu aku buka.
Tiada.
Aku menuju pula laci di sebelah kiri. Juga tiada apa-apa.
Kemudian aku melangkah untuk pergi ke almari. Baju-baju aku alihkan dan terjumpa satu fail berwarna coklat cair.
Aku buka dan melihat surat beranakku. Ya, inilah yang aku cari! Mataku fokus melihat satu persatu detail yang tentera di atas fail tersebut.
"Fauzi bin Abdul Nafiz..." omelku sendirian.
Cepat- cepat aku masukkan dan menyimpan seperti sedia kala. Usai keluar dari bilik , aku pula menuruni tangga dan mendekati ayah yang sedang tidur lena di atas sofa.
Ada dompet atas meja. Yes! Tanganku melambai-lambai wajah ayah untuk mengetahui adakah ayah betul betul sudah terlena.
Green light!
Dompet hitam di atas meja kopi aku ambil. Aku mencari kad pengenalan ayah. Oh jumpa!
"Fauzi bin.... Abdul Nafiz"
Bibirku mengucapkan tanda syukur. Lega hati bila sudah mengetahui. Pantas aku menuju ke bilik.
Disebabkan kata-kata Isha semalam membuatkan aku tidak senang duduk!
"Hmm.. nampak sangat dia saja nak kenakan aku"
"Tapi.. tapi kenapa aku cari surat beranak bagai? Aku tak percaya mama ayah ke?"
"Ahh mestilah aku cari untuk confirmkan ! Kalau tak , tak tenang hati aku ni. Fuh beban sungguh budak tu"
Tanganku mencapai telefon pintar di atas katil , lalu aku berbaring. Kalau tengok drama korea lagi best!
Jariku mula menaip cerita "Mouse" , kemudian aku menekan episod 5 yang tertangguh.
***
9/9/2022Sikit ngat! Siapa ship daiyan dengan Iz?
©quinnliya
YOU ARE READING
[C] PELAMIN CINTA
RomanceKARYA PERTAMA "Yang terlihat tenang, tidak selalu menyenangkan. Terkadang juga memberikan sakit yang begitu dalam dan trauma yang sukar untuk diubati. Cinta. Ia adalah suatu pilihan. Sama ada bahagia atau derita." ©quinnliya