ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤Satu susuk tubuh berpakaian serba hitam tercungap-cungap untuk mencari nafas. Ah hampir sahaja kantoi. Dia memandang tajam ke arah tikus yang mahu melarikan diri , namun sempat dia menangkapnya menggunakan tangan sahaja. Tikus nilah punca dia hampir ditimpa musibah!
Dia memegang bahagian tengkuk tikus tersebut lalu dicekik sehingga mati. Tiba-tiba muncul satu idea di benaknya. Pantas dia kembali ke dalam kereta semula. Kotak berbentuk segi empat tepat di buka lalu diletakkan bangkai tikus tersebut. Pisau lipat dicapai lalu membelah badan tikus tersebut. Darah keluar laju sehingga terkena hujung bibir Leo. Dia kesat kasar sambil tersenyum sinis.
Dia menghidupkan enjin lalu menuju ke rumah baru Rafael. Niatnya hanya satu , untuk mengenakan lelaki itu sahaja.
"It's fun" gumamnya perlahan lalu menjeling ke arah kotak di sebelah tempat duduknya.
Rafael yang baru sahaja hendak menutup mata terus terbuka setelah mendengar ketukan tingkap di biliknya. Dia menegangkan urat-urat badannya yang mahu patah selepas dua jam menghadap komputer riba untuk menyiapkan pembentangan pada esok hari bersama pekerja-pekerjanya.
Tanpa berbasa-basi, Rafael menuju ke arah pintu utama lalu membukanya. Kepala jejaka itu bersungguh-sungguh menjenguk kiri dan kanan , namun tiada siapa. Hendak tangannya menutup pintu , matanya tertangkap pada sebuah kotak yang berada di tempat alas kaki. Pantas dia ambil dan buka.
"Werkk" Rafael menutup kotak tersebut lalu hidungnya menahan nafas daripada membau bangkai tikus tersebut.
Dia kemudiannya membuang kotak itu ke dalam tong sampah. Keningnya bertaut rapat. Ligat memikir angkara siapakah yang selalu melakukannya ini padanya. Kali ini , sudah kali keempat dirinya dihantar bangkai-bangkai haiwan , tetapi sebelum ni di rumah keluarganya. Sekarang di rumah yang bakal dia bina bersama seorang perempuan. Pada kemudian hari , mungkin ini akan membahayakan dirinya termasuk orang-orang yang dia sayang.
"Siapa kau? Kau nak apa sebenarnya" tangannya mengepal penumbuk.
Wajahnya yang kian memerah tidak dapat disembunyikan lagi , dia marah. Dia kemudian mengucap dan menghempaskan diri ke atas katil empuknya. Telefon yang berada di sebelahnya di ambil. Nombor daiyan ditekan.
ᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐᘛ⁐̤ᕐ
Aku bersama Iz menghantar nenek Elizabeth dan Harry ke airport. Pada asalnya mahu mengajak Rafael teman , tapi memandangkan dia sibuk. Aku biarkan saja.
Aku memeluk tubuh untuk menghangatkan badan. Dalam hati sibuk aku mengutuk diri sendiri sebab tak pakai hoodie tadi. Kan dah sejuk. Memandangkan flight Harry ni malam , so memang sejuk. Tambah pula angin kuat dekat luar tanda nak hujan.
"Sejuk?" soal Iz memandang ke arahku.
Aku menjelingnya sekilas lalu mengiyakan saja. Tak. Tak takut pun. Buat masa sekarang ni memang aku rasa aku tengah bercakap dengan Iz.
Iz terus membuka sweater nya lalu diletakkan ke atas belakangku. Melihat saja tingkahnya , aku menggeleng laju.
"Eh tak payah. Yan okey je" aku menghulurkan baju tersebut kepadanya.
Namun , dia tolak. Dia memaksaku untuk memakainya. Aku akur.
Aku berdehem sebentar. Kepala yang tidak gatal aku garu sebentar.
"Yan nak tanya boleh?" aku memandang ke arah Iz yang leka melihat orang yang lalu-lalang.
Dia menoleh ke arahku.
YOU ARE READING
[C] PELAMIN CINTA
RomanceKARYA PERTAMA "Yang terlihat tenang, tidak selalu menyenangkan. Terkadang juga memberikan sakit yang begitu dalam dan trauma yang sukar untuk diubati. Cinta. Ia adalah suatu pilihan. Sama ada bahagia atau derita." ©quinnliya