Diingatkan ini sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati. Buku kedua.
Ditulis pada tahun 2019. Kesalahan tatabahasa belambak-Petikan BAB 15
***
"Pergi...."
"Jangan..tolong...jangan.."
"Pergi!!"
Aku menjerit nyaring. Saat itulah aku terdengar nama aku dipanggil Farhan. Pipi aku juga ditepuk tepuk.
"Dhia? Dhia!"
Mataku celik. Bayangan hitam itu tiada. Hanya ada wajah Farhan yang kerisauan.
"Kenapa ni? Mimpi apa?"
Aku bangun dari pembaringan. Terasa badan aku basah dengan peluh. Kepala aku mula sakit apabila cuba memikirkan apa yang terjadi. Mata dipejam.
Dan tiba tiba bayangan hitam itu muncul. Terus aku membuka mata. Terlalu ngeri.
Aku bermimpi ada bayangan hitam ingin menindih aku. Terlalu...realistik. serta merta, aku teringatkan peristiwa semalam. Pinggan pecah...derapan tapak kaki...ketukan pintu..
"Sayang, okey ke ni?" Farhan menegur lagi. Terus aku tersentak, tak tunggu lama, aku memeluknya erat. Air mata aku tumpah lagi.
"Abang..ada benda ganggu Dhia semalam.." aduku.
Bagaimana agaknya kalau aku membuka pintu bilik tanpa berfikir. Apa akan jadi? Kepada aku? Kepada Ezela? Kepada Fify, kucing aku?
"Dhia..tenang..dah pagi. Tak ada apa apa.." pujuk Farhan.
Perlahan aku lepaskan pelukan dan aku memandangnya sayu. Masih lagi takut dengan peristiwa semalam. Apatah lagi mimpi sebegitu ngeri hadir ketika aku tidur. Mungkin kerana aku terlalu takut dengan apa yang terjadi sehingga terbawa ke alam mimpi.
Jari Farhan naik menyeka air mata aku yang mengalir. Entah kenapa aku rasa Farhan begitu...lain? Berbeza. Pandangan mata itu, entahlah. Aku tidak dapat berfikir dengan baik sekarang ni. Mungkin juga aku masih terganggu.
"Mujurlah abang ada kunci pendua. Abang balik semalam, dah periksa satu rumah, tak ada apa pun, Dhia." ujarnya senada.
Aku menggeleng pantas.
"Dhia dengar suara abang...Dhia tak tahu apa jadi kalau Dhia...buka pintu tu.." aduku lagi. Kali ini air mata makin galak jatuh. Betapa aku takutnya jikalau aku memilih untuk membuka pintu. Mujurlah tiada apa apa yang berlaku semalam.
"Ella!" aku teringatkan anak aku, terus mata aku melilau di sekeliling bilik. Nampak Ezela masih nyenyak tidur di katilnya. Agaknya Farhan yang mengalihkan Ezela.
"Ella dah mandi tadi. Badan dia panas, demam. Abang dah beri ubat, itu dia tidur balik.." terangnya tanpa disuruh.
Aku pantas menghembuskan nafas lega.
Tapi hanya sebentar, aku mencari cari pula bayangan Fify, tidak ada.
"Fify mana?" soalku. Farhan senyum segaris.
"Dia dah keluar. Jangan risaulah..dah takda apa apa. Lepasni kalau abang balik lambat, abang suruh Linda temankan Dhia eh?"
Aku monyok lagi.
"Lama lagi ke kes abang ni?" soalku. Sekali sekala hidung aku berbunyi sok sek sok sek akibat hingus.
Alamak aih..tersumbat pulak.
Aku lihat Farhan seperti memikir mikirkan jawapan yang sesuai untuk diberi. Seketika, jari dia naik lagi menyapu air mata aku.
"Dahlah. Tak payah nangis lagi. Abang dah buat sarapan dekat bawah. Dhia nak mandi dulu ke? Dah nak dekat pukul 8:30 dah ni..."
Aku berdecit. Jari Farhan itu aku tepis perlahan.
"Jawablah soalan Dhia.."
Farhan terus mengeluh pendek. "Tak lama lagi..jangan risaulah pasal kerja abang..Dhia betul betul okey ke ni?"
Aku hanya mengangguk. Rasa sedikit tersinggung dengan nadanya dan cara dia mengelak tidak mahu menjawab soalan aku.
Aku dapat rasakan yang tangan Farhan memegang tanganku, mengajak aku berlalu keluar dari kamar.
Aku dapat rasakan yang tangannya panas. Oh! Dia juga demam kan?
"Abang okey ke? Moon cakap abang tak sihat? Demam?" soalku laju. Hati yang sedikit tersinggung tadi aku abaikan. Tidak mahu terbawa bawa. Dalam pada itu, aku masih membalas pegangannya dan berdiri.
"Sikit aje. Esok esok baiklah.." jawab Farhan.
"Abang ada muntah muntah?"
"tak ada pula. Kenapa?"
"Dhia dengan Ella muntah semalam. Dhia rasa macam ada yang tak kena dengan masakan Dhia pagi tu."
Farhan diam sebentar. Tangan dia masih lagi memegang tanganku erat ketika keluar dari kamar.
"Kan abang demam, berjangkit dengan Ella. Anak kita tu kalau nak demam mesti muntah muntah. Tak ada apalah dengan masakan Dhia.." terang Farhan. Aku lihat wajahnya masih lagi tenang.
"Habistu Dhia? Dhia pun muntah..."
Pergerakan Farhan terhenti. Dia mula memandang aku dengan pandangan aneh.
Sambil itu, wajah aku juga ditilik.
"I know this skin. The same skin bila Dhia mengandungkan Ezela." katanya sarkastik.
Kami sama sama diam.
"am I..pregnant?" soalku ragu ragu.
Farhan menggeleng. "Tak mungkinlah."
Ya. Aku setuju. Tak mungkin aku mengandung. Memang dah agak lama tak bersama Farhan, kalau ya pun, takkanlah kami inginkan anak baru ketika Ezela masih lagi berumur satu tahun lebih. Aku ingin membesarkan Ezela dahulu.
Tapi kalau rezeki, kami tak tolak.
Cuma, mengikut kiraan dalam kepala aku, terlalu lewat untuk aku mengandung. Adalah bersama Farhan itu namun sudah beberapa bulan lepas. Lagi, terlalu lewat kan? Aku taklah bodoh sangat tak pandai kira semua tu.
"Perubahan hormon saja rasanya." balasku pendek. Cuba menyedapkan hati sendiri. Dalam pada itu aku memegang kawasan rahimku. Takda pula rasa saiznya membesar dari biasa.
"Agaknya Dhia teringin nakkan anak baru kot? Itu yang tiba tiba saja muntah.." Farhan tergelak kecil.
Kami sudah sampai di meja makan, aku lihat ada lauk yang dah terhidang. ini mesti beli luar. Mustahil pakcik ni pandai masak.
"Jaga dua anak pun penat. Nak tambah lagi sorang.." balasku dan ikut tergelak sama.
"dua?"
"Yalah. Ezela baby kecil, abang baby besar" aku ketawa lagi.
Farhan nampaknya juga ikut ketawa sama. Lega aku lihat dia ketawa sebegitu."Dhia dah okey kan? Abang kena kerja nanti.." maklum Farhan.
Automatik aku rasa sedih lagi. Takut pun ada. Manalah tahu benda benda tu datang lagi. Sumpah kalau kena juga aku tidur aje dekat tempat kerja Farhan tu. Rumah ni bakar, beli rumah baru. Wah, pemikiran yang bijak betul kau Dhia.
"Balik cepat tau.."
"Ya sayang.."
Aku senyum segaris. Kata sayangnya itu agak kaku tetapi aku tahu ia ikhlas. Entahlah kenapa aku rasa semua orang bersikap pelik ni. Mungkin masih lagi terganggu dan terpengaruh dengan perkara semalam. Sampai semua benda pun buat aku terasa aneh.
Sudahnya, masing masing mula diam apabila menjamah hidangan di hadapan mata.
***
Nak petikan bab 16?
Atau cover review dulu?Saya sebenarnya cuba untuk menjadikan BTH ini 1M reads. Bantulah saya.🥲
YOU ARE READING
Behind The Hoodie | TERBIT
Romance2019 | TERBIT 2022 Sambungan kisah cinta Dhia Irdina dan Farhan Iskandar. Mr.Hoodie Pujaan Hati, telah diterbitkan dalam versi cetak, di bawah syarikat penerbitan KakiNovel. Boleh dapatkan di Shopee Kaki Novel dan kedai buku POPULAR berdekatan kalia...