Aku merebahkan badan di atas katil. Sejak pulang ke rumah tadi, Farhan masih tidak membuka mulut. Biarpun suasana tegang telah hilang, semua orang sudah kembali berbual bual dan bergurau senda, Farhan tetap begitu.
Dingin.
Dan aku tak suka.
Ia buatkan rasa bersalah aku bertambah.
Aku tersentak ketika pintu bilikku dibuka. Terus aku bangun dari pembaringan.
"Farhan?"
"hmm?" Dia menoleh sebentar kemudian dia bergerak ke arah cermin solek.
"Abang marah Dhia ke?" soalku berhati hati. Farhan tersenyum nipis. Dia kelihatan sedang membetulkan rambutnya.
Beberapa ketika, dia mula bergerak ke arah aku.
"Mestilah abang marah. Dah pesan jangan pergi jauh jauh. Bukan setakat jauh, pergi dekat kawasan larangan pula tu" ujar Farhan seraya duduk disisi aku.
"Saya minta maaf. Tapi saya tak tipu, saya betul betul nampak Irdan dekat sana. Rasanya kalau abang nampak, abang pun pergi juga" aku menunduk ke bawah. Masih tak dapat nak terima yang orang masih nak persalahkan aku.
Farhan memegang kedua dua belah tangan aku dan aku dengar dia mengeluh pendek.
"Ya. Tapi sepatutnya, Dhia bagitahu abang dulu. Lepasni, taknak macam ni tau? Abang risaulah. Hati suami mana tak risau kalau isteri dia hilang? Hah, tadi, Dhia hampir jatuh tau dari jambatan tu, mujur abang sempat selamatkan Dhia. Kalau Dhia jatuh masa tu, menduda lah abang. Susah pula nak cari isteri baru nanti" Farhan tersengih di hujung ayatnya.
Terus, wajah aku mencuka.
"isteri baru jangan sebut eh"
Farhan tergelak kecil.
Dia kemudian terus melentokkan kepalanya di atas bahu aku.
"Take care, kitten. Esok abang dah nak gerak KL. Jaga diri. Jaga Ezela baik baik" pesannya. Aku mengguriskan senyuman tipis.
"Jangan risaulah. Abang tu, jaga diri juga. Tolong, kali ni, abang balik rumah dengan selamat. Saya penatlah nak tengok abang cedera sana sini." kini, aku pula yang menitipkan pesan.
Farhan tergelak pendek.
"Abang pergi lama ke?" soalku lagi.
Farhan mengangguk kecil. "Lama juga. Sebab tulah abang suruh jaga diri. Duduk sini je tak payah balik KL" sambungnya.
Wajah aku mula monyok.
"Saya tak sukalah nak berjauh lama lama dengan awak." luahku pula.
Sungguh, aku sebenarnya masih ingin meluangkan masa dengan Farhan dengan lebih lama. Entahlah, perpisahan kali ini, aku rasa lebih berat hati.
"Takut rindu abang eh? Don't worry-lah. I will miss you too."
"Tapi abang jauh..."
Farhan tergelak kecil. Dia mula memandang aku seraya tersenyum.
"Talk about miles, and we are far apart. But talk about the hearts, and we are close together. Abang akan balik juga nanti. Dengan selamat. Dhia cuma perlu doakan abang je, okey?"
Aku tersenyum nipis. "Yalah"
"Jomlah tidur. Dah lewat."
Aku mengangguk kecil. Terus, aku memandang ke arah Ezela, memastikan dia betul betul tidur nyenyak.
Seketika, aku lantas mematikan lampu kamar.
***
Aku terjaga. Kepala terasa berat dan tekak terasa kering. Aku menoleh ke sisi, Farhan masih lagi nyenyak tidur. Aku toleh pula ke jam dinding di mana nombornya 'Glow in the Dark".
YOU ARE READING
Behind The Hoodie | TERBIT
Romantik2019 | TERBIT 2022 Sambungan kisah cinta Dhia Irdina dan Farhan Iskandar. Mr.Hoodie Pujaan Hati, telah diterbitkan dalam versi cetak, di bawah syarikat penerbitan KakiNovel. Boleh dapatkan di Shopee Kaki Novel dan kedai buku POPULAR berdekatan kalia...