Petikan BAB 16

16.8K 1.3K 106
                                    

Diingatkan ini sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati. Buku kedua.
Ditulis pada tahun 2019. Kesalahan tatabahasa belambak-

Petikan BAB 16

***

Aku menyuapkan bubur itu ke dalam mulut Ezela. Sambil itu, mata aku sekejap beralih ke kaca televisyen.

"Tak bawa Ezela pergi klinik ke?"

Aku menoleh memandang Linda. Seketika, aku mula menjawab soalannya.

"Dah, pagi tadi. Demam biasa aje. Esok lusa baiklah"

Oh, lupa. Memandangkan Farhan kerja dan aku masih takut nak duduk sorang walaupun hari masih petang, maka Linda-lah yang menemani aku. Memanglah aku tak berkenan mana dengan minah rambut pink ni, tapi nak buat apa lagi? Dia pun baik aje melayan aku. Kira okeylah.

"Linda nak makan apa apa ke? Pergilah dapur tu. Kalau bosan sangat bakarlah apa apa kek. Kan Linda suka?"

Spontan, Linda tergelak.

"Tak apa. tak lapar lagi. Dhia tu, nak makan kek tak? Linda boleh buatkan. Banyak lagi bahan dekat rumah tu"

Aku menggeleng kecil dengan senyuman nipis. Suapan bubur pada Ezela aku teruskan.

"Tak apalah Linda. Saya tak rasa lagi nak makan." balasku pendek. Sejujurnya tekak aku tak meminta apa apa. Minum air kosong pun rasa perit. Ah tak suka betul.

Linda mengangguk kecil. Tidak kisah yang aku menolak pelawaannya.

"By the way, Abang Han cakap, Dhia kena ganggu. Itu yang disuruhnya Linda temankan. Kenapa sebenarnya?" soal linda. Ada nada prihatin dalam soalannya.

Aku mengeluh pendek.

"Haah, dia main ketuk ketuk pintu. Bunyi pinggan pecah. Buat suara macam abang Farhan pula tu. Haih..."

Terus, Linda buat muka ngeri.

"Linda tak sukalah benda benda macam ni. Patutlah Linda dengar ada benda pecah dekat rumah Dhia semalam. Nak juga pergi tanya, tapi dah malam sangat.."

Aku tersenyum nipis.

"Saja mengusik agaknya."

"Nak Linda tidur sini tak?"

Aku memandang Linda dnegan pandangan pelik. Tidur sini? Buat apa? Laki aku ada kan?

Melihat reaksi hairan wajah aku, terus Linda menyambung katanya.

"Abang Han tak bagitau ke yang dia tak balik malam ni?"

Wait..what?

Farhan tak balik dan..Linda tahu? Tapi aku tak tahu ?!

"Oh ya ya. Dia ada bagitahu. Lupa pula" ujarku berpura pura. Tak mahu dia kesan yang Farhan langsung tidak maklumkan kepada aku terlebih dahulu.

Kenapa?

Kenapa tak balik?

Biasanya dia ke tempat lain sahaja. Kalau setakat masih duduk terperap dekat tempat kerja dia, tiada alasan untuk tak boleh pulang.

Dan aku juga sedar yang kes ini begitu lama untuk Farhan pegang. Bukannya dia buat sorang, Adham pun turut campur tangan. Malah aku yakin, ada lagi anak buah bersamanya. Takkanlah memakan masa begitu panjang?

Ah...tak patut untuk aku mempersoalkan kerjanya. Malah, aku sendiri tidak tahu selok belok bidang tugasnya. Namun aku dah berkongsi hidup bersama Farhan sudah lama, dan jadual dia tidak pernah begini.

"Dhia?"

Aku tersentak. Terus aku menoleh ke arah Linda yang masih merenung aku dengan pandangan hairan.

"Oh..er..apa?" soalku teragak agak. Aku rasa dia ada tanya aku soalan masa mengelamun tadi.

"Tak, Linda tanya, nak Linda temankan Dhia? Lagipun, Linda tak sedap hati nak biarkan Dhia dengan Ezela je dekat rumah malam malam. Tambah pula hal semalam, lagi risaulah.." ujarnya.

Aku tersenyum nipis.

"Tak apa, Linda" aku menolak pelawaannya.

"Dhia..Dhia tak takut ke? Ezela masih kecil, benda benda tu suka dengan bayi. Okeylah, Linda tak minta benda tu datang lagi. Katakan benda tu memang dah takda, macam mana pula dengan orang orang jahat?" Linda masih memujuk. Tampak, wajahnya begitu risaukan keselamatan aku dan Ezela.

Aku mengeluh perlahan. Mengerti.

Lalu aku angguk perlahan. "Baiklah. Harap tak menyusahkan awak pula"

Linda senyum dan menggeleng.

Hmm, mungkin ada patut juga aku berbaik dengan minah ni. Yalah, walaupun muka dia tak siap, tapi..macam ikhlas aje nak betul betul kawan dengan aku.

***

16/3/2022

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now