Petikan BAB 19

21.4K 1.5K 379
                                    

KAT SINI ADA SPOILER buat yang tak baca MHPH sampai habis.

Petikan BAB 19

***

Aku hanya diam ketika Ustaz Ahmad menggantungkan bingkai yang terkandung Ayat Kursi di atas jendela kamar tidur aku.

Juga ada beberapa di ruang tamu. Semuanya digantung di atas jendela.

"Kenapa semua atas tingkap?" bisik Naura di sebelahku. Aku menoleh ke arahnya sebentar sebelum mula membuka mulut.

"Tingkap biasanya laluan syaitan." terangku pendek. Ah tidak usah panjang panjang, Naura bukannya lembab sangat sampai tak boleh nak faham apa yang aku----

"Aik? Apa dia tak boleh masuk ikut pintu ke? Kenapa nak panjat tingkap jugak?"

---cakapkan.

Aku memandang Naura dengan wajah 'seriuslah?'.

Namun melihat wajah Naura yang betul betul nak tahu, aku sabarkan mulut aku dari memakinya.

"Kalau pintu, kita sentiasa bagi salam dan baca doa sebelum masuk. Mana ada orang masuk ikut tingkap lepastu bagi salam"

"Eh, aku pernahlah masuk rumah aku ikut tingkap. Masa tu pintu terkunci dari dalam." terus Naura tergelak kecil.

Aku membuat muka toya. Ada ada jelah minah ni. Kalau tak tunjuk perangai pelik dia tu, tak sah.

"Terima kasih, Ustaz." ujarku selepas Ustaz Ahmad selesai menggantungkan kesemua bingkai berisi ayat suci Al-Quran itu.

Ini pun dia yang belikan waktu dia keluar tadi. Ada juga aku ganti balik duit dia, tapi dia halalkan saja. Heh, malas aku nak pujuk lebih lebih, duit aku juga yang jimat, ya tak?

"Tak ada masalahlah. Jangan risau, baca doa banyak banyak sebelum tidur okey." pesannya lagi.

"Kami dah nak gerak ni, nanti ada masalah, call je aku. Kami akan usaha untuk datang.." kata Qasha pula.

Aku tersenyum. Terharu sebenarnya aku masih ada saudara yang ambil berat terhadap aku.

"Terima kasih, Qasha. Aku tak tau nak balas budi korang semua macam mana.."

"Don't mentioned that.."

Aku dan Qasha berpelukan sekejap. Kemudian kami sama sama menapak ke ruang hadapan.

"Ingat tau, apa apa call aku terus" pesan Qasha lagi.

Aku mengangguk. Dan aku hanya mampu melihat Qasha sekeluarga menaiki pacuan empat rodanya, menjauhi perkarangan rumahku.

Aku sedikit takut sebenarnya, bila dah ustaz tak ada dekat rumah ni.

"Nak aku temankan sampai Farhan balik tak?" Naura tiba tiba saja muncul di sebelah. Mujurlah aku tak terkejut.

"Tak susahkan kau ke?"

"Apa pulak susah. Baru pukul 9 malam.."

Aku menggigit bibir. Ragu ragu. Rasa serba salah pun ya sebab dah menyusahkan ramai orang hari ini.

"Tak apa, Dhia. Kami boleh tunggu. Lagipun, saya taknaklah apa apa terjadi dekat isteri kepada kawan baik saya, dan kawan baik kepada isteri saya.." Adham pula menyampuk.

Ayatnya yang hujung buatkan aku blur sebentar. Bila diulang ulang dalam kepala, barulah aku dapat menangkapnya.

Aku yang tercengang tadi mula mengukir senyuman dan mengangguk kecil. Ketika aku hendak menutup pintu rumah, aku sedar yang pintu rumah Linda juga tertutup rapat.

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now